Tengku Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Pagi Ini?
[terkini] 11:14 Mesyuarat khas Exco Kelantan baru selesai. Wakil Rakat Pas yang berada di JKR 10 telah selesai diberi taklimat. Mereka kini sedang bergerak ke Istana Balai Besar, yang jaraknya kira-kira 2 setengah km untuk menghadiri satu upacara istimewa di sana.
BEBERAPA orang wakil rakyat Pas kini berada di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sireh Kota Bharu. Pada masa ini Exco sedang mengadakan mesyuarat khas di SUK. Satu taklimat ringkas akan disampaikan ekoran keputusan mesyuarat khas berkenaan kepada para wakil rakyat Pas.
ISTANA Balai Besar di Kota Bharu akan menjadi tumpuan hari ini. Hari ini akan berlangsung satu majlis di istana penuh bersejarah itu di mana kemungkinan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan.
Walaupun tidak ada apa-apa perkhabaran dan pernyataan rasmi dikeluarkan berhubung upacara yang akan berlangsung itu namun tanda-tanda dilangit dan dibumi menunjukkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan satu pihak di Istana berkenaan dan bakal mengembirakan rakyat Kelantan seluruhnya.
Pada masa ini kesemua wakil rakyat Kelanhtan sudah mula bergerak menuju ke Kota Bharu untuk menghadiri upacara di istana berkenaan yang tidak dimaklumkan kepada mereka apakah tujuannya. Difahamkan wakil rakyat menerima jemputan lewat malam tadi menerusi SMS yang meminta menghadirkan diri ke Istana Balai Besar.
Sebahagian wakil rakyat lain pula dijemput menghadiri majlis makan tengah hari bersama Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris.
Seorang wakil rakyat dihubungi berkata beliau menerima jemputan malam tadi menerusi SMS, tanpa diketahui apakah tujuannya. "Saya terima jemputan malam tadi dan kini sudah mahu bertolak ke Kota Bharu," jelas wakil rakyat berkenaan.
Sementara itu seorang lagi wakil rakyat memberi tahu beliau menerima jemputan agar menghadiri majlis makan tengah hari bersama Pemangku Raja. Bagaimana pun katanya beliau menjawab tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur walaupun beliau kini sedang terbang ke Kota Bharu.
Ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) seperti mana dimaklumkan semalam mengadakan mesyuarat khas pagi ini.
Majlis di Balai Besar dijangka akan berlangsung jam 11:30 pagi. [wm.kl. 9:25 am 13/09/10]
No comments:
Post a Comment