PAGI ini penjolok utama Abdullah Ahmad Badawi sehingga jatuh, Mahathir Mohamad dilaporkan akan berkempen di Jalan Taiping, di Bukit Gantang. Menurut anaknya Mukhriz bapaknya itu akan berkempen untuk meraih undi Cina. Kata Mukhriz kalau undi Cina swing 10 peratus BN akan menang.
Mukhriz meletakkan peralihan undi Cina memberi kemenangan kepada UBN.
Permegian Mahathir itu tidak lebih untuk melepas gian selepas yang tersumbat di dada kerana lama tidak berkempen dalam pilihan raya. Pilihan raya umum lalu beliau tidak diundang oleh mana-mana calon UBN kerana beliau sudah menjadi libaliti kepada UBN. Mahathir hanya berputar dan menemui orang-orang tua dalam parlimen Jerlun tempat anaknya bertanding saja.
Kedatangan Mahathir ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu sebagai melepas gian dan dendam saja. Beliau tidak banyak dapat mengusik dan mengubah hati pengundi Cina. Orang Cina baik di Bukit Gantang ataupun di Bukit Selambau masih ingat dan senantiasa mengenang apa yang Mahathir lakukan. Mereka sudah kenal dengan Mahathir jadi apakah mereka akan mendengar apa yang Mahathir cakap dan pesan!
Mereka juga kenal dan tahu siapa Mahathir. Seorang radikal Melayu yang pernah ditolak oleh orang-orang Cina tahun 1969. Mahathir pernah kalah di perlimen Kota Star tahun 1969 apabila pengundi Cina menolaknya. Kenapa pengundi Cina tolak Mahathir, datuk nenek generasi Cina hari ini tahu segala ceritanya.
Ucapan Mahathir semasa merasmi sebuah pertubuhan Melayu di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum perhimpunan agung Umno yang dihadiri tak sampai 450 orang menjelaskan sikap Mahatahir sebenar kepada bangsa Cina. Beliau terus bersikap anti Cina dan memainkan sentimen Melayu. Apakah dengan sikap sebegitu Mahtahir mampu untuk membujuk Cina Bukit Gantang dan Selambau mengundi BN?
Kehadiran Mahathir itu bukan saja tidak disenangi oleh orang Cina, orang Melayu juga kurang senang dengan telatah Mahathir. Melayu yang setia dan simpati dengan Abdullah tidak dapat menerima sikap anti Mahathir kepada Abdullah. Kalau Mahathir pergi ke Perak dan Kedah untuk mengulas mengenai isu derhaka kepada sultan ia juga dikira songsang kerana apalah kurangnya dengan Mahathir dalam hal ini. Orang yang bertanggungjawab mengurangkan imuniti raja-raja tidak lain melainkan Mahathir.
Apakah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak ada seorang pun orang Abdullah? Tidak ramai cukuplah sedikit ia memberi kesan kepada calon UBN kalau orang setia dengan Abdullah tidak kelaur mengundi kerana bencikan Mahathir. Mereka yang mendokong dan menandukan Mahathir jangan ingat mereka saja tahu membAlas dendam kepada Abdullah, mereka juga tahu untuk mengajar Mahathir.
Selain itu tujuan beliau pergi juga untuk terus melepas dendamnya kepada Anwar Ibrahim. Sudah pasti dia akan membelasah dan menghemtam Anwar selumat-lumatnya dalam ceramahnya kelak. Mahathir pergi bukan sangat untuk memenangkan UBN tetapi demi memuaskan nafsunya.
Pada saya pemergian Mahathit ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu tidak perlu dirisaukan. Ia tidak banyak membantu melainkan kehadiriannya untuk menggunakan pentas politik bagi memuji Najib Razak menjadi PM. Mahathir ada agenda sendiri kenapa dia harus puja dan sanjung Najib. Apa yang Mahathir lakukan hari ini ialah untuk memastikan Najib melantik anaknya yang kalah dalam pertandingan pemuda Umno itu sebagai anggota Kabinet.
Justeru bagi saya pemergian Mahathir untuk melepas gian itu sepertilah penagih megepah candu bawah kolong busuk. Mahathir akan terlena manakala asap canduk pula memabuk dan memeningkan kan orang lain. Perbuatan Mahathir itu tidak membekas apa-apa. [wm.kl. 9:15 06/04/09]
No comments:
Post a Comment