Friday, May 10, 2013

Nota Kecil Untuk Memahami Kes Azmin Ali

ULASAN ISU                                                                                                                          

Kerana saya letih untuk menulis dan ulas panjang maka saya catat nota kecil ini saja.

1. Seperti mana saya tidak percaya Mohamaed Azmin Ali akan umum keluar dari PKR bersama rakan-rakan, maka ia terjawab hari ini apabila Azmin menjelaskan yang beliau masih bersama PKR. Sidang akhbar khas Azmin bersama beberapa orang MP dan Adun Selangor yang sangat diminati ramai khasnya Umno, menjawab serba serbi. Yang paling pentingnya dia tidak keluar PKR dan berjanji tidak akan mengkhianati amanah rakyat terutamanya pengundi di Gombak dan Bukit Antarabangsa.

Azmin melambai tangan entah kepada siapa?
Azmin masih seperti Azmin belum menjadi seperti Ezam Mohd Noor.

2. Penjelasan itu menyebabkan harapan sesetengah orang yang suka lihat PKR hancur tidak kesampaian. UBN kenalah cari idea lain untuk terus 'menggodak' PKR supaya 'berkekah' dan berpecah. Sebenarnya untuk godak PKR supaya berpecah tidak begitu penting sebab pilihan raya sudah pun selesai, dan Umno Selangor kalah makin teruk. Khir Toyol saya percaya masih bergedik-gedik kaki seronok atas kekalahan Umno Selangor. Kenapa, sila tanya Mat Maslan?

3. Dengan apa disebut dan dijelas Azmin pada sidang akhbar itu, apa menyebabkan berlaku seperti kejutan semalam mengenainya yang dinanti-nanti ramai ialah, isu ketidak-puasan hatinya kepada kepimpinan PKR Selangor. Perkaranya ialah mengenai jawatan MB Selangor.  Kini orang sudah tahu apa sebabnya.

Presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail telah hantar nama Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor tanpa ada nama-nama lain. Nama Khalid tunggal saja. Silapnya di sini Azizah seperti dakwa Azmin tidak ajak pimpinan Selangor berbincang (mengambil konsensus) sebelum hantar nama Khalid. Itu sebabnya.

Tetapi kalau Azizah hantar nama Mohamed Azmin Ali kepada sultan tanpa nama lain dan tanpa diajak berunding dan berbincang dengan sesiapa pun, saya rasa tidak timbul kemarahan. Azmin tidak pun akan persoal mengenai himpunan raksasa di Kelana Jaya malam kelmarin dan dia juga pasti ada sama bertempik dan menyocok orang ramai agar bangkit protes SPR.

Namun kerana namanya tidak ada maka dia dan rakan-rakan lain prejudis kepada Himpunan Hitam itu. Menarik di sini kenapa Azizah sebagai presiden tidak berbincang dengan rakan-rakan dan terus hantar nama Khalid? Bolehkah dipercayai dengan sifat Azizah sedemikian, yang hanya dianggap sebagai presiden 'simbol-simbolan' dia berani berbuat demikian tanpa merujuk kepada sesiapa?

Di sini saya percaya Azizah mendapat wahyu lain untuk berbuat demikian. Mesti ada orang yang membisik di telinganya kemudian menghantar nama Khalid kepada Sultan. Jangan marahkan Azizah tanpa mencari 'jibrail' yang menyampaikan wahyu kepadanya. Terlalu 'hujan' sangat kalau hendak marahkan Azizah di sini. Azmin dan pimpinan lain yang memang suka kalau Azmin jadi MB, kena cari orang lain yang menjadi petunjuk dan pemberi wahyu kepada Azizah itu. Cari, tak jumpa tanya saya.

Dalam kemelut jiwa ini saya tidak nampak Anwar campur tangan, tetapi saya juga tidak nampak Anwar tidak campur tangan. Boleh jadi saja dalam kasus ini Anwar telah campur kaki. Bila campur kaki maka beliau sukar untuk menulis nama Azmin atau nama Khalid.

4. Kritikan Azmin kepada himpunan raksasa di Kelana Jaya itu bagi saya ia dituju direct kepada Anwar Ibrahim. Ketidaksetujuan Azmin bukan seperti mana ketidak-setujuan saya kepada majlis itu. Saya sudah katakan, Azmin tidak akan mengkritik dan sokong kalau semalam namanya sudah ada di tangan Sultan Selangor. Problemnya namanya tak masuk istana? Tetapi tidak mengapa, Azmin sudah berjanji akan hadir pada himpunan-himpunan sama yang lain.

Bagaimana pun saya bersetuju kalau Azmin kekal dengan bantahan itu sekiranya ia dibuat tanpa ada alasan peribadi lain. Saya sudah ulas himpunan itu dalam blog dan boleh dirujukkan. Himpunan untuk protes SPR itu terlalu awal dan dibuat tergesa-gesa seakan ia mahu mengejar sesuatu. Kita semua perlu ada kerehatan. Di dalam kaedah membaca al Quran selain waslah ada ada juga wakaf, berhent.

5. Kesimpulannya kenapa Azmin menunjuk ulah dan perangai sehingga boleh menyebabkan darah sesetengah ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat semalam mendidih, ialah kerana disebabkan Azmin tidak diangkat menjadi MB. Itu saja, Azmin sendiri tidak boleh berdolak dalih dan menafikan hakikat ini.

Memang pun Azmin layak menjadi MB dan perlu dipertimbangkan. Khalid sudah lama diceritakan ada masalah kerana beliau dilihat menjadi MB tidak mempedulikan parti tetapi masalahnya dia disayangi oleh rakyat. Dua keadaan inilah menyebabkan maka timbul apa yang sedang timbul kini.

6. Satu pandangan untuk PKR, kalau mereka mahukan MB yang menjaga negeri dan rakyat dan tidak mempedulikan kepentingan orang parti, ambillah Khlalid jadi MB. Tetapi kalau mahukan MB yang menjaga orang parti, menjaga poket orang parti serta mahu mempamirkan seorang MB imej politik ambillah Azmin.

7. Sebelum saya tutup saya hendak berikan nota sedikit kepada ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Zuraida jangan lancang dan 'lancau' sangat kepada PAS dan DAP. Tidak jadi masalah kalau PAS dan DAP juga hendak bercakap mengenai kerusi MB. Walhal PKR harus sedarkan diri dalam soal ini. Mengikut bilangan kerusi PAS lebih berhak kerana mereka memilik kerusi lebih. PAS 15 sama sengan DAP, PKR hanya 14. Apakah hak Zuraida atau PKR untuk melarang orang lain mendiamkan diri. Ingat kemenangan itu adalah kemenangan bersama, kemenangan kerana kombinasi.

Jadi dengan cuba menutup mulut PAS bercakap isu MB dan merasakan PKR yang berhak, satu sikap huduh yang tidak patut ada pada seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat tambahan lagi pula ahli itu perempuan garik.

8. Mengenai siapa akan jadi MB Selangor tidak ada penentapan yang ianya milik PKR atau milik sapa. Jadi baik PAS atau DAP terbuka untuk menyebut dan membincangkannya. Ia juga terbuka untuk difikirkan oleh Sultan Selangor bagi diserahkan kepada sesiapa saja dari kalangan Adun Pakatan Rakyat di Selangor yang mendapat kepercayaan DUN dan diperkenankan oleh baginda Sultan.

Azmin sendiri juga tidak patut membuat 'mini ugutan' kerana cara saudara itu boleh menjejaskan sikap professional yang ada kepada anda selama ini. Jangan sakitkan hati orang dengan gimik-gimik begitu. Projek mini gimik itu sebahagian daripada 'demo' untuk menghadapi kongres nasional parti itu. Jangan risau yang pastinya MB Selangor bukan Hasan Akiah.  [wm.kl.4:24 pm 10/05/13]

14 comments:

k-one said...

ayat yg last plg best pak MSO. YG PENTING BUKAN HASAN AKIDAH!!! HAHAHA. TERBAIK!!

Unknown said...

Projek mini "gimik" dari Azmin ini adalah sebahagian daripada "demo" Azmin untuk mengadapi Kongrss Nasional Parti Itu...Jadi bersiap sedialah kita semua mengikuti langkah dan sepak terajang dari Azmin Ali. Juga bersiap sedialah kita memasang telinga untuk mendengar paluan gendang kerincing dari Pn. Zuraidah kawan seperjuangan Azmin.

Bungaraya said...

Azmin belum layak jadi MB. Biar dia belajar macam mana nak tadbir. Umur muda lagi. Suruh dia ngaji lagi. Jadi macam TNA. RM datang ke,US$ ke, apa pun tak ngomben. Yang jadi lintang pukang pentadbiran Negeri ni diantara sebabnya ialah pasai RM and $. Nanti banyak yang tiris kalau beri kepada orang yang belum bersedia. Wallah hu 'alam.

Cikgu Zakaria said...

Salam. Apa yang terjadi tak ubah umpama air dalam sebiji tgelas yang sudah berkocak walaupun belum digoncang. Syukur dan tahniah saya ucapkan kepada PAS dan DAP yang telah memberi laluan mudah kepada PKR untuk menduduki kerusi MB Selangor. Itulah semangat perpaduan tulen namanya. Sayangnya semangat sedemikian seakan pupus dalam PKR sendiri. Perpaduan dan kombinasi jitu antara ketiga-tiga parti yang membentuk PR amat dituntut sebelum dan selepas PRU Ke-13. Jangan memberi ruang, peluang dan kesempatan kepada mana-mana pihak lain untuk mengkucar-kacirkan keutuhan PR. Jangan leburkan harapan tinggi rakyat. Jangan khianati amanah pengundi. .... Takbir!!!

SantaidariUK said...

Asm Tuan MSO,
Moga tuan dan peminat blog tuan sihat walafiat dan kita kebah beransur2 dari kejutan keputusan PRU13 yang semua kita sudah pun maklum.Ramai yang masih bersedih termasuklah saya, 'but life, spirit,struggle for a Just,Fairer Malaysia must go on and we have to move on'.Membaca tulisan nota kecik tuan kali ini juga agak keras bunyinya,tetapi saya dapat membaca dan bersetuju dari segi intipatinya bagi menunjukkan betapa kecewanya kita semua dengan pergolakan oleh sebahagian pimpinan PKR Selangor ini selepas PR menang.Punca utamanya tidak lain tidak bukan sebab jawatan MB (walaupun cuba diselindungkan atas alasan tiadanya musyawarah oleh Pres PKR dalam kemukakan nama kepada TYTM Sultan Selangor.Soalan saya pula-Tidak adakah cara lain untuk menegur Presiden/Penasihat PKR selain melalui media Massa?Sudah tertutupkah ruang musyawarah.Begitu?).Saya agak barangkali inilah sebabnya mengapa Allah SWT belum lagi kurniakan kemenganan buat PR untuk TAWAN PUTRAJAYA, sebabnya jika menang besar tempohari boleh jadi perkara yang sama akan ditimbulkan oleh PKR di peringkat persekutuan (Saya melihat PAS dan DAP akan gunakan saluran perbincangan dalaman yang betul dan agak lebih berdisplin dalam permuafatan dan dalam menangani hal2 seperti ini).
Sampai bila PKR khususnya pimpinan2nya mahu belajar dari kesilapan2 lalu terhadap kelemahan2 diri?Jangan lupa anda pimpinan PKR yang menang dalam PRU13 dan berada di tempat sekarang kerana sokongan dan undi orang2 bawahan dan rakyat seperti kami semua.Selepas menang masing2 sudah mula lupa sebaliknya memburu ambisi,turuti ego dan nafsu!JANGAN KHIANATI SOKONGAN RAKYAT!

Unknown said...

setuju dengan pendapat saudara yang azmin buat protest kecil...kemaruk jawatan walhal jawatan itu bukan milik PKR pon...

mal887 said...

AS Salam Tuan;
Saya bersimpati dengan PAS yang sering dipermainkan oleh parti komponen yang lain. PKR seharusnya sedar bahawa kemenangan mereka bukan kerana ada sokongan akar umbi. Kemenangan mereka hanya MENUMPANG kepada PAS yang mempunyai cawangan disetiap daerah dan negeri. PKR tiada cawangan di setiap daerah dan kampung. Kebanyakan yang sokong PKR adalah mereka yang berstatus atas pagar dan penyokong2 PAS. Sebagai contoh di Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota, kemenangan PKR bukan kerana ahli-ahli mereka yang membantu kempen. Kebanyakannya ahli2 PAS yang membantu memasang bendera PKR kerana semangat Pakatan tetapi PKR berlagak macam mereka yang berjaya dengan sendirinya. Saya naik meluat dengan tingkah laku pemimpin2 PKR. Tu sebab di sesetengah tempat berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, PKR dan BN kerana orang2 PAS tahu PKR tidak ada cawangan di akar umbi dan hanya mengharapkan sokongan dan bantuan PAS sahaja.... fikir-fikir kan lah

Anonymous said...

Terbaik tuan..kasi hentam saja sapa-sapa yg kurang adab dalam majlis PR!

shamanov said...

Tiba-tiba rasa nak maki betina MP Ampang yang mulut cam cibai tu... dah la bodoh kata PAS gila kuasa, fahamlah dulu, UBN yang nak pecahkan PR bodoh oii, aku undi PR di Parlimen Ampang, bukan undi muka ko yang tak cun tu hoiii (geram)!!!!!!

Hani Rahman said...

Sungguh x suka situasi begini ... Please lah ... Jangan memberi peluang kepada mana-mana pihak lain untuk mengkucar-kacirkan keutuhan PR ... Jangan khianati amanah pengundi ...

Cicit Hang Tuah said...

Zuraida....azmin tolong jaga adab dan akhlak berjamaah. Tak perlu buat sidang akhbar. Buang lah perangai umno yg masih ada tu. Zuraida...tolong jgn hina PAS ! Sila buat kenytaan maaf kepada PAS.

Unknown said...

Pada pendapat saya, jika PKR ingin bertanding sendiri tanpa bantuan PAS dan DAP, yang mungkin menang mungkin Nurul Izzah seorang.

Adnan bin Supardi said...

Assalamualaykum Sdr Mso.

Terima kasih tulisan anda. Isu MB meyerlahkan belang Azmin dan Zuraidah. Jikalau PR (atau PKR khasnya) nak menang lagi PRU akan datang didiklah mereka agar tahu adab berjamaah dan menghargai sokongan DAP dan PAS serta pengundi. Tetapi jikalau untuk kali ini sahaja, boehlah buat sesuka hati. TK.

puterjihad05 said...

Kepada semua pemimpin pakatan rakyat ingatlah amanah yang diberikan oleh rakyat yang menharapkan anda membawa suara untuk kebaikan semua dan ingatlah kemenangan yang diperolehi adalah kerana kesatuan kita semua, buatlah sesuatu yang terbaik untuk dan jangann berebut sesuatu yang menzahiri sikap huduh yang ada dalam diri kita. Janganlah ada pemimpin merasa diri kita hebat, ingatlah siapalah kita jika rakyat tidak memilih kita itu hari. Buatlah sesuatu untuk memuaskan hati rakyat jangan berebut sesuatu nanti buruk padahnya dan jangan hampakan harapan rakyat semua. Pemimpin PKR kena terima hakikat kemenangan yg diperolehi adalah kerana muafakat semua .