Najib Jumpa Nik Aziz Malam Ini?
[kemaskini] Menteri Besar Kelantan, Exco dan pegawai kerajaan tidak akan menghadiri majlis pelancaran Fiesta Kelantan bertempat di perkarangan stadium Sultan Mohamad keIV malam ini. Menurut laporan portal berita Pas, keputusan diambil apabila pengajur Red Carpet Worldwide gagal mematahui syarat awal dengan kerajaan negeri.
Persetujuan awal Nik Aziz akan turut berucap pada majlis berkenaan bersama Najib bagaimana pun dalam susunatur acara Nik Aziz tidak diberi peluang berucap. Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra yang mulanya dijangka berangkat tidak dapat berbuat demikian kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. - MSO 4:30 pm.
HARI ini Najib Razak mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kelantan. Acara kemuncaknya malam ini ialah menghadapi Fiesta Kelantan di perkarangan stadium Sultan Mohammad ke IV Kota Bharu. Menurut berita awal Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan hadir sama dan duduk sepentas dengan Najib.
Kalau ini berlaku bermakna perisitwa pertama kedua pemimpin itu duduk sekali selepas meletus isu royalti minyak. Kerajaan dan rakyat Kelantan marah keada Najib kerana menafikan royalti minyak untuk Kelantan.
Apakah perjumpaan tidak rasmi malam ini akan memberi ruang kepada mereka berdua bertanya khabar antara satu sama lain. Apakah Nik Aziz akan berseloroh dengan Najib untuk meminta royalti diberikan kepada Kelantan.
Sementara itu ada laporan mengatakan kumpulan tertentu akan menaikkan kain banting menyindir Najib berhubung perkara itu. Saya rasa kain banting itu tidak akan membawa apa-apa erti. Yang paling baik ialah mencari jalan mengadakan perundingan bagi tujuan itu.
Baik Najib atau Nik Aziz keduanya sangat menyintai kepada kedamaian. Atas kapasiti mereka sebagai pemimpin kedua-duanya menghabiskan masa untuk membawa kebaikan dan kesejahtraan kepada rakyat. Tidak bolehkah kalau perjumpaan ringkas ituakan merintis kepada perjumpaan lebih official. Ketegangan antara Pas dengan Umno Kelantan akan mengendur sedikit kalau Najib sedia mempertimbangkan untuk memberi royaliti minyak.
Kesediaan itu juga memungkin ura-ura untuk membawa isu minyak ke mahkamah boleh difikir semula. Mudah-mudahan perjumpaan ringkas malam ini membawa hasil dan tuah yang baik kepada kedua-dua pihak. [jln phg 12:00 t/hari 16/06/10]
1 comment:
Assalamu alaikum tuan. adoooi! Nampaknya terbantut lagi peluang untuk pertemuan dua pemimpin tertinggi dari PAS dan UMNO. Bila membaca berita yang disiarkan oleh Harakahdaily berkenaan pembatalan kehadiran itu, rasanya semakin marak kemarahan orang-orang PAS kepada UMNO_BN. Begitu sekali mereka (UMNO-BN) melayan kerajaan kelantan dan rakyat Kelantan. Adat bertandang ke rumah orang, masuk ke dalam rumah, masuk ke dapur, masuk ke bilik dan menonton/mendengar tv juga bermain dengan komputer yang ada di dalam rumah tanpa menegur dan bersalaman dengan tuan rumah. Selayaknya tetamu seperti ini dihalau sahaja.
Persoalannya, Adakah Najib tahu semua perkara ini dan merestuinya. Seandainya tahu dan merestuinya maka renunglah sendiri akhlak perdana menteri kita tetapi andai Najib tak tahu maka mereka yang melakukan itu adalah manusia yang khianat kepada najib.
Nampaknya ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku kepada Tok Guru kerana perkara seperti ini pernah berlaku ketika acara pelepasan lumba basikal la tour de Langkawi.
Post a Comment