Wednesday, April 1, 2009

Susupan Petang

Shahrir Kotakan Kota

SHAHRIR Abdul Samad hari ini telah mengotakan apa yang dikatakan iaitu untuk meletak jawatan sebagai menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Shahrir telah menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada perdana menteri, Abdullah Badawi hari ini.

Surat perletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 8 April depan.

Tindakan Shahrir itu menunjukkan Shahrir sebagai seorang ahli politik yang berprinsip dan tegas dengan kata-kata. Ia mengambil tanggungjawab itu apabila kalah sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Katanya apabila beliau tidak dipilih oleh perwakilan menunjukkan beliau tidak diperlukan dan beliau tidak boleh menerima bagaimana kedudukan seorang menteri ditolak oleh perwakilan dan menyisatkan beliau tidak diperlukan dan tugasnya selama ini mungkin tidak baik.

Soalnya apakah perlu Shahrir merasakan begitu sedangkan masih ada dua tiga orang menteri yang kalah tidak pun berpendirian demikian? Bahkan mereka seakan liat untuk mengambil tanggungjawab itu dengan berlindung di sebalik menyerahkan diri kepada Najib Razak?

Di sinilah kita dapat menilai mana menteri yang berprinsip dan mana menteri yang pelahap kepada jawatan. Sekiranya orang politik bersikap dan berprinsip seperti Shahrir politik ini akan aman dan martabat orang politik juga terpelihara.

Adalah baik kalau tanggungjawab diambil Shahrir itu dinilai sebaik mungkin oleh Najib Razak dan ahli Umno seluruhnya? Orang-orang yang seperti Shaharirlah yang sepatutnya diangkat menjadi pemimpin kerana ketegasan dan dia ada prinsip.

Sepatutnya jemaah menteri mempertahankan Shahrir dan tidak membiarkan beliau keluar dari Kabinet. Jangan pula aa pihak yang suka dengan tindakan Shahrir itu kerana mengharapkan kekosongan tempat Shahrir itu akan terisi olehnya.

Mudah-mudahan Najib akan menimbang kedudukan Shahrir Samad dan akan menawarkan semula jawatan itu kepadanya. Ataupun kalau perlu Shahrir diberikan pernaan di kementerian lain pula selepas ini.

Jika Najib tidak berbuat apa-apa dan menerima sebegitu saja perletakan jawatan Shahrir itu bermakna perubahan sikap dan pembawaan dalam Umno yang dihasratkan Najib tidak akan ke mana juga.

Lainlah kalau selepas ditawar Shahrir tetap juga dengan keputusannya, orang ramai tidak dapat persalahkan Najib lagi. Kerana hak keluar dari Kabinet itu adalah hak Shaharir. [wm.kl. 3:15 pm 01/04/09]

2 comments:

Mohd Azrul Azuan said...

Salam.

Walaupn sy orang PAS,tp sikap yg dtunjukkn Shahir ini amat berwibawa dan menunjukkan cara berpolitik yang matang. Saya kagumi orang ini sejak isu perletakan jawatanya sebagai ketua BBCBN pada tahun 2007 kerana mempertahankan prinsip menyokong kebenaran walaupun datang idea kebenaran itu dari pembangkang. Cuma sayangnya, dia berada dalam parti politik yang tidak akan mengangkat pemimpin berprinsip malah lebih suka mengagungkan pemimpin yang perosak.

Kita doakan moga Shahir sedar akan hakikat bahawa orang baik tidak akan dapat berjuang dalam parti yang rosak seperti UMNO dan seterusnya terbuka pintu hatinya untuk menyertai PAS. Sudah pastinya PAS akan untung besar dan perjuangan Islam juga mendapat faedah. Amin.

rozana said...

Shahrir Samad sudah membaca line-up kabinet baru bawah Najib mesti mendapat endorsement orang lain dan calon lain ramai seperti MP Pasir Salak, Rompin, Batu Pahat dan Kinabatangan.