Sunday, September 12, 2010

Celoteh Murai 76

Ditimbus Sebelum Mati

SELAMAT hari raya Murai ucapkan kepada para peminat setia Murai. Agak lama Murai tidak berkicau bukan apa kerana sebulan lalu Murai berpuasa. Burung pun berpuasa juga? Jadi tidak eloklah kalau Murai berceloteh mengata orang itu dan orang ini dalam bulan mulia itu.

Puasa telah berakhir dan Syawal sudah menjelma. Jadi bolehlah Murai membuka mulut semula untuk mengusik orang itu dan orang ini. Apa yang Murai nak mulakan di celoteh kesekian kali ini mengenai nasib sebuah NGO yang sebelum ini bukan main lagi menunjuk kejantanannya untuk menyokong Umno.

Pemimpin NGO itu menghetam habis-habisan pemimpin pembangkang. Sepatah pemimpin pembangkang bersuara beribu patah dibalas dan diserangnya.
Harapan pemimpin NGO itu ialah mahu Umno mempedulikannya. Dia mahu Umno melihatnya kuat, hebat, tulen dan benar-benar Melayu.

Apa-apa yang tidak berani diperkatakan oleh Umno kepada pembangkang bimbang rakyat akan lari, dilaungkan oleh pemimpin NGO berkenaan. Saking kuatnya dia menunjuk kejantanan (yang semua orang tahu dia impotem kuasa) menyebabkan timbul masalah kepada Umno. Umno dicemuhi rakan-rakannya sendiri kerana berkawan dengan NGO yang berbau.

Walhasilnya akhirnya Umno mengambil keputusan menjauhkan NGO berkenaan. Setiausaha Umno si burung Bangkawali telah memberi tahu yang semua rakan-rakan Umno dalam BN sebulat suara meminta Umno supaya menjauhi NGO berkenaan. Habis cerita.

Murai sudah kata awal-awal semasa NGO itu hendak ditubuhkan dulu lagi. Cara NGO itu menagani isu, memperagakan diri ia akhirnya akan menyusahkan Umno. Ternyata apa yang Murai katakan itu benar. Umno tidak mengambil masa terlalu lama untuk memulau NGO berkenaan kerana tidak mahu dirinya ikut sama bebau seperti NGO itu.

Maka kini terkial-kiallah NGO itu seorang diri. Jadi kera sumbang, nak berkawan dengan orang orang tak berkawan dengan kita. Kalau Murai jadi NGO berkenaan tersangatlah malunya.

NGO itu tidak boleh salah Umno kalau Umno mengambil keputusan itu. Sebagai sebuah parti yang bijak tentu Umno tidak mahu berkawan orang yang boleh memberi liabiliti kepadanya. Kalaupun pemimpin NGO itu mendakwa ahlinya ratusan ribu, tetapi pemimpin Umno masih celek huruf. Mereka tahu membilang dan celek warna. Tentu ada ahli Umno yang tahu membilang dan mengira berapa sebenarnya ahli NGO berkenaan.

Murai juga benar kalau Umno bertindak menyisihkan NGO berkenaan. Parti itu akan berpihak kepada rakan mana yang mempunyai pengaruh besar. Lagipun bagi Umno lebih baik bersama rakan lamanya daripada berkawan dengan NGO yang mereka sudah tahu fiil dan perangainya. Sebahagian besar ahli NGO berkenaan juga ahli parti Melayu itu.

Bagi Murai kesimpulannya NGO berkenaan yang hendak menumpang kasih Umno tidak berhasil. Rahsianya juga terbongkar. Ke mana NGO itu hendak pergi selepas ini, entahlah. Nasib yang dihadapinya tak ubah seperti orang yang dikambus hidup-hidup sebelum mati. Begitulah kalau perkiraan politik tidak bijak dan mengharapkan nasihat daripad sang cicak mengkarung.

Murai: Padan muka!

1 comment:

ANAFAKIR said...

NGO itu bukan lagi membawa maksud "PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN" tetapi menjadi "NGO" [ bengong dan tolol ] dalam bahasa Kelate...ahakszzz.Elok2 tak dok pasal mencari pasal,skrg tak pasal2dah kena 'pasal'.Ambo pun malu wehhh..UMNO bertindak demikian sbb menyokong NGO itu makin memberi beban kepada UMNO itu sendiri.Makin bercelaru kerenah dan fi'il NGO tersebut...lepas ni nak ke mana presidennya?.Sudah letih melompat..