Wednesday, September 8, 2010

Laporan Lewat

Dr Haron Din Selamat Jalani Rawatan Jantung di Amerika

MUNGKIN ramai kalangan ahli dan penyokong Pas tidak menyedari Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din kini berada di luar negara kerana menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di Colifornia Amaerika Syarikat.

Beliau berangkat ke Amerika Syarikat sejak lebih seminggu lalu dengan diteman isterinya. Pemergian Haron dihantar oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin lain.

Alhamdulilah, proses rawatan itu berjalan lancar dan beliau kini berada dalam keadaan sihat. Haron telah selesai menjalani rawatan jantung pada 31 Ogos lepas dan dibenarkan keluar hospital 2 Septermber.

Menurut SMS dari beliau keadaan jantungnya sudah dikenal pasti dan diatasi tanpa memerlukan pembedahan.

Menurutnya keadaan jantung beliau kini lebih baik dari sebelum ini dimana beliau kini dapat berjalan kaki sejauh 4.4km sehari dan ia juga tidak memerlukan bantuan ubat spray.

Jelasnya satu lagi ujian akan dijalan pada 7 September (kelmarin) dan jika didapati tiada masalah beliau akan terbang pulang ke tanah air dalam kadar segera.

Dalam satu SMS yang dilanjutkan kepada saya itu juga beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berdoa untuk kesejahtraanya.

Selamat Hari Raya Aidifitri untuk Dr Haron Din dan keluarga daripada saya dan bagi pihak penjenguk blog Merah Tinta. [wm.kl. 7:00 08/09/10]

No comments: