Wednesday, September 15, 2010

Catatan Iseng

Kepulangan Penuh Semangat

BETULAH orang kata kalau sudah ada semangat, sakit sikit-sikit pun akan hilang. Kalau tidak ada semangat, tubuh badan sihat pun jadi malas dan mulas. Betapa pentingnya semangat ini. Sebab itulah orang-orang tua di Kelantan zaman dulu akan pangil Peteri - sejenis pemainan tradisi berunsur pengubatan untuk mengubat mereka.

Bila Peteri dimainkan si sakit yang terjelepek atas tikar berminggu pun boleh bangun dan menari. Mereka jadi segar degar tiba-tiba. Begitulah ampuhnya pembangkitan semangat. Jangan main-main dengan semangat ni?

Begitu juga dengan perjalanan saya ke negeri kelahiran hari ini. Turun rumah sebelum Subuh jam 5:30. Sampai di Bentung solat Subuh disebuah masjid di situ. Jemaahnya ada lima orang setengah. Setengah, sebab salah seorang darinya anak bongsu saya.

Kalau tidak kerana semangat perjalanan itu tentu menjemukan. Jauh, lagipun edah hari raya sudah habis. Ketupat daun palas pun sudah basi. Tetapi kerana untuk menghadiri majlis kenduri anak buah dan pulang untuk berjumpa dan mencium ibu dan mentua, terpaksa juga.

Nasib baik ada semangat yang mengiringi diri. Apakah semangat itu? Ianya tidak bukan dan tidak lain melainkan kerana Kelantan baru dapat sultan baru. Pemashyuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan memberi tenaga tambahan untuk pulang. Rasanya bukan saja saya, orang lyang suka melihat kemakmuran dan kedamaian Kelantan juga merasakan begitu.

Sebaik memasuki sempadan Kelantan di Merapoh, bulu roma sudah berdiri. Jiwa rasa besar dan hati 'gumbira' kepenatan dan mengantuk langsung tak ada. Terasa semacam satu kepuasan kerana pergeseran dan perebutan takhta Kelantan sudah selesai. Tengku Faris sudah diangkat menjadi Sultan dengan rasminya. Rakyat Kelantan seolah mendapat mutiara yang amat bernilai sekali.

Semasa tiba di sempadan itu sempat juga saya tersilau kepada tempat signboard Dinar Emas dan Dirham yang baru dipasang tetapi sudah robek dan tumbang - kena baham ke lori mungkin. Saya dah masukkan gambar itu dalam Fb. Ingatkan signboard itu akan diperbaiki bagi menyambut para perantau yang pulang berhari raya, namun tidak ada.

Usahkan dibaiki, signboard robek itu langsaung sudah tidak ada. Kerangkanya pun sudah hilang. Saya tidak faham kenapa ianya tidak dibaiki ataupun ditukar baru. Bukankah signboard yang bertulis, Kelantan Land of Dinar itu penting. Ia untuk ditunjukkan kepada rakyat Kelantan bahawa Kelantan ada duit dinar emas dan dirham perak. Lagi pun semasa perlancaran wang dirham itu bukan main lagi gimiknya hingga sampai ke langit biru.

Apakah agensi yang mengeluarkan dinar dan dirham itu sudah tidak ada wang, sampai nak baiki atau tukar signboard itu pun tak mampu? Ataupun ia melambangkan bahawa dirham dan emas itu memang tidak laku dan hanya gimit politik saja? Atau pun signboard itu memang disebotaj?

Hati terus sejuk, aman dan bahagia tatkala memasuki sempadan. Aroma akok yang di jual ditepi jalan yang sering menyengahkan saya berhenti, dilupakan kerana ingin sampai segera ke Kota Bharu. Mahu melihat wajah KB yang ceria dan manis. Perasaan itu terbawa sampai ke Gua Musang, Kuala Krai, Machang hinggalah ke Pasir Puteh. Al gaoutsi yang menyerang lutut sebelah kiri tidak terasa, seakan sembuh dengan sendirinya.

Di Pasir Puteh singgah rumah Drs Zainuddi Awang Hamad YB Limbungan kerana beliau adakan kenduri kahwin anaknya. Jemputan ini saya kena utamanya kerana beliaulah wakil rakyat yang prihatin terhadap saya dan juga sahabat sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi. Inilah wakil rakyat yang tidak pernah berubah perangai dan status. Tetap macam dulu. Malahan seliparnya juga semakin hijau.

Sewaktu saya menjejaki Pasir Puteh tetamu agungnya, Tok Guru Nik Aziz baru saja tiba. Zainuddin meminta saya segera ke rumahnya untuk berjumpa dan makan semeja dengan Tok Guru.

Itulah Tok Guru, saya sudah merasakan dia akan hadir. Tok Guru manusia yang tidak pernah mengecilkan hati orang dan tidak pernah menghampakan permintaan orang. Mintalah apa kepadanya yang halal diberikan tanpa banyak soal. Jadi kalau setakat jemputan kenduri dia tidak akan ketinggalan. Akan cuba dipenuhi juga walaupun sibuk.

Kerana sesuatu sebab (yang saya tidak mahu sebutkan di sini) saya tidak segera ke rumah Zainuddin. Saya minta biarlah Tok Guru balik dulu. Saya mengelak dari berjumpa dengannya. Sementara saya menunggu Tok Guru beredar saya pusing bandar Pasir Puteh yang sememangnya sudah lama saya tidak lawati. Selepas mendapat penjelasan dari Wan Ismail yang Tok Guru sudah meninggalkan majlis baru saya bergerak ke rumah Zainuddin.

Kiranya saya bernasib baik juga, sebaik saya duduk di kerusi untuk menjamah makanan, TMB Ahmad Yaacob tiba. Dia juga dtang lewat seperti saya. Wal hasilnya walaupun tidak berjumpa dan bersalaman dengan Tok Guru tetapi dapat bersalaman dengan timbalannya. Orkey la tu. Mungkin ada menganggap berjumpa dengan Ahmad Yaacob tidak ada apa-apa istimewanya. Tetapi bagi saya istimewa kerana bukan senang untuk berjumpa dengannya.

Beliau mudah didatangi dan berbual dengan sesiapa saja, tetapi tidak dengan saya. Dia semacam kurang senang dengan saya. Apa yang maklum beliau takut berbual dengan saya akan dirakam dan ditulis. Aduh... begitu sekali. Mungkin kerana takutkan itu maka selepas bersalaman beliau terus berundur tetapi saya puas hati kerana sempat mengucapkan tahniah kepadanya sebagai mewakil Tok Guru dan semua Exco dan wakil rakyat atas pemashyuran Sultan baru, Tuanku Muhammad Faris Petra.

Tahniah dan selamat kepada YB Limbungan kerana dapat menantu dan majlis sungguh meriah. [pp kel. 7:20 pm 15/09/10]

2 comments:

Nor Hasin said...

Tahniah diucapkan kepada YB Drs. Zainuddin kerana mendapat menantu..

Kepada Tuan Haji pesanan saya makan tu kena control sikit baru boleh baik Al-Gout dan selamat bercuti di bumi kelantan kampung halaman tercinta dan jangan lupa cari berita sensasi dan terkini untuk peminat setia Blog MERAH TINTA.

Abdul Muiz said...

Assalamualaikum...

Rasanya tulisan tuan di blog yang agak pedas dan tafsiran tuan yang mungkin sedikit menjangkau dari kebiasaan menyebabkan pemimpin-pemimpin politik seperti Dato' Ahmad Yaakob mengambil sikap untuk tidak berbual dengan tuan. Beliau cuba berhati-hati untuk berbicara sesuatu terutamanya bab politik.

mungkin juga beliau bimbang jika perbualan antara Tuan MSO dengan beliau akan dirakam dan diulas oleh tuan mengikut prespektif tuan sendiri dan lari dari apa yang dibincangkan serta mungkin cuba mengelak kontroversi.