Tuesday, September 7, 2010

Sebelum Berbuka 6

Selamat Hari Raya Dan Bersara Musa Hassan

[kemaskini] ADA rasa sedih dan kesian juga di hati saya kepada bakal bekas KPN, Musa Hassan apabila mendengar luahan hatinya kepada media sempena persaraanya 12 September ini. Musa Hassan perlahan-lahan telah mulai menyedari bahawa kukunya yang panjang telah mulai patah, reput dan akan tercabut. Dia akan melalui peralihan untuk menjadi seorang biasa kini.

Selalunya manusia akan merasai langit itu tinggi dan bumi itu rendah apabila kuasa duniawinya ditarik. Selama berkuasa, dipuja dan ditakuti orang, kekadang biru langit tidak terpandang mata dan hijau rumput dibumi tidak terjamah oleh kaki sama sekali. Biasalah.

Ada dua perkara yang disebut Musa pada sidang akhbar perpisahan itu yang menyebabkan saya seakan sedih dan kesian kepadanya. Pertama, ialah mengenai canmpur tangan (katanya isu lapok) dalam polis yang tidak dapat diatasi oleh Musa. Bererti selama beliau jadi KPN beliau tidak dapat mennggunakan kuasa prerogatif beliau sebagai ketua polis. Beliau tidak dapat menjadikan pasukan polis Malaysia sebuah pasukan keselamatan berintegriti. Bererti juga beliau hanya jadi papet dalam polis kerana kuasanyan tidak dihormati.

Musa tidak menyebut pihak mana yang mencampuri urusan kepolisian itu cuma menegaskan ia adalah dari KDN. Yang sahihnya bukan dari kalangan polis. Dua entiti dalam KDN, sama ada pegawai kerajan atau pun orang politik.

Kalau Musa tidak bersara beliau tidak akan menyebut perkara itu. Hanya selepas tidak ada kuasa beliau baru mempersoalkan. Kelewatan ini orang boleh pertikaikan kalau Musa tidak senang dengan campur tangan itu kenapa beliau sedia menerima penyambungan kontrak sebanyak dua kali. Ini bermakna Musa akur kerana mahukan kedudukan itu walaupun ia tidak membawa erti buatnya. Di sini menunjukkan beliau lebih mementingkan glamour daripada integriti sebagai seorang anggota polis.

Kedua ialah apabila Musa menjelaskan beliau tidak diberitahu mengenai penamatan kontraknya itu tidak akan disambung. Beliau tahu apabila ianya diumumkan, begitulah lapor akhbar. Sekali lagi keadaan ini menyebabkan orang boleh membuat penilaian sendiri mengenai Musa dan sejauh mana ianya dihormati oleh pihak KDN sendiri. Apa yang berlaku ke atas Musa itu memalukan dan satu penghinaan kecil.

Sepatutnya beliau diberi tahu secara baik. Bila beliau tidak diberitahu orang dapat menilai sejauh mana kedudukan dan penghormatan kepadanya.

Bagaimana pun Musa tidak payah bersedih atas apa yang berlaku. Kerana sebelum ini beliau juga melakukan kesilapan atau tindak tanduknya dengan kuasa dimilikinya menyebabkan ramai orang tidak senang dan terkedu hati. Misalnya cara beliau memakai bintang di bahu meninggalkan senior lain menjadi buah mulut. Musa tidak salah. Salahnya orang yang mengangkatnya itu.

Kalau Musa seorang ikhlas dan berintegriti beliau tidak sedia memakai bintang-bintang itu. Seekor beruk yang tidak tahu memanjat pokok dia tidak akan berlagak sebagai pandai kerana bila ribut bertiup dia akan jatuh ke bumi!

Tetapi lumrah dan adat dapat bercerita kenapa terjadi demikian. Misalnya kalau orang tidak cukup inchi (5 kaki 3 inchi) tetapi dapat jadi polis, bermakna adalah rasuah kecil di situ atau berlaku sesuatu yang diluar normal dan kebiasaan. Saya masih ingat seorang orang kampung saya walaupun tangannya 'pekal' - bengkok, kerana jatuh dari pokok kelapa tetapi dia diterima menjadi askar.

Kenapa, sebabnya pegawai atasan adalah saudaranya. Di sini menunjukkan hubungan kekeluargaan atau budi peribadi kadang kala boleh membatalkan syarat-syarat sah lain. Itulah manusia. Penganiaayaan terhadap manusia lain berlaku dalam tidak sedar.

Maka kepada Musa Hassan usahlah bersedih. Apa yang berlaku ke atas diri anda dan kita semua, adalah penuh hikmah dan keadilan. Cuma keadilan dan hikmah itu saja kita tidak dapat hendak menilainya kerana egois dan kebebalan kita. Gunalah masa pencen yang dianggap masa tersisa ini unutk melakukan kebajikan dan memperbaiki kesilapan lampau. Tuhan Maha Pengampun dan menerima taubat.

Seperti mana kata anda selepas 12 Septmber nanti anda hendak jadi rakyat yang baik. Mungkin semasa menjadi KPN anda bukan seorang warganegara yang tidak baik. Malangnya negara ini kerana memiliki seorang KPN dari seorang rakyat yang tidak baik. Mat Maslan tetap ingat bagimana tilam diusung ke mahkamah oleh anak buah Musa. [wm.kl. 6:00 07/09/10]

4 comments:

firdaus said...

bukan satu masalah pun kalau musa hassan nak jadi rakyat yang baik selepas ni, tak sapa nak halang dan tak da sapa nak heran.. lagi pun perlu sangat ke diberitahu kepada rakyat-rakyat yang lain.. apa yang mustahaknya

selepas ini apakah yang dilakukan oleh musa apabila setelah menjadi rakyat yang baik@kebanyakan@nobody.. apakah cara yang akan beliau lakukan bagi tidak mengingatkan tindakan-tindakan tidak betul beliau oleh orang ramai semasa beliau jadi KPN dulu, mampu ke dia kikiskan ingatan tidak baik orang ramai dengan menghebahkan kepada rakyat-rakyat lain dengan sekadar mengatakan akan jadi rakyat yang baik lepas ni..

selamat hari raya kepada musa dan sihat-sihat selalu... peace no war...

Rillink said...

Assalam Tuan MSO.
Nampaknya semua individu yang terlibat secara langsung dalam kes kes Ds.Anuar Ibrahim akhir nya mereka mereka ini menerima penghinaan di-dunia ini,di-akhirat nanti macam mana agaknya keadaan mereka.

Pondok Hati said...

Orang tak guna kata "rakyat-rakyat" rakyat saja cukuplah.Maaf..dari pencinta bahasa.

firdaus said...

maaf terlebih guna perkataan, bukan maksud memperkecilkan bahasa sendiri, kata-kata itu terus terkeluar dari hati dan minda

kadang-kadang apabila menyampaikan sesuatu menerusi ayat dan perkataan-perkataan sengaja ditambah-tambah bagi memberi maksud dan makna tersendiri

ayat dan perkataan tak dapat hidup tanpa kita mempernyawakannya...