Umno Selangor Sudah Mulai Berbau!
CERITANYA kecil saja, Mohamed Satim Diman iaini Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor tidak hadir mesyuarat pengurusan badan perhubungan itu malam tadi. Timbalannya Noh Omar menjelaskan yang Satim ada menghubunginya dan jelas kenapa tidak dapat hadir. Bendahari, Fatah Iskandar Mohamad Mansor dan Ketua Pemuda, Suhami Ghazali juga tidak hadir.
Kata Noh Omar Fateh dan Suhaimi tidak hadir kerana berada di luar negara. Kenapa tidak sampai tunggu mereka balik untuk adakan mesyuarat? Mereka adalah penting dalam mesyuarat itu. Kalau ketiga orang penting tidak ada macam mana mesyuarat itu dijalankan?
Apakah ketidakhadiran mereka itu khususnya Satim ada kena mengena dengan khabar angin sebelum ini menyatakan Satim akan keluar parti? Dalam politik biasanya ia bermula dengan khabar angin, kemudian bertukar menjadi khabar ribut selepas itu khabar taufan. Tup tup... tumbanglah segala pohon kayu kayan. Misalnya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ia bermula dengan khabar angin. Pihak Pakatan membantahnya dengan keras, akhir sekali menungging makan tanah.
Satim bukan orang baru. Dia sudah empat penggal menjadi Adun Selangor. Dia lebih senior daripada bekas Menteri Besar, Mohamad Khir Toyo. Semasa Abu Hassan Omar bermasalah kerana skandal dengan adik iparnya, nama Satiman Diman disebut-sebut akan dilantik jadi MB.
Ertinya Satim Diman bukan sembarangan. Ada benarnya juga kalau beliau merasakan disisih dalam Umno. Atau merasakan dia yang patut menjadi Timbalan Pengerusi bukannya Noh Omar. Apakah ulah yang beliau buat kini untuk memperbetulkan Umno ataupun benar-benar mahu menyusahkan Umno? Ceritanya baru bermula...
Ada juga cerita mengatakan Satim Diam berminat dengan pembangkang? Walaupun cerita ini hanya 'cerita ceriti' saja ia tidak boleh dianggap sampah. Dalam politik semuanya boleh terjadi. Sampah pun boleh dijadikan emas. Mungkin kalau Najib Razak tidak cepat bertindak melendikkan keadaan apa saja akan terjadi. Sudah ada tanda-tanda Umno Selangor nak rusuk.
Umno Selangor tidak pernah merasai 'nikmati' kekalahan. Kekalahan merupakan neraka kepada mereka. Dalam keadaan hari ini tidak mungkin Umno juga akan terkena kepanasan neraka kekalahan itu menyebabkan akan ada orang-orangnya tidak tahan disula baham kepanasan. Kekalahan dan kehilangan kerajaan negeri menjadikan orang Umno Selangor nanar sampai tidak jumpa pintu untuk masuk rumah. Khir Toyo juga masih belum kebah sampai hari ini.
Mungkin Satim Diman sudah membentuk pasukannya sendiri atas nama nak betulkan Umno, atau secara terus terangnya nak suruh Najib buang Noh Omar jadi timbalan pengerusi. Mungkin dalam perkiraan Satim pendekatan Noh ala-ala gengstar itu tiak cocok dan menjauhkan lagi rakyat dengan Umno. Noh masih tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya, beliau kini sedang di kepung.
Dalam keadaan ini di manakah Khir Toyo! Tengoklah sehari dua nanti Najib akan panggil Umno Selangor ke rumahnya untuk memberi nasihat dan juga mendegar cerita dari Umno Selangor yang kini sudah mulai berbau! [wm.kl. 11:00 am 22/06/0]
5 comments:
Itulah akibat bila leka memasang jerat utk membunuh kerajaan Pakatan di Selangor..alih2 dlm kain sendiri pun berbalah.Retak menanti belah.Jika Noh masih mengamalkan style politiknya spt sekarang 'membujur lalu melintang patah'..hayat UMNO Selangor juga tidak akan bertahan lama.Ego dan angkuhnya yg melampau akan menjauhkan para pimpinan UMNO negeri daripadanya.Dato Satim Diman dan yang lain2 tu mungkin terasa hati dgn Noh.Noh kena cepat faham dan sensitif dgn keadaan semasa buka membuta ulasa sekadar menyedapkan hati sendiri.Jgn lupa pengaruh TSMMT masih kuat walaupun tidak menampakkan riak.
Perlantikan Noh Omar dibuat oleh PM Najib.Sebagai adun yang menyokong kerajaan, mereka patut patuh kepada keputusan pengerusi perhubungan negeri.Cerita mengenai Satim Diman mungkin ada betulnya tetapi kalau Satim betul2 layak menjadi MB, dah lama dia jadi MB..tak perlu tunggu BN Selangor kalah..kalau Satim berminat dengan pakatan rakyat, aku rasa tak kot..tapi dalam politik mcm2 boleh berlaku
Isu ini makin panas, sama-sama kita tunggu kesudahannya..
Salam.
Bercakap ttg UMNO Selangor. Saya setuju sgt2 ttg komen tuan ttg mereka masih tidak terasa "nikmat' kekalahan. Sukar utk UMNO berkuasa kembali di Selangor pada PRU yg akan datang ini kecuali jika rakyat muak dengan Pakatan Rakyat.
Salam mso.
Saya tertarik dan teruja sekali dengan blog saudara. Antara yang pertama saya buka bila melayari internet ialah blog saudara, kerana saya meminati isu-isu, ulasan-ulasan dan lenggok bahasa yang saudara gunakan. Tambahan bahasa ibunda kelantan yang sesekali saudara selitkan, dapat melepaskan rindu saya pada kampung halaman nun jauh di sana.
Tetapi kesalahan ejaan buat saya sedih. Sudah agak lama saya ingin lontarkan komen tetapi bila saudara kelihatan agak bengkeng dan emosianal bila ada penjenguk yg komen dahulu, saya jadi terkedu untuk komen.
Sikap profesional juga termasuk di dalam mengawal perasaan marah. Macam orang yang main bola piala dunia ini, jika bagus dalam menggelecek dan menjaringkan gol tetapi panas baran sehingga dikenakan kad merah, tahap profesional mereka boleh dipertikaikan.
Tidak terlalu susah untuk membetulkan kesilapan ejaan. Cuma baca balik sebelum posting dan betulkan. Ada ejaan yang tidak terkesan walaupun salah tapi ada juga yang langsung boleh mengubah makna.
Saya sedang menyambung pelajaran di saat ini dan jika kita menghantar assignment, kesalahan yang paling mengurangkan markah ialah 'spelling error'. Itu pesan pensyarah saya.
Saya minta maaf jika menyinggung dan jangan saudara marah serta menghalau saya dari menjenguk blog ini kerana membaca tulisan saudara adalah riadah untuk akal saya.
Wassalam.
spelling error itu biasa la...otak kena cerdik la untk memahami apa yg dimaksud....perkara kecik bro ...yg mustahak message sampai
Post a Comment