Nik Abduh Dan Para Wazir Otak Kemetot
Siapakah para wazir Tok Guru Nik Aziz? Panggilan itu umum sangat. Dalam konteks kerajaan negeri, mereka ialah para pegawai kerajaan negeri. Dalam konteks politik ialah ahli Dewan Harian Pas. Manakala dalam konteks tugas sebagai Menteri Besar ialah pegawai-pegawai yang bertapa di pejabat MB ditingkat 1, bangunan SUK dalam Kota Darulnaim.Di situ ada pegawai akhbar, ada pegawai khas, ada setiausaha sulit khas dan ada setiausaha politik. Ada juga pembantu khas. Inilah para wazir Tok Guru. Apakah kesemua mereka ini menasihati secara tidak betul, main kayu tiga ataupun duduk di situ kerana melaksanakan agenda politik sendiri?
Kalaulah saya yang menulis topik ini pasti berasap kena hambur oleh penjenguk yang taksub kepada orang tertentu di Kelantan. Saya akan dituduh sebagai mereka-reka cerita dan cuba meretakkan hubungan Nik Aziz dengan Abdul Hadi Awang. Nasib baiklah topik itu diulas dan disorot oleh Nik Abduh, anak Tok Guru Nik Aziz sendiri. Tahniah dan terima kasih Abduh.
Kalau saya yang menulis begitu, akan adalah tuduhan ke atas saya, kononnya saya menulis kerana urusan perniagaan kambing Japnapari tidak bereslah, projek depu tidak menjadilah ataupun kerana projek wang dinar tidak laku. Tidak terkecuali juga tuduhan paling popular kalangan spy Pas (spy mata sebutir) ialah saya ini adalah mata-mata gelap Umno! Tuduhan itu menggambarkan kedangkalan spy mata sebutir Pas dan mereka yang tidak kenal saya sekenal-kenalnya.
Biasalah manusia suka menghukum tanpa menanti apakah nokhtah terakhir mengenai sesuatu tulisan atau pun topik yang dibicarakan. Semua itu dilakukan kerana taksub, taksub kubra... maka mereka sudah tidak waras lagi.Pada saya orang yang taksub kubra kepada sesiapa pun hatta kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang adalah orang yang kekurangan kornea atau manik dalam mata dan pertumbuhbesaran akalnya juga terbantut. Jenis akal 'kemetot''. Tuhan tidak menyuruh kita taksub melulu kepada sesiapa pun hatta Nabi Muhamamd s.a.w. melarang supaya memuja berlebihan.
Baik Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz atau sesiapa juga tetap tidak terelak melakukan kesalahan dan mereka ada kalanya perlu petunjuk dan maklumat serta teguran. Dalam hal ini kedua hamba Allah dan pemimpin agung ini tidak melenting pula bila ditegur atau dikritik sebaliknya pentaksub berakal kemetot yang sibuk-sibuk.
Sepanjang saya kenal dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz beliau tidak pernah menengking atau pun marah kepada saya, begitu juga Abdul Hadi Awang walaupun saya mengkritik mereka berdua. Tetapi apa yang sering berlaku orang lain yang menjadi galang gantinya, ini termasuklah pengomen otak kemetot dalam blog. Berbeza dengan tokoh baru Pas yang baru kenal alif ba tha tidak boleh ditegur akan melenting macam guli mata kucing jatuh ke simen... ting... ting... ting...
Berbalik kepada topik diangkat oleh Nik Abduh tadi, memang sukar untuk mempercayai kalau Tok Guru Nik Aziz boleh 'berselehen' atau berkadas akal dengan Abdul Hadi Awang. Mereka ulama yang sarat dengan ilmu. Tetapi kerana ada tukang hasut dari pembantu sesat itu maka timbullah pertelagahan. Tujuan pencanggahan itu ditimbul supaya dua tokoh itu bergaduh agar senang mereka menyelit untuk mencuri kesempatan.
Sebenarnya kalau mereka nak ampu dan nak percepatkan proses kenaikan taukeh mereka majulah secara mendada dan jangan mencelah dan mencari kesempatan dan menjadi parasit. Apakah orang berkenaan menerima pakai teori ataupun amalan parasit seperti dedalu tumpang orang kemudian hisap darah orang sampai orang kojol?
Ada fahaman dan ajaran politik demikian dipraktikan oleh sesetengah kelompok di negara ini. Dan kelompok ini yang berkembang pada tahun 70-an kini sudah menyerap masuk ke dalam Pas dan gerakan Islam lain. Kalau diteliti kepada background dan harakah yang disertai sebelum menyertai Pas maka ditemuilah kelompok ini. Ianya sangat merbahaya disamping menimbulkan huru hara menyebabkan mereka hanya kutip hasil dengan meriba tangan saja.
Kelompok ini juga menerima doktrin kaedah matlamat menghalalkan cara. Bagi mereka rasuah, manipulasi, lempar batu sembunyi tangan dihalalkan dan perlu dipraktikan. Mereka ini juga membilang bukan bermula dari 1 tetapi ia boleh bermula dari 8, 5, atau pun terus 10 baru kembali kepada 3, 2, dan 1.Alhamduliah seperti mana kata Nik Abduh, ayahandanya sudah faham duduk perkara sebenarnya. Mudah-mudahan sekembali beliau (Tok Guru Nik Aziz) dari mengerjakan umrah, tidak ada sesiapa lagi yang akan cuba main dan membohongi Tok Guru demi kepentingan diri. Ingatlah Tok Guru baru balik dari umrah penuh dengan wap kenabian dan setanggi Kaabah yang harum itu masih melekat di badannya. Hormatlah.
7 comments:
Harakah sepatutnya mengambil peranan memperjelaskan kepada masyarakat umum bahawa yang diutarakan oleh YB Tuan Guru Presiden adalah benar. NIk Abduh sendiri mengakui ayahandanya, Tuan Guru Mursyidul Am.
Saya akan cukup terkilan jika Harakah selaku lidah rasmi PAS tidak berbuat apa-apa selepas ini.
Wawancara Tuan Guru Mursyidul Am agar tidak ada lagi juak-juak yang beria-ria menangguh di air keruh dan menghina serta memaki hamun Tuan Guru Presiden.
saudara mso,saya pernah menulis tentang apa yang berlaku dalam PAS lihat http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1385&mode=thread&order=0&thold=0, nyatalah seperti saudara katakan, ramai orang PAS taksub kubra, jumud dan sempit. Mereka masih melihat 'siapa yang berkata, tetapi bukan apa yang dikata'
sedih melihat Pimpinan islam dipergunakan oleh pihak lain yang berkepentingan dan punya agenda tersediri.
bernasihat lah kita semua atas kebenaran..:)
salam buat tuan mso,
cuma pandangan dari saya..
dalam soal konflik yang tidak pasti kebenarannya atau sebaliknya yang berlaku di dalam parti, penerangan merupakan aspek terpenting dalam menjelaskan sebarang kekeliruan dan jentera2 penerangan dalam PAS perlu rasa bertanggungjawab dalam memastikan penjelasan akan sampai terus kepada orang ramai terutama ahli..
kalau hanya bersandarkan kepada jentera2 ini termasuk blog dan forum, penyampaian yang cuba disampaikan hanya tertumpu kepada individu terbabit dan saya rasa inilah punca yang menyebabkan pelbagai kekeliruan timbul..
apa yang saya nak tekankan disini, perjalanan aktiviti usrah dan tarbiyah yang ada dalam jemaah parti sendiri perlu dimantapkan dan diperkasakan..
apabila ahli sendiri tidak menghadiri usrah dan tarbiyah yang dijalankan, skop pemikiran politik mereka akan terhad dan disini akan berlaku pelbagai 'stereotype'..
minta pandangan dari tuan mso pula..
Salam hormat !
Apabila bercakap soal akal kemetot,saya juga teringin untuk memberi sedikit respon mengenainya,ini bukanlah bermakna saya mahu mendabik dada mengatakan saya mempunyai lebih tinggi IQ kerana siapalah saya berbanding orang lain malah sudah ku sedar siapakah aku?. Apa pun tulisan ini cuma sekadar ingin berkongsi rasa betapa kecewa kita dengan apabila berdepan dengan orang orang yang mempunyai akal yang kemetot ini,dengan kata lain akal yang tidak produktif,akal yang jumud dan beku,akal yang tiada idea masa depan,akal yang hanya tahu mencedok hak cipta orang lain semata mata.
Namun orang sejenis ini agak pandai memainkan peranan,cucukan jarum lakonannya nampak hidup walaupun hanya secara kulit luaran sahaja sedangkan isinya kosong,kerana itu kita lihat mereka ini masih lagi mendapat tempat dan masih lagi menjadi pilihan untuk memimpin sama ada kepimpinan dari peringkat sebawah bawahnya (cawangan) sehingga keperingkat yang lebih atas sedikit iaitu diperingkat Kawasan.Apa tidaknya jika seorang perasmi mesyuarat yang juga merangkap seorang kepimpinan parti telah berucap dengan cuba menyelitkan mesej dan klu klu dengan memberi sedikit garis panduan bagaimana kehendaknya dengan mengambil kira ciri ciri yang perlu ada pada seorang bakal pemimpin untuk dipilih namun ayat ayat cinta tersebut tidak dapat ditangkap olih perwakilan,lalu tanpa diduga olih kita,pemimpin yang tiada berkaitan juga yang dipilih untuk diangkat naik,dengan ini secara tak langsung saranan yang dibuat (olih perasmi) secara simbolik dengan maksud yang berlapis tadi hanya dipandang sepi dan bolih dikatakan hanya masuk telinga kanan keluar ditelinga kiri bagaikan mencurah air didaun keladi tidak melekat dimana mana,masih tidak faham faham olih perwakilan/ahli, bukankah itu menunjukkan betapalah kemetotnya akal mereka mereka ini.....
Sebagai contoh beberapa hari yang lalu bekas calon AlFadhil Ust.Kamaruddin (gambar:berserban) dikawasan Parlimen Hulu Terengganu telah hadir merasmikan mesyuarat agong Pas cawangan,didalam ucapannya telah menyarankan 4 perkara ciri ciri yang perlu ada pada setiap bakal ketua cawangan yang perlu diambil kira untuk dipilih, PERTAMA-Kesetian,yang KEDUA-Keberanian,KETIGA-Kecerdikan (berilmu) dan yang KEEMPAT-Kekuatan ekonomi.Ulasan yang dimaksudkan itu ialah sentiasa setia dan beristoqomah dengan perjuangan parti dengan sentiasa melakukan beberapa aktiviti,untuk melancarkan perjalanan program yang dirancang memerlukan kekuatan ekonomi jesteru itu setiap cawangan perlu berilmu pengtahuan bagaimana untuk mencari kaeadah terbaik untuk mendapatkan dana tersebut,manakala keberanian yang dimaksudkan tidaklah dibuat secara melulu dengan tidak mengambil kira langkah berjaga jaga tanpa mengambil kira keselamatan diri dan jika bolih saya tambahkan sedikit iaitu perjuangan memerlukan pengorbanan ataupun jihad sebagaimana yang difardhukan kepada seseorang dengan syarat syarat yang ditetapkan olih agama malah keberanian dan kecaknaan yang ada pada seorang sahabat nabi Saidina Omar r.a yang sangat baik untuk dicontohi.
Olih itu tambah beliau,jadikan majlis mesyuarat untuk melihat apa yang telah dan apa yang bakal hendak dibuat,medan mesyuarat bukanlah tempat untuk memilih pemimpin yang tidak dapat berbuat apa apa malah jauh sekali untuk dijadikan tempat tuduh menuduh setiap kelemahan dan kesalahan diatara satu sama lain.Saya bolih bersetuju dengan saranan tersebut namun persoalannya apakah kita bersetuju dengan seorang pemimpin yang hanya tahu menadah kopiah,menadah cetong,menadah supik geleyar dengan merendahkan air muka meminta sana meminta sedekah sini?apakah ini yang kita tawarkan kepada ahli ? dengan tidak berupaya mengubahnya sejak dulu, kini dan diharap tidak untuk selama lamanya.....fikir betul betul.Kita tidak kedekut untuk menderma tetapi biarlah kena dengan caranya..........!
salam pak mso..
spt komen sy yg terdahulu musuh paling utama adalh dari dalm parti itu sendiri,lebih merbahaya dari parti lawn
saya juga amat berharap tok guru nik aziz dan tok guru hadi awang tidak termakn dg sebarng hasutan dr pihak2 yg berkepentingan ini..seharusnya mereka(niz aziz dan hadi awang) duduk berbincang dn spt kata penjenguk2 yang lain memberi penerangan adalah jalan yang paling baik khususnya untuk ahli pas dan juga penyokong2 amnya..
saya skong pandangan arrazi harakah bleh memainkn peranan dlm memberi penerangn berkaitn masalah ini.
Post a Comment