Wednesday, September 29, 2010

Susupan Petang

Kalau Adun Kulim Dirasuah RM5 Juta Berapa Pula Rasuah Ahli Parlimen?

MENURUT Raja Petra Kamaruddin dari kertas siasatan oleh SPRM terhadap Adun Kulim, Lim Soo Nee didapati Adun berkenaan mengesahkan dia ditawarkan RM5 juta agar meninggalkan parti. Tawaran itu dibuat oleh bekas MB Kedah Mahadzir Khalid.

Kertas siasatan SPRM itu adalah sumber yang sah dan tidak boleh dipertikaikan. Sekiranya kertas itu benar seperti mana didedahkan ini bermakna memang ada usur rasuah berlaku di Kedah. Kalau dakwaan Adun berkenaan bohong dia boleh dikenakan tindakan.

Persoalan yang bermain di kepala hari ini, kalau Adun dirasuah sebanyak RM5 juta, berapa pula nilai rasuah yang diterima oleh Ahli Parlimen? Di negeri Utara itu ada ahli parlimen yang belut dan meninggalkan parti. Apakah ahli parlimen berkenaan telah menerima rasuah yang menyebabkan beliau sedia mengkhinati parti? Ataupun tindakan beliau itu ikhlas bukan kerana menerima sebarang upahan?

Rasanya penjenguk sekalian dapat menilai hakikat ini sebaik mungkin. Sifir atau fromula yang boleh diberikan begini; seseorang itu tergila nak jadi wakil rakyat kerana hendakkan kedudukan. Di samping itu mahukan elaun kalau parlimen sekitar RM7 ribu hingga RM13 sebulah dan kalau Adun sekitar RM3 ribu hingga RM5 ribu sebulan.

Jadi kalau ada orang tawar RM5 juta atau memberi satu 'kelegaan' yang sangat didambakan kenapa beliau tidak perlu mengambilnya? Bukankah dengan wang itu dia boleh hidup senang, beli ubat kencing manis ataupun melawat Eropah dua kali setahun. Beli motosikal besar dan mengendung si janda yang asal Temerloh Pahang. (Up nak tahu cerita lanjut sila hubungan MP Indra Mahkota, Azan Ismail dan lawyer Md Radzi Mustafa).

Tentu sekali dia mahu. Jadi dakwaan Anwar Ibrahim sebelum ini kononnya ada wakil rakyat yang lompat parti kerana dibayar jutaan ringgit adalah benar bukan gurauan. Pendedahan dibuat Raja Petra itu adalah bukti jelas. Dan kalau perlu isu ini perlu dibongkar seluas-luasnya. [wm.kl. 7:15 pm 29/09/10]

7 comments:

Unknown said...

aku ingat kan MSO ni berakal panjang,tp rupanya beliau hanyalah ada otak tp tadak akal

nursyahira said...

salam mso,

Jika Raja Petra boleh membuktikan kenyataannya berserta dengan lampiran dokumen sebagaimana bukti kenyataan seorang blogger dulu dengan lampiran dokumen berkaitan pemberian kawasan balak di Negeri Kelantan barulah dapat di terima oleh rakyat, jika tidak ia hanya akan di anggap sebagai satu gimmick bagi menghadapi prk dun galas.

sekian, wassalam.

Junjungan said...

video pengakuan dari Lim Soo Nee ada dimuatkan dalam blog saya.

mohd sayuti omar said...

Kepada penjenguk nak membuat komen atas posting ini silakan, tetapi jangan kaitkan orang lain. Nak belasan saya pun dibenarkan. Saya akan siarkan selagi ia masih berada dan ada valuenya.

Ingat catatan saya bukan berbentuk leteral tetapi ada mesej tersendiri. Hanya mereka yang suka berfikir saja layak membacanya. Wassalam.

akmal... said...

@zamani.. maaf cakap, saya rasa saudara yg tak ada akal!.. lihat dari mata hati.. bukan akal yg sering dikawal oleh emosi dan nafsu...
@nursyahira.. cakap tentang dokumen, rasanya dah byk dan penat bukti ditunjukan.. ujung2nya simpan bawah bantal.. yg penting adalah 'political will' to walk it out!! yg ini kerajaan BN tidak ada...

ANAFAKIR said...

Siapa yg bawa janda tu..saya dpt meneka.Dia ni seorg lawyer tapi bukan suspek pembunuhan Dato Sosilawati tu.Dia seorg ahli parlimen,pernah bercakap dan membela isu murtad dulu2.Sekrg sudah kenyang kot.

Cuma saya nak tanya Tuan MSO,apa cerita skandal Ketua Bahagian UMNO di Kelantan yg terima rasuak seks tu?Dah senyap terus ker?Sekarang la kalau nak bongkar seiring dgn PRK DUN Galas ini..barulah gempakkk.Nanti UMNO pun was2 utk dtg berkempen.

Buat Zamani,tuan ni siapa?Kalau bole kata org lain takde otak tu..heran saya.Kalau kita ini manusia seimbang,kita boleh berlapang dada dlm isu2 politik ni.Kalau tidak punya emosi gred A usalah terjun dlm bidang politik,baik duk surau2 ker..buat amal sendiri2,jgn kawan dgn sesiapa.Terlibat dlm politik,dah begitu rendahnya..kena2 pandai berhujah.Hujah balas la hujah bukan emosi,rasanya tuan juga lebih teruk takde otak..sbb tuan MSO lebih tenang bila org hentam diri dia,walaupun Tuan MSO lebih condong kepada Pakatan, dia lebih relak jika mana2 penjenguk di laman ini menghentam PAS,DAP atau PKR.Begitulah kita mahu..relak dan berdaya saing dgn berlapang dada..bukan mcm2 budak2.Cerdik la sikittttt.

Unknown said...

senag jer nak tahu ada akal ke tak akmal... profile yang diberi pun tak tersedia.... org yang sama nak menyamar lain