Monday, September 6, 2010

Berlaga PKR

Pertandingan Dalam PKR Sudah Panas

Tampaknya perebutan jawatan dalam parti PKR sudah mulai panas dan mulai dicemari dengan kejadian-kejadian yang sering berlaku dalam parti Umno. Apakah perangai Umno terbawa-bawa oleh ahli PKR yang kebanyakan mereka asalnya ahli parti Melayu itu.

Apa yang terdengar kini sungguh menyedihkan. Tidak mustahil kalau tidak dibedung ia akan membawa kepada perbalahan dan perpecahan besar dalam PKR. Peristiwa di Kemaman tahun 2002 dulu boleh berulang semula.

Ugutan, kecaman sudah kedengaran kini. Politik memerangkap dan juga mengeksploitasikan keadaan sudah berlaku. InsyAllah saya akan ulas esok mengenai beberapa laporan dan desas desus yang menimpa dalam PKR sepanjang hari ini. Salam MSO. [wm.kl.11:30 pm 06/09/10]

2 comments:

ANAFAKIR said...

sudah keluar kenyataan 20 MP PKR menyokong AZMIN.Ini sudah semacam nak merebut jawatan secara paksa bunyinya..risau juga kalau PKR berpecah kerana akan beri kesan kepada PRU13 yg mmg tidak lama lagi dah.Namun jika itu ketentuan Allah maka ada perancangan lain yg terbaik dari Allah utk kita kot?..Dia Maha Perancang dan Maha Bijaksana.

penjawat said...

Kalau pasai PKR rebut jawatan, tuan MSO kita xkomen banyak pun..cuba kalau UBN..mau dah kena hentam lama..nampak sangat berat sebelah..