Wednesday, September 1, 2010

Ulasa Berita

Perkembangan di Sabah
Najib Terpaksa Ambil Sebutir Lagi Penadol


HARI ini Timbalan Ketua Menteri Sabah, Peter Pang En Yin telah keluar dari parti tersebut dan meletak semua jawatan termasuk sebagai Naib Presiden LDP berkuatkuasa serta merta. Tindakan itu katanya kerana parti itu menghadapi kesukaran untuk berkerjasama dengan BN yang dipimpin oleh Musa Aman.

Bagaimana pun kata Peng En Yin dia akan tetap bersama BN dan sedia membantu BN dibawah pimpinan Musa Aman. Tindakan Pang En Yin itu ada kaitan dengan sikap LDP yang akhir-akhir ini memerangi Musa Aman kerana pengerusi BN tidak melayan tuntutan LDP. Pang En Yin dilihat orang yang tidak bersama parti dan mirip kepada menyokong Musa.

Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Salleh Said Kruak pula berandaian tindakan LDP itu yang kurang senang dengan Musa kerana bersekongkol dengan pihak lain yang ingin menjatuhkan Musa. Siapakah pihak berkenaan? Ia tidak jelas dan nyata tetapi andaian itu menyebabkan orang ramai akan cuba ditundingkan kepada Pakatan Rakyat.

Kerusi Ketua Menteri begitu berprestaj. Dalam Umno juga bukan sedikit yang tidak suka kepada Ketua Menteri itu dan berangan-angan untuk merasai keempukan kerusi KM. Apakah tidak mungkin kalau orang dimaksudkan Salleh itu ianya dari golongan Umno juga? Sandiwara politik boleh dimainkan bukan saja pada malam hari tetapi pada siang hari juga dan dalam keadaan apa sekalipun.

Katanya sebelum ini sudah terdengar yang LDP akan meninggalkan BN. Tetapi cerita itu cuba ditutup. Apapun perkembangan terbaru di Sabah sungguh menarik. Tidak mustahil desas desus itu akan menjadi kenyataan. Biasanya kalau busuk sudah kohong ia tidak dapat dibendung lagi.

Apa yang dapat diagakkan dua kemungkin akan berlaku dalam masa terdekat ini di Sabah. Musa Aman berhenti dari menjadi KM ataupun LDP akan meninggalkan BN. Kalau LDP diingini terus bersama BN, tidak mustahil Musa akan jadi kambing korban demi menjaga pengaruh politik BN.

Sekiranya Musa masih disayangi sudah pasti BN akan kehilangan kerabatnya bernama LDP itu. Sebakliknya kalau Musa masih diperlukan sudah pasti LDP akan keluar dari BN. Dua kemungkinan ini benar-benar menyerabut dan tidak menyenangkan ketua BN di Kuala Lumpur.

Keadaan ini menyebabkan Najib Razak dari Semenanjung akan mengambil sebutir lagi penadol selepas menelannya untuk menghilangkan kerisauan mengenai prestasi Taib Mahmud di Sarawak yang terus terhakis. Ataupun apakah perkembangan kurang seronok itu merupakan tanda-tanda awal akan berlaku bah besar di Sabah dan Sarawak yang akan turut memeranjatkan orang Semenanjung. Mat Maslan tentu rungsing memikirkan ini. [wm.kl. 2:00 pm 01/09/10]

No comments: