Friday, September 24, 2010

Renungan Dari Jakarta

Siapa Yang Perlu Diragui Sebenarnya?

BILA ada individu rakyat Kelantan yang mengambil inisiatif untuk membawa 40 orang ulamak ke Makkah untuk mengadakan munajak khas berhubung royalti minyak ada orang yang tidak berkenaan dan bersetuju angin. Katanya peruntukan sebanyak RM400 ribu adalah terlalu banyak dan sepatutnya wang itu dibelanjakan kepada fakir miskin.

Kata orang itu kalau bawa fakir miskin sekurang-kurangnya sudah lepas tanggungjawab fardu ain mereka.

Saya tidak fikir orang berkata demikian dan meragui mengenai projek itu tidak faham dan dapat membezakan antara ulamak dengan fakir miskin. Tujuan munajak itu adalah untuk mendapat hak Kelantan yang dinafikan oleh kerajaan Persekutuan. Kalaulah wang royaliti sebanyak RM800 juta itu dibayar ia bukan saja dapat meringankan beban fakir miskin tetapi seluruh rakyat Kelantan.

Saya juga tidak tahu apakah munajak fakir miskin lebih afdal daripada munajak para ulamak? Rasanya orang berkenaan lebih cerdik daripada Umno. Umno menerima kemasukan 40 ulamak dan bukan 40 fakir miskin. Sepatutnya Umno juga perlu menerima 40 fakir miskin.

Apakah matlamat dan tujuan ini pun tidak dapat dibaca oleh orang berkenaan. Bagaimana anda menjadi seorang wakil rakyat kalau perkara seperti ini tidak dapat difahami akan maksud dan tujuannya. Atau membezakan antara si fakir dengan ulamak.

Saya tidak mahu mengulas mengenai kebebalan dan kebodohan orang berkenaan yang menentang usaha untuk membawa 40 ulamak itu. Pada saya orang itu hanya sengaja menunjukkan kebodohannya tanpa diminta sesiapa. Saya hanya tersenyum bila mana orang itu melahirkan rasa bimbang mengenai tabung berkenaan. Kononnya beliau seorang jujur dan ikhlas dan membenci perkara mungkar seperti menyonglapkan wang.

Ujar orang itu yang syok sendiri kononnya dia jujur dan ikhlas, dermawan dan budiman, pasal wang ini budak pun berebut yeop. Ertinya dia tidak percaya wang itu diuruskan dengan betul mencapai tujuannya itu. Saya cukup tahu kenapa orang itu berkata begitu dan bimbang dengan masalah keselamatan wang, sebabnya orang berkenaan cukup memahami dan ada tawarikh mengenai hal-hal mungkar begitu.

Orang berkenaan banyak pengalaman dan arif mengetahui kisah penggelapkan wang. Dia juga tahu kisah bagaimana orang menggunakan agama, beri ceramah agama, baca hadith dan ayat Quran atas mimbar masjid untuk dapatkan wang. Dia juga tahu bagaimana cerita orang menjalankan kutipan derma untuk seorang anak kawan yang sakit, kemudian wang itu hilang begitu saja.

Orang itu juga ada pengalaman dan mengetahui bagaimana seorang calon ilihan raya menghantar SMS meminta wang untuk perbelanjaan pilihan rayanya tetapi akhirnya wang berkenaan tidak sampai satu senpun dan orang lain yang membayar segala perbelanjaan.

Mungkin kerana orang itu ada pengalaman, tahu segala kisah menyebabkan dia bimbang dengan penganjur munajak berkenaan akan melakukan penyelewengan seperti mana diketahuinya.

Di sini saya tidak mahu mengatakan penganjur tabung munajak itu seorang malaikat. Tetapi dia inilah yang pernah membantu seorang wakil rakyat yang dikenakan tindakan petisyen di mahkamah. Pernah menghabiskan wangnya sendiri membantu seorang kawannya yang bertanding dalam pilihan raya. Malahan pernah diajak menjadi saksi kepada petisyen terhadap seorang wakil rakyat.

Beliau diajar supaya bercakap bohong, menipu mahkamah dengan menjadi saksi atas pembelaan dalam kes petisyen berkenaan. Allah Al Azim ... petisyen berkenaan tidak berlaku disebabkan ada perundingan. Kalau tidak kawan yang budiman itu akan turut sama terjebak melakukan kejahatan dan penipuan kepada mahkamah.

Justeru orang ramai yang membaca laporan mengenai kebimbangan orang berkenaan berhubung dengan projek membawa 40 ulamak ke Makkah itu boleh menilai sendiri siapa yang korup, siapa yang penipu dan siapa yang hipokrit dalam hidupnya. [jkt 7:00 am 24/09/10]

5 comments:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

ada seorang bertanya kepada seorang ustaz (jika didalam pas dipanggil ulama")kataapabilanya pada suatu ketika dia kekubur untuk menziarah sambil berdoa dan bertahlil,tetapi malangnya kubur yang didiziarahi itu sudah tersalah orang yakni kubur orang lain yang langsung tidak dikenalinya, perkara tersebut disedari apabila pada suatu masa yang lain beliau telah menziarahi sekali lagi dengan ditemani olih saudara yang rapat dengan simati, lalu diceritakan kejadian itu pada seorang ustaz sambil bertanya adakah doanya bolih sampai atau diterima tuhan,lalu dijawab olih ustaz tersebut dengan mengatakan berdoa bolih dilakukan dimana mana kerana Allah itu berada dimana mana sahaja soal diterima atau tidak terserahlah pada urusan tuhan.

Maknanya soal berdoa atau bermunajat tadi jika dikata sambil untuk membuat ibadat haji bolihlah dikira munasabah akan tetapi bila dengan hajat semata mata untuk bermunajat tidak semestinya perlu katanah suci makkah.....

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Rasanya kalau saya boleh minta balik rm5 yang pernah saya dermakan pada dia ketika merayu minta derma untuk tabung pilihanraya hari tu, saya nak minta balik. Biarlah orang kata buruk siku asalkan tidak buruk akhlak.

Mohd Azrul Azuan said...

Salam.

Saya juga kesal dengan komen YB tersebut yang seolah-olah tidak memahami akan hukum dalam Islam berkenaan menuntut hak.

Walaupun perancangan untuk menghantar ulama itu boleh dikatakan sebagai harus dan boleh dibatalkan untuk mengaulakan perkara lain, namun adakah hujah tersebut boleh mengatasi kewajipan menentang kezaliman dan mendapatkan hak.

Saya sakit hati orang yang bukan ahli dalam bercakap agama, sewenang2 bercakap berkenaan agama tanpa merujuk kepada orang yang lebih ahli. Seolah2 sekarang semua orang salah, dia sahaja betul.

Bila kerajaan PAS tidak buat pembangunan, PAS dituduh kolot. Bila berjuang nak dapatkan hak, dikatakan gila duit. Mengejek sampai dok perli niat solat dalam twitter. Pastu cover dihujung artikel dengan merendah diri.

Saya tidak suka mengaibkan orang. Tetapi bila berdepan kelakuan melampau yang menghina orang lain dalam keadaan terbuka, saya rasa patut menyatakan ini secara terbuka.

Usahlah anggap diri sendri sahaja betul atau hendak mencari isu untuk mempopularkan diri, hinggakan tindakan sendiri pun dah hilang pertimbangan dan kewarasan.

Kepada YB tersebut, tuntut ilmu agama dengan mendalam sebelum berani berkata tentang agama. BAca kitab dan faham nas dengan kepala otak sendiri akan menyesatkan diri dan orang lain.

Satu lagi, jangan menafikan kewajipan menuntut hak dengan perkara lain yang lebih kecil. Kalau betul2 x faham pertimbangan fiqh, lebih baik diam daripada menjadi jahlun yang menyesatkan orang lain.

Maaf Tuan MSO, saya betul2 hilang sabar dengan orang ini. Maaf atas keterlaluan kata. Wassalam

mohd sayuti omar said...

Assamualaikum Tok Ayah Su... betul kata ustaz itu, berdoa di mana-mana saja diterima Allah. Tetapi projek membawa ulama itu projek politik, takkan tak tahu. Kalau ia politik maka projek berkenaan baik untuk menunjukkan kesungguhan dan dalam masa sama nak gertak pihak satu lagi. Itu saja. Kalau tak adakan projek seumpama itu orang tak nampak. Tok Ayah ada hal-hal tertentu kita kena tunjukkan apa yang kita buat, sebab manusia hari ini penuh dengan hasad dengan. Mereka akan mengatakan ikut suka mereka terhadap sesuatu yang mereka tidak nampak dan tidak rasa. Pada saya projek itu tak salah, para ulama itu pula di samping menjadi alat politik dapat ke Makkah dan Madinah.
Wassalam.

ANAFAKIR said...

Membawa ulamak ke Mekah bukan semata2 utk memberi peluang mereka beribadah haji jika mereka pergi pada musim haji.Dan kalau bukan pergi pada musim haji, kewajaran membawa ulamak ke Mekah kerana Tanah Suci dan masjid2 disana adalah tempat2 yg diberkati,lebih daripada mana2 masjid lain yg ada di dunia. Komen seorg manusia yg membuat perbandingan lebih baik berikan duit utk bawa ulamak itu kepada golonganm miskin adalah lebih afdal sebenarnya manusia tu tersilap kerana pemergian alim ulamak ini adalah pemergian mereka yg memiliki ilmu agama yg ditegaskan oleh Nabi ' ulamak itu pewaris nabi'.Mereka adalah sekumpulan insan atau hamba Allah yg diakui kealiman ilmu,kekuatan istiqamah mereka dlm beribadah.Mereka juga antara yg gelar 'mulut masin'.Jgn mudah membuat provikasi dan pransangka kepada niat baik kerajaan Kelantan,kerana kerajaan negeri ingin mendapatkan balik hak rakyat Kelantan yg berjuta org itu.Bukan suka2 utk membawa mereka ke Mekah.Mungkin kos mereka ke sana ditampung oleh tokoh2 korporat tertentu yg lebih 'kenal' antara batil dan hak.Justeru saya mendoakan semoga doa2 para ulamak itu adalah doa2 yg mustajab.Dan semoga ada antara ulama2 itu Allah kurniakan 'martabat kun',semoga hak dan duit rakyat Kelantan yg dirampas itu dikembalikan tanpa menidakkan ketentuan takdir Allah masih mengatasi segala perancangan.