Mustapa Kamil Masih Membisu?
SEBELUM raya dua hari lepas sudah kalut dalam dunia maya mengenai Mohamad Azmin Ali dan Zaid Ibrahim akan berlawan antara satu untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Walaupun Syed Husin Ali belum mengumumkan beliau akan berundur, kedua mereka sudah memalu gendang masing-masing untuk mengisi kekosongan itu.
Azmin nampaknya sedikit cemas dalam menghadapi cabaran Zaid apabila merestui pihak tertentu agar menjual namanya dan dalam masa sama cuba menghalau Zaid dari gelanggang perlawanan.
Pengumuman yang dibuat oleh dua kumpulan yang terang-terang meyokong Azmin menunjukkan akan kewalangan di pihak Azmin.
Rata-rata pemerhati melihat apa yang dilakukan oleh dua kumpulan yang diketuai ahli Parlimen Telok Kemang Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Exco Selangor, Yaacob Sapari itu kurang disenangi. Tindakan mereka agak berlebihan. Apa lagi menggunakan kemudahan parti untuk membuat pengumuman itu. Kedua mereka tanpa segan silu membuat pengumuman menyatakan sokongan kepada Azmin Ali di ibu pejabat PKR.
Paling malang lagi, dalam pengumuman menyatakan sokongan kepada Azmin itu dikaitkan beberapa yang lain yang tidak ada kena mengena. Penafian beberapa orang yang dikaitkan itu memalukan Azmin.
Tindakan itu menandakan masih ada unsur-unsur Umno yang dibenci meneranwang dalam PKR. Sepatutnya unsur politik Umno yang dikata kotor dan buruk itu tidak terbawa dalam PKR yang mahu menampilkan dirinya sebagai parti refomasi.
Bagaiaman pun ketika dua calon timbalan presiden PKR itu berbalas tembak, seorang lagi tokoh yang dikatakan akan ikut merebut jawatan itu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Mustapa Kamil Ayub (foto) masih membisu. Mustapa Kamil dikhabar akan turut sama mengadu nasib untuk merebut jawtatan berkenaan.
Kalau Zaid dianggap dari kumpulan liberal dalam PKR yang mendapat sokongan Cina dan India, manakala Azmin daripada bekasan Umno tetapi Mustapa Kamil dilihat dari serambi Islam dalam PKR. Mustapa Kamil kalaupun akan bertanding adalah untuk mengekalkan PKR sebagai parti Melayu yang berteraskan Islam. Beliau diharapkan akan mengekalkan teras Melayu dalam PKR.
Mustapa seorang tokoh yang tenang dan berdisplin tinggi serta mempunyai reputasi yang baik. Beliau adalah bekas Presiden PKPIM sudah sudah lama mengambil kaedah gerakan Islam dalam perjuangan politiknya. Beliau adalah antara orang yang faham siasah Islam. Jawatan tertinggi beliau dalam Umno dulu ialah sebagai Setiausaha Politik kepada Muhyiddin Mohd Yassin. Jawatan itu menggambarkan beliau tokoh muda yang sedang digilap seperti mana juga Saifuddin Nasution Ismail yang mejabat Setiausaha Politik, Syed Hamid Albar.
Istimewanya Mustapa Kamil, beliau juga tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa kesalahan ataupun skandal.
Beliau adalah seorang pengkagum Anwar Ibrahim malahan Anwar adalah idolanya sejak lama dulu. Kesetiaan kepada Anwar tidak boleh diragu. Bukan saja suara janggut dan misai juga persis Anwar. Ketika ramai pengkagum Anwar meninggalkan Anwar kerana untuk memastikan tembolok bodoh mereka senantiasa berisi, namun Mustapa Kamil tetap bersama Anwar. Beliau memilih kehidupan susah demi prinsip dan meninggalkan kemewahan.
Saya beberapa kali cuba menghubunginya bagi mendapat penjelasan secara langsung tetapi tidak dapat.
Apapakah beliau sedang memerhati keadaan. Ataupun mengambil sikap sedarhana sesuai dengan prinsip Islam yang diamalkannya. Mungkin bagi mereka yang benci dan tidak senang dengan cara Azmin atau Zaid berkempen boleh berpaling kepada Mustapa Kamil. Atau sebagai mengelak berlakunya perbalahan antara Azmin dan Zaid yang boleh merosakkan parti Mustapa Kamil boleh menjadi calon alternatif.
Mustapa Kamil mungkin tidak selicit kedua mereka dari segi politik. Tetapi yang jelasnya dari sisi saksiah Mustapa mengatasi mereka. [wm.kl.8:30 pm 11/09/10]
No comments:
Post a Comment