Friday, April 10, 2009

Lagi Cerita Kabinet

Shabery Cheek Sudah Hampir Tercicir

LANGKAH TV1 menyiaran secara langsung ucapan kempen Mahathir Mohamad dari Bukit Gantang Perak pada 6 April lalu kurang disenangi oleh para pemimpin Umno, khususnya mereka yang bertanggungjawab untuk merampas kerusi Bukit Gantang. Perdana Menteri juga dikatakan tidak begitu senang dan tidak percaya ucapan secara langsung itu membantu memulihkan semangat Umno.

Tetapi kerana ia langkah diputuskan oleh RTM, dan telah pun disiarkan tanpa dirujuk kepada mana-mana pihak lebih atasan, siaran langsung itu terpaksa ditelan. Penonton dihadapkan juga dengan ucapan Mahathir yang entah-entah di Bukit Gantang itu dan dikatakan menjadi faktor menambahkan kekalahan UBN dalam pilihan raya itu.

Penyiaran ucapan Mahathir itu juga dianggap satu kesalahan besar menterinya, Ahmad Shabery Cheek. Katanya kesilapan itu dijadikan alasan besar untuk menyingkirkan Shabery bukan saja dari kementerian itu tetapi dari Kabinet baru itu juga.

Tentunya cadangan untuk singkir Shabery itu bukan saja kerana itu melainkan menteri itu gagal mereformkan RTM seperti mana dijanjikan. Bahkan RTM masih lagi ditakuk lama meneruskan kerja-kerja yang dimainkan menterinya sebelum ini, menjadi perkakas kelas kaki lima kepada UBN.

Bagaimana pun Shebery bernasib baik. Dia masih lagi dikekalkan dalam Kabinet apabila orang yang dicadangkan untuk dibawa masuk ke Kabinet bagi memenuhi kuota dari Terengganu ditolak oleh Yang di-Pertuan Agung.

Nama yang dibawa oleh Najib untuk menjadi menteri dari Terengganu ialah bekas MB, Idris Jusoh. Nama Idris Jusoh sudah pun disenaraikan sebagai seorang senator. Malangnya nama Idris ini katanya tidak direstui oleh yang di-Pertuan Agong. Kemalangan Idris itu memberi nasib baik kepada Shabery, selepas nama-nama lain yang diselidiki dan direnungi Najib tidak membawa tuah kepadanya.

Jadi kemasukan Shabery dalam Kabinet Najib dengan memegang porfolio Belia dan Sukan itu boleh dianggap sebagai satu yang bernasib baik saja. Sekiranya Idris Jusoh diterima sudah tentu Shabery kini hanya ahli Parlimen biasa yang mungkin aktif di meja BBC untuk mengkritik Pas dan menghentam PKR.

Makanya Shabery hendaklah berterima kasih atas apa yang berlaku dan perlu berkerja dengan baik. Ingatlah prestasi anda sedang diteliti bukan saja oleh Najib tetapi mereka di Terengganu juga. Semoga Shabery selepas ini sekali lagi akan bercakap untuk mereform Belia dan Sukan pula. [wm.kl. g:45 pm 10/04/09]

6 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam Hormat!

Dua peristiwa penting berlaku serentak dalam sejarah negara kita pada 9.4.09 yang lalu. Pertama perlantikan ahli jemaah kabinet yang baru dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang ke6 DS Najib,manakala peristiwa yang kedua ialah keputusan jatuhan hukuman terhadap kes yang melibatkan kematian trajis model dari negara Monggolia.

Yang lebih mendapat liputan meluas kesemua media ialah kepada perlantikan para jemaah Menteri yang baru,jesteru itu saya juga tidak mahu ketinggalan untuk memberi sedikit respon mengenainya,sebelum itu saya hendak mengajak para pembaca untuk mengimbas kembali serba rengkas semasa kita semua berada dibawah barisan kepimpinan kabinet Pak Lah selama hampir 5 tahun yang lepas.Dalam tempoh itu kita dapati banyak juga khususnya diNegeri Terengganu ini berlaku perkembangan berkaitan dengan hal ehwal keagamaan yang telah diserapkan melalui kaedah pendekatan dengan istilah "islam Hadhari".Yang jelas terpampang didepan mata kata ialah percambahan pembinaan masjid masjid dimerata daerah daerah dan kampung kampung,diantara masjid yang menjadi kebanggaan rakyat khususnya kepada pendukung pendukung parti Umno ialah pembinaan Masjid Kristel diPulau Wan Man dan satu lagi ialah Masjid Hadhari yang berada dibandar Jertih.

Manakala yang agak mendukacitakan kita ialah kedudukan keadaan ekonomi rakyat yang dikatakan begitu meleset dengan kadar inflasi yang amat serius,sekali gus menyebabkan seluruh negara mengalami kekurangan bekalan makanan termasuk minyak masak,gandum dan beras disamping itu dimasa yang sama juga harga minyak petrol dan diesil melambung naik.Walaupun Pak Lah telah mencuba membendung dengan pelbagai cara termasuk melancarkan pelan ekonomi ECER namun ianya tidak dapat memberi kesan yang mengalakan.Perkara positif yang juga telah diserapkan disaat saat akhir dalam masa penguasaan beliau ialah memperkenalkan undang undang pencegahan rasuah dengan menukarkan jenama BPR kepada SPRM.Namun demikian, kesemua kerja dan langkah langkah yang dibuat itu masih lagi tidak dapat memuaskan hati semua orang, jesteru itu kita lihat ada pehak pehak tertentu yang cuba menjolok sarang diPutra Jaya agar Pak lah segera turun dari jawatanm PM.Akhirnya hari ini berakhir era Pak Lah yang saya rasa perginya "tanpa rela"....

Secara suka relanya terlantiklah pula era susunan kepimpinan kabinet PM yang baru,sebelum itu kejutan dihari pertama yang dibuat ialah pembebasan sebilangan kecil tahanan ISA dan 8 hari selepas itu berlakulah pula keputusan kes pembunuhan AlTantunya Syaribu.Kematian misteri model ini dianggap berprofile tinggi kerana ianya pernah cuba dikaitkan dengan DS Najib sendiri dan telah mendapat perhatian dunia perundangan antarabangsa.Namun demikian keputusan kesnya telah diketahui walaupun dalam keadaan yang masih lagi ada orang yang cuba bermain teka teki dengan mengemukakan beberapa soalan antaranya adakah kedua anggota polis ini telah bertindak sendirian secara peribadi tanpa melibatkan arahan dari mana mana pehak atasan?Jika ada, mengapakah orang yang jadi master mind tersebut tidak bolih diseret sama?Jika tiada,apakah motif sebenarnya sehinggakan kedua pegawai polis itu sanggup melakukan pembunuhan yang amat kejam diluar batas kemaknusiaan itu?Apakah imej menjaga ketenteraman awam telah diterjemahkan didalam pasukan polis dengan berlakunya peristiwa seperti ini? ini semua bukan tuduhan tapi hanya sekadar soalan dan pertanyaan.Sebenarnya kita tidak perlu mempertikai keputusan hakim kerana nanti bolih dianggap menghina mahkamah, akan tetapi keadilan sebeginikah yang kita mahu?.Kata seorang sahabat saya "kita tunggu sahajalah rayuan yang akan dibuat olih peguambela nanti".......betul juga tu !

Berbalik kepada kabinet baru,saya sebagai seorang peniaga amat berharap supaya kerajaan dibawah PM ke6 ini dapat berbuat sesuatu untuk memulihkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini dengan kadar segera yang mungkin,sekaligus dapat meningkatkan nilai matawang yang tatkala ini berada dengan kadar nisbah US 1 Dollar:rm 3.6 sekurang kurangnya naik kepada rm3.8,apa kata pakar ekonomi ?. Untuk makluman nilaian ringgit rm50 hanya bolih dibeli satu tong gas dengan sekampit beras 10kg sahaja.Sedangkan jika 5 tahun lepas nilaian dengan kadar tersebut bolih ditambah banyak lagi pakej untuk keperluan dapur.....

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan MSO,

Kata pepatah Inggeris, menggosok epal jangan kuat-kuat sangat, nanti bukan semakin kilat kulitnya, malah rosak.

Orang UMNO mempunyai budaya kuat gosok bos, sampai merosakkan.

tok iskandar said...

kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.
pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.
Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli
Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.
KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan d dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara MSO,

Dulu kawan kita bukan main lagi etika dan prinsip perjuangan nya. Tapi itu masa dalam Semangat 46.

Dia tolak ISA mentah mentah..tiba tiba jadi Setiausaha Parlimen..tup tup..ISA jadi bahan pengaman negara!

Ayat yang keluar dari mulut dia ni berubah mengikut jawatan yang dia pegang...perasan pulak tu..intelek lah katakan.

Eloklah jaga budak budak motor rempit tu...kontrak digital RTM macam mana agaknya...boleh tumpang ka?

Unknown said...

kau ni sayuti pnulis pojok cari makan.kau kutuk tok guru sbb xsetuju dan xpaham unity goverment.pastu kau kritik konon mahathir punca kekalahan bn di prk lepas.pastu kau kutuk api2kan umno kata kj xdilantik jd menteri mukriz dilantik..kalau kj dilantik kau akan kata kabinet najib perasuah..kau nk mcm mana?mmg penulis cari makanla.

budakkelate said...

Bro sayuti,

Boleh juga dipersetujui pandangan u tu... sebenarnya... sewaktu di RTM, Shebery Chik nak banyak buat onar. Dia dan sekutu-sekutunya iaitu KSU (Kamaruddin Siaraf dan si "tiger" (datuk ibrahim yahya) telah merosakkan struktur organisasi RTM. Permainan mereka ni cukup licik. Mula-mula kondem KP lama, Datuk Ab. Rahman Hamid yang dibuang macam sampah... lepas tu jawatan KP dijadikan open service yang dulunya close service (jawatan untuk orang2 RTM saja. Ingatkan dibuka kepada PTD, tup tup diletakkanya wartawan cabuk entah dari mana jadi KP. Si KSU tu pulak... sebaik saja dia fitnah dan buang KP lama... dia pulak yang kena "fitnah" (kononnya) berkhalwat dengan pengacara. Si Shabery ni pulak... mentah-mentah tak mengaku ketika ditanya dalam dewan...

Untuk makluman bro... projek digital RTM ni berbilion-bilion kosnya... rasa-rasanya SPRM dah kena masuk kot... semak-semak sikit KSU tu...

Wassallam