Sunday, June 6, 2010

Menyelami Riak

Razali Ibrahim Seorang Oportunis?

TERANG benar Pemuda Umno tidak sehaluan dan sekata. Mungkin kerana ada keretakan dalaman ini menyebabkan pergerakan itu tidak begitu menonjol dan seperti kapal penyelamat yang kehilangan haluan untuk dituju.

Ketidaktentuan ataupun tiada kekompakan dalam Pemuda ini tidak dapat disembunyikan lagi. Walaupun ada usaha membendung masalah itu, ia lama kelamaan mulai berbau. Paling ketara hubungan antara ketuanya dengan naib ketuanya, antara Khairy Jamaluddin dengan Razali Ibrahim.

Mereka berdua ini seolah tidak senada dalam percakapan dan tidak cuba membela antara satu sama lain bagi mengukuhkan hierarki kepemudaan. Senyuman semasa berdepan hanyalah sandiwara yang sudah diketahui penamatnya.

Razali tidak menampakkan akan ke'walakan beliau kepada Khairy sebagai ketua. Mungkin Razali menerima dakwaan kemenangan Khairy kerana rasuah. Orang yang kelihatan bersih seperti Razali mungkin sukar untuk berkompromi dengan perasuah?

Sejak awal lagi Razali dilihat bukan satu team dengan Khairy. Razali dilihat lebih akrab dan sesuai berganding dengan Mukhriz Mahathir. Rezza Merican Naina Merican yang berdepan dengan Razali pula lebih sesuai berganding dengan Khairy. Warna kulit mereka juga cocok benar!

Malangnya, takdir Allah, Rezza Merican kalah. Jadi hendak tidak hendak Khairy kena menerima Razali sebagai regunya dan begitu juga sepatutnya. Tetapi Razali tidak begitu. Dia masih merasakan Mukhriz sebagai ketuanya. Jadi penghormatan kepada Khairy tidak begitu kuat. Kekalahan mutlak Muhriz mengecewakannya. Keadaan ini menyebabkan kedua mereka hanya berada dalam satu rumah tetapi membawa hal dan angan-angan berbeza.

Bagaimana Razali meremehkan Khairy jelas bila mana, Razali semasa bercakap di Kota Bharu Kelantan menyatakan pemuda Umno tidak terkilan kalaupun Khairy tidak dilantik menjadi menteri. Katanya, isu Khairy tidak dilantik sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Apakah maksud dan tafsiranya bila beliau membuat ralat yang tidak perlu itu.

Kenyataan Razali itu menafikan apa yang dilahirkan beberapa ketua pemuda mengenai tindakan Najib Razak tidak mengambil Khairy sebagai jemaah menteri. Apabila Razali berkata begitu berertinya Razali tidak suka kalau Khairy masuk ke dalam Kabinet. Sebagai naib ketua yang sepatutnya taat kepada ketua, Razali tidak menjawab begitu tetapi membela Khairy walaupun Khairy tidak mengharap begitu darinya.

Razali cuba menjustifikasikan alasan itu – pemuda tidak terkilan, dengan menuduh pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu. Katanya, perkara itu tidak timbul kerana rombakan itu tidak melibatkan Umno. Rasanya orang lain juga tahu bahawa tidak ada orang Umno terlibat dalam rombakan itu. Tetapi apa yang orang lain rasa perlu, alang-alang buat rombakan (pembetulan) masuklah sekali Khairy dalam jemaah menteri. Pemuda merasakan Khairy perlu berada dalam kabinet untuk menguat dan menambahkan semangat perjuangan pemuda Umno.

Razali sepatutnya tidak bercakap begitu. Dalam hal ini Razali semacam double standard dalam hal ini. Kepada Khairy beliau tidak mahu diberikan jawatan menteri, tetapi beliau sendiri mengambilnya. Jika Razali ikhlas dan jujur, dia tidak menerima perlantikan sebagai timbalan menteri. Demi ketuanya beliau patut menolaknya dan memberi kepada Khairy.

Tetapi apabila beliau menerima, maka jelas Razali seorang yang tidak tahu menghormati ketua. Ataupun memang dia tidak menghormati Khairy sebagai ketua cuma Khairy saja tersengeh-sengeh merasakan dia seorang ketua Pemuda Umno yang bijak, hebat dan berketrampilan tetapi bakat itu tidak pun tersentuh ke hati Najib dan Rosmah.

Mengenai pendirian Razali Ibrahim itu rasanya perlu kalau pemuda Umno menilai semula siapa dia Razali. Apakah dia seorang pemuda yang genius dengan sikap jujur, ikhlas dan kebertanggungjabwabannya atau seorang oportunis? [wm.kl. 11:00 am 06/06/10]

6 comments:

ahmadyani said...

Jadi benarlah apa yang dikata, yang selalu dinafikan oleh UMNO bahawa ahli UMNO tidak lagi berjuang demi Melayu atau partinya tapi demi kepentingan peribadi semata-mata.

Jashamsulnizam said...

yg satu regu brkulit cerah dan yg satu lg regu brkulit gelap/sawo matang, hehehe... mmg padan.... itulah uniknya pemondan Umno-apco, hehehe...

Ibni Ismail said...

Ahli politik memanglah opportunis. Tidak terkecuali Razali apatah lagi ahli politik lain seperti Najib. Muhyiddin, Anuwar, Hadi, Nik aziz, Lim Kit Siang mahupun Karpal singh..

Kita sebagai rakyat janganlah terlalu taksub dengan pengucapan mereka. Akal kita adalah hak kita. Jgn biarkan pemikiran kita dikuasai mereka.

Sebagai pendokong BN,saya tidak sesekali terasa taksub dgn najib apatah lagi Anwar atau nik azizi. Mereka ini tidak syumul pun.

Buat MSO, walau tuan pendukung PR namun blok tuan setia saya kunjungi. Terima kasih.

PARPUKARI said...

Kesian Razali, jadi Mr Nice dan tak pernah melawan ketua dia pun dia kena jugak, alahai nasib badan la kau wahai razali, kan elok kalau Rzalai bangkit dan bela Pemuda sekarang ni!

Dah kau tak buat apa pun, orang kata kau nak jatuhkan si kitol tu, alang2 dah depa cakap macam tu, apalagi razali, kasi hantam la!

ANAFAKIR said...

Ulasan Tn. MSO nampak seperti 'memihak'.Tn. MSO seolah2,saya ulangi seolah2 memihak kepada Khairy Jamaluddin.Apapun itu hak tuan utk menyokong sesiapa.Cuma kalau benar Razali memang 'bersih' maka wajar kalau dia tidak menghormati ketuanya yg rasuah.Kita sendiri pun perlu menentang rasuah maka jika kita berketuakan org yg rasuah, kita perlu menentangnya.Jadi apa yg Razali lakukan sekarang adalah WAJAR. Secara sinisnya, Khairy perlu sedar kenapa Najib melantik Timbalannya menjadi ahli kabinet..bukan dirinya?.

skrinhijau said...

MSO tetiba menyerang razali pulak ... razali tu orgnya baik lah weh!! nanti saya dapatkan komen beliau pasal tulisan mso nih ... itu pun kalo dia nak komen lah ...