Tuesday, March 5, 2013

Rengkas Perkembangan Perang di Sabah

JERATAN INFO                                                                                                                        

Foto Najib dibakar depan Kedutaan M'sia.
Sehingga kini pihak berkuasa Malaysia masih belum mengumumkan hasil serangan ke atas penceroboh yang bermukim di kampung Tanduo Lahad Datu pagi tadi. Apa yang dimaklumkan operasi penghapusan itu tidak mendatangkan apa-apa kecederaan atau kematian di pihak Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Hishmuddin Hussein yang mengadakan sidang akhbar bersama dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi di Felda Sahabat, Lahad Datu lewat tengah hari tadi. Hishmuddin dan Zahid menjelaskan banyak pihak penceroboh yang terkorban.

Menurut Zahid, Ketua Polis Negara akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain Zahid Hamidi juga dipetik sebagai menafikan laporan mengatakan pihak bersenjata MNLF - askar pembebasan Moro juga akan ikut sama membantu penceroboh. Katanya tidak ada maklumat diterima mengenai perkara itu dan ia disifatkan sebagai laporan tidak berasas.

Laporan kononnya tentera MNLF akan bersama penceroboh itu dipetik oleh media dari portoal berita luar negara yang melaporkan kenyataan seorang kerabat di raja Sulu.

Dalam satu lagi perkembangan pihak Kesultanan Sulu telah menafikan penglibatan pihak pembangkang dalam pencerobohan itu. Seorang keluarga di Raja Sulu dalam satu kenyataan menjelaskan perkara itu. Sebelum ini media massa PB begitu 'gelenyer' cuba mengaitkan pencerobohan itu dengan pihak pembangkang termasuk Anwar Ibrahim.

Ada juga maklumat-maklumat liar mengatakan operasi yang bermula jam 7:00 pagi di samping berjaya melumpuhkan penceroboh ia juga turut sama menimpa orang awam. Bagaimana pun maklumat ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak setakat ini. Manakala di pihak penceroboh dilaporkan mereka tidak akan berganjak dan sedia untuk mati.

Dipercayai lewat petang ini atau malam ini pihak berkuasa akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan juga perkembangan operasi berkenaan. Kemungkinan kalau masih berlaku kerumitan dan kekeliruan kenyataan penuh akan dibuat esok.

Sementara itu di Kok Lanas Kelantan malam ini PAS Kelantan mengadakan solat hajat khas mendoakan kesejahtraan dan keselamatan negara. Solat hajat itu dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan. Orang ramai yang ingin menyertai solat berkenaan dipesan agar membawa sejadah dan peralatan sembahyang sendiri.

Terlupa, di Manila pagi tadi dilaporkan kira-kira 100 warga Filipina beragama Islam dan Kristian telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia. Dalam tunjuk perasaan itu juga para penunjuk perasaan telah membakar gambar presiden Filipina Aquino dan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. Gara-gara itu kedutaan Malaysia ditutup. [wm.kl.5:40 pm 05/03/13]

4 comments:

Unknown said...

Cuba tanya Kerajaan dan Polis, siapakah orang "tertentu" yang cuba ingin mereka jumpa setiba mereka Lahad Datu??? Penceroboh enggan meninggalkan Lahad Datu sehingga mereka telah berjumpa dengan orang "Tertentu" ini. Namun perkara ini tidak menjadi dan "Orang Tertentu" yang diminta oleh penceroboh untuk berjumpa tu dirahsiakan namanya oleh polis? Siapakah orang tersebut??? Kenapa nama orang "Tertentu" itu dilindungi oleh Kerajaan daripada didedahkan kepada umum???? Fikir2kan.....

otakkotak said...

setakat saya update twitter tv 3 jam 1.45am.tv3 kata tiada mayat yg dijumpai....

cuma mohon tuan sbg org lama ulas ...
adakah benar yg malaysia sendiri melatih puak mnlf@milf ketika era tun mahadhir.

pd 15.10.2013 najib ada membuat satu perjanjian wilayah autonomi dimanila.tapi dimana wilayah tersebut tidak dinyatan.konon menyambung legasi ayahandanya.

Anonymous said...

seperti dijangka,ia makin melarat2 dan berbelit2.

bukan bertambah baik pun keadaan,ancaman 10 ribu Tausug sedang menghampiri sempadan sabah bukan ancaman kosong.

Malapetaka dan bencana yang lebih buruk akan berlaku sekiranya perang saudara ini naik ke peringkat seterusnya.

Unknown said...

Tuan Haji,

Sebahagian dari kita rakyat mungkin menyedari bahawa telah banyak perkara yang berlaku di negara kita ini 'disapu ke bawah karpet', bukan sebab atas keselamatan negara tetapi kerana ia melibatkan individu-individu tertentu.

Isu atau perbuatan yang remeh mungkin tidak melarat, tiada kesan jangka panjang. Tetapi kes di Sabah, khususnya Projek IC Untuk Undi di bawah rejim Mahathir,telah berakar umbi sejak sekian lama dan kini menghasilkan barah-barah di dalam fabrik kehidupan masyarakat Sabah.

Saranan saya kepada pasukan keselamatan negara, khususnya bahagian risikan/intell., mereka yang berkenaan yang telah disahkan pengkhianat dan petualang negara perlu di-'neutral'-kan secara diam-diam demi maslahah keamanan dan keharmonian negara.