Sunday, September 5, 2010

Selepas Subuh

Antara Inchek Ibrahim dan Nik Aziz

SEKALI lagi ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas, Inchek Ibrahim Ali menyerang Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kali ini beliau meminta Nik Aziz mengemukakan bukti bila masa Rasulullah s.a.w. membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, makan, minum dan tidur di dalam rumah Allah itu.

Alasan dan hujah Inchek Ibrahim mudah sahaja, katanya tidakkah Madinah dan Makkah tanah haram. Tanah haram orang bukan Islam tidak boleh masuk. Berdasarkan logik akal itu Inchek Ibrahim tidak mempercayai dakwaan Nik Aziz itu mengatakan Rasulullah membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Walaupun alasan itu dangkal tetapi ada logiknya juga. Orang yang berfahaman seperti Inchek Ibrahim mungkin menerimanya dan akan menolak hujah (politik) Nik Aziz.

Saya tidak ada bukti sejarah mengenai soal ini. Cuma saya nak sebutkan bahawa pada zaman Rasulullah dulu memang ada perbincangan antara orang bukan Islam dengan baginda dalam masjid. Salah satunya ialah peristiwa di Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah - gencatan pada tahun ke empat Hijrah antara orang Muslim dengan Musyrikin Qurisy dilakukan di dalam masjid.

Bagaimana pun tempat perjanjian itu pada masa ini sudah berada di luar masjid. Kalau sesiapa ke Makkah dan mengadakan ziarah ke tempat bersejarah ini akan berjumpa dengan tempat berkenaan. Selain itu masih ada sejarah-sejerah kecil mengenai bagaimana orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, baik untuk tujuan baik, mendapat perlindungan, memohon bantuan idea Rasulullah dan sebagainya.

Biarlah kita tolak mengenai bukti-bukti jelas mengenai perkara itu. Kita anggap sajalah Nik Aziz terkhilaf. Dia berkata begitu untuk membela ahli Parlimen DAP kawasan Serdang itu saja. Tetapi dalam hal ini Inchek Ibrahim pihak yang menuduh akan kedangkalan atau 'pembohongan' Nik Aziz. Maka menjadi kewajiban Inchek Ibrahim untuk membuktikan apa yang dipercayai dan diyakini itu agar orang tidak mengatakan dia juga bercakap bohong.

Inchek Ibrahim kena tunjuk bila masa atau di mana Rasulullah pernah menghalau orang bukan Islam dari memasuki masjid. Bila masa dan tahun berapa Rasulullah memerangi orang dari memasuki masjid. Beliau kena sebut peristiwa berkenaan. Kalau Inchek Ibrahim juga gagal menyatakan bukti dan dalil-dalilnya maka Inchek Ibrahim dua kali lima saja dengan Nik Aziz dalam hal ini.

Saya percaya kenyataan dan serangan Inchek Ibrahim terhadap Nik Aziz itu kerana motif politik tidak lain dari itu. Kerana ianya bersifat politik saya sifatkan kedua mereka betul dan kedua mereka mungkin salah.

Bagaimana pun yang jelasnya, antara kata-kata Inchek Ibrahim dengan Nik Aziz orang lebih mempercayai kata-kata Nik Aziz. Walaupun betul sekali pun kata-kata Inchek Ibrahim orang akan mempercayai kata-kata Nik Aziz dan yakin kata-katanya lebih bernilai. Sebabnya, pertama dari segi ilmu lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawaduk, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.

Dari segi lemah lembut (syaksiah), lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawakal, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi zuhud lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi intergriti, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Begitu juga dari segi lompat parti, bab ini kurang Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.

Keduanya, orang melihat dan menilai dari segi budi dan jasa, Nik Aziz lebih berjasa daripada Inchek Ibrahim. Bukankah Inchek Ibrahim bertanding dan menang di Pasir Mas atas kesian belas Nik Aziz? Bukankah projek bandar baru Pasir Mas yang Inchek Ibrahim serahkan kepada Albert usahakan itu atas kesian belas Nik Aziz? Sekurang-kurangnya dua jasa dan budi besar Nik Aziz kepada Inchek Ibrahim yang tidak mungkin dapat dibalas oleh Inchek Ibrahim.

Pergilah kot mana-mana pun orang akan berpihak kepada Nik Aziz daripada Inchek Ibrahim. Jika diukur dan dinilai semua itu serangan Inchek Ibrahim ke atas Nik Aziz, tidak lebih daripada satu tindakan melupai budi dan jasa beliau (Nik Aziz) saja. Saya tidak mahu hendak bilang apa dengan sikap dan fiil begini. Hukumlah sendiri.

Dan kalau Nik Aziz tidak mahu menjawab serangan dan bidasan Inchek Ibrahim itu pun tidak mengapa, kerana dia bukanya siapa melainkan bekas anak angkatnya saja menjelas pilihan raya umum lalu yang kini sudah menderhaka kerana hajatnya untuk menang sudah diperolehi. Cuma diingatkan kepada Inchek Ibrahim bahawa pilihan raya umum di negara ini tidak terhenti dan berakhir setakat pilihan raya umum ke 12 saja tetapi akan ada lagi selepas ini. [wm.kl. 6:20 am 05/09/10]

9 comments:

dlines said...

jenis manusia tidak mengenang budi..ibarat cikgu saya ajar dulu kot..melepaskan anjing tersepit.baru say faham maksudnya....

ANAFAKIR said...

Tidak perlu TOKGURU jawab..sbb Inchek Ibrahim tu masih 'budak2'.Layan buat apa?.Dia nak tau apa yg TOKGURU cakap tu betul atau tidak,dia kena 'mengaji' la.Dia kan 'ahlul politik'..cari sendiri la bukan nak dpt jawapan mudah2 mcm tu.Kalau tak reti2 juga,sesekali pi la dgr TOKGURU mengajar pada setiap pagi JUMAAT kat Kota Bharu tu.Dasar tidak sedar diri,tak sedar dek untung.Tidak kenang budi..memalukan anak Melayu Kelantan.

Unknown said...

Salam MSO,

Ingin saya menarik perhatian semua yang membaca blog tuan mengenai huraian yang agak detail serta jelas oleh Ustadz Sarwat di link berikut:

http://www.ustsarwat.com/search.php?id=1204045314

Sebagaimana yang saya fahami sebelum ini dan seperti penjelasan oleh ustadz tersebut, orang bukan Islam hanya diharamkan dari memasuki Masjid al-Haram sahaja, bukan mana-mana masjid selain itu. Ketentuan selain dari memasuki Masjid al-Haram juga dijelaskan oleh ustadz tersebut.

Ada pun diharamkan orang bukan Islam memasuki Masjid al-Haram ini adalah kerana salah satu sebabnya orang jahiliyyah sebelum itu bertawaf dalam keadaan telanjang.

Wallahu a'lam

Unknown said...

pedih pedih tulisan tuan mso kekeke..ambo asal kelate duk pulok dale parlimen si Inchek berahim tu...ambo tunggu masa pru 13 joh nok jawab balik gapo hok dia kata ko tok guru ambo...ambo jawab dalam kertas undi jah..xmain kecek banyok doh..kalu la lembu tanding lawan inchek berahim..ambo rela pangkah lembu!

Cikgu Di said...

Keributan mengenai orang asing menggunakan masjid sudah mula memesongkan fikiran dan pendapat yang berbeza diantara dua parti politik dan kuncu-kuncunya ditanah air tercinta ini. Hinggakan bukan lagi mahu mencari penyelesaian tapi sudah menjadi isu saling tuduh menuduh hingga membengkak dan mengeluarkan nanah yang membusukkan. Hasilnya sesama Islam bertelagah dan yang bertempuk tangan siapa ? Betapa mudahnya musuh Islam melaga kita. Betapa rapuhnya ukwah sesama Islam. Beginikah sikap pemimipin politik yang akan menerajui negara saat ini dan akan datang ?. Kalau mereka mempunyai matlamat penyatuan walaupun berbeza lambang yang dipangkah kenapa kita yang satu kiblat asyik leka dengan saling meludah antara satu sama lain. Siapakah yang lebih mulia antara yang ada KALIMAH dengan tiada KALIMAH. Ingat lah apabila umat ini saling mencaci antara satu sama lain maka tidak lagi dipandang ALLAH.... amat sedih dan memilukan...

zuraimi said...

Salam Tuan MSO...
tuan boleh nasihatkan pak brahim dgnar hujah Dr Daniel..kalu pak brahim tak nak dengar hujah TG... suruh dia masuk youtube taip tajuk ni..
Dr. DANIAL MEDIA 2 : ISU NON MUSLIM MASUK MASJID & WAHABI ( PART 1 )

kalu tak percaya gak.... suruh pak brahim duduk tengah jalan biar kena langgar lepas tu hantar kat kopi tiam buat sup...wakakka... bahagian kaki yg sedap...

mnhisham said...

Salam, betul....berahim ni sudah teruk. muka tak malu.....tunggu pru 13, kita tengok setara mana berahim ni....

ahmadnafiah said...

YB Dato Berahim ni dia bercakap ikut perasaan marah tak tentu pasal ni. orang gila pun saya rasa tau apa yang berahim kata ni. biarkan dia dengan gayanya PRU 13 nanti orang Pasir mas tau apa yang mereka nak buat, tunggu dan lihat saja.

alahai said...

ya btul tu...inchek ibrahim jawap cepat...bila masa dan tarikh Nabi Muhammad S.A.W. halau org bukan islam keluar dari masjid....