Bagaimana Manipulasi Berita Dilakukan
BAGI mereka yang tidak mengetahui seluk beluk dunia penyiaran tentu akan mempercayai dengan apa saja yang dihidangkan oleh media massa. Mereka akan percaya bulat-bulat apa yang disiarkan. Akan menelan terus yang dipersembahkan itu macam telan biji selasih.
Ada setengahnya yang menjadikan akhbar tertentu sebagai hadith sahih dalam merujuk tentang sesuatu pekara. Mereka akan mempercayai apa saja yang didedahkan meskipun akal mereka meraguinya.
Keretan akhbar yang diterakan di atas (foto) adalah sebuah berita mengenai demontrasi menentang Israel semalam. Tajuk berita ini ialah ialah "Ribuan sertai demonstrasi" dengan memaparkan gambar ketua Pemuda Umno yang tidak dilantik menjadi menteri, Khairy Jamaluddin sedang berucap mengecam Israel.
Dalam gambar ini juga tertera dua kain pemindang yang menentang Israel. Di penjuru kain pemindang ini dicatat perkataan Pemuda BN dan logo Umno - keris lucah! (Kenapa saya kata keris lucah kerana ia tidak bersarung, keris telanjang).
Memang perarakan raksasa semalam yang diketuai Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa, Lim Kit Siang dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat mencapai jumlah puluhan ribu. Rata-rata media mencatatkan angka 10,000. Jadi yang mendapat sambutan ialah pihak Pakatan Rakyat bukannya pihak Pemuda BN. Mungkin anda boleh membilang sendiri berapa jumlah yang mengeliling Khairy.
Bagaiman pun di sini bukan soal kita mahu merebut siapa menjadi hero dan juara dan pihak mana yang ramai. Biarlah berapa angka yang hadir menunjuk perasaan menentang binatang Israel, tidak kisah. Seorang pun jadi. Tetapi apa yang hendak dipaparkan bagaimana sifat munafik akhbar ini dalam melaporkan berita, memberi kelebihan kepada satu pihak dan menyembunyikan fakta di pihak lain. Bukankan cara akhbar ini menyembunyikan fakta?
Jadi bila kita bercakap soal integriti, soal profesional dan etika kewartawanan ianya sungguh memalukan.
Saya rasanya UBN yang didokong akhbar ini tidak untung sangat kalau mereka eksploitkan laporan itu dengan menumpang kehebatan himpunan pihak lain. Kepada orang ramai bukan soal angka tetapi soal komitmen terhadap Gaza. Itu yang penting.
Namun inilah hakikat dan realiti kita kalau terlalu politiking tidak kira masa dan keadaan. Barangkali ada kebenarannya seruan Najib Razak ketika meletak batu asas bangunan baru akhbar berkenaan supaya, akhbar itu bersikap rasional dan tidak mementingkan soal sensasi. Apabila akhbar berkenaan lebih mementingkan itu maka matlamat perjuangan asal akhbar itu sudah tidak bererti lagi. [wm.kl. 11:00 am 05/06/10]
6 comments:
Tuan MSO,
1. Biarlah MSM milek UBN teruskan dengan cara pemberitaan kuno ini. Tindakan ini sebenarnya merupakan bonus kepada Pakatan Rakyat. Kesan pengaruh propaganda ini semakin hari semakin kurang.
2. Dalam Pru-pru akan datang, pengundi muda lebih ramai dari pengundi veteran macam kita. MSM ini hanya boleh mempegaruhi generasi tua sahaja yang semakin berkurangan.
3. Pengaruh MSM ini tidak sukar dikaunter. anak-anak muda yang mendapat pendidikan dn pendedhan melalui internet boleh mempegaruhi ibubapa mereka yang tertipu dengan MSM dan UMNO(Baru).
4. Isu judi sukan dan APCO adalah dua isu yang jauh lebih berbisa yang perlu dimainkan oleh Pakatan untuk memecahkan undi UBN dikalangan orang melayu. ISlam adalah segala-galanya bagi norang melayu terutamanya yang diluar bandar dan golongan tua. Ini bermakna bila dimainkan isu judi dan APCO ini, mereka boleh berubah hati.
5. jadi kesimpulan ambo, kita patut galakkan MSM meneruskan pemberitaan berat sebelah ini. malah kita harus galakkan mereka terus membuat pelbagai serangan bohong sebesar mungkin.
bat8
apakah memang ada media yang benar2 bebas di malaysia ini?
Alhamdulillah ramai anak-anak muda dalam himpunan semalam...moga mereka yang hadir dalam himpunan semalam menyebarkan berita yang sebenar..
saya anak muda di perhimpunan semalam...menzahirkan rasa bersyukur kerana dpt berjuang bersama... walaupun diapit dgn undang2 yg akan dibuang dr kerja.. tapi kita tetap komited..
salam.saya sering tertanya-tanya kenapa tuan sering melihat segala sesuatu isu dalam konteks kepartian atau perpecahan?seolah-olah tuan menganggap perlu untuk bergerak dalam dua saf untuk memperjuangkan isu palestine..walhal matlamat adalah satu.kenapa paling tidak tuan menggambarkan kita bersatu untuk palestine.bukankah yg tersebut lebih bermanfaat paling tidak menyejukkan hati pengunjung blog tuan.gaya penulisan dan corak pemikiran tuan kelihatan seolah-olah hatta melihat sekecil zarah pun tuan akan membahagikan kepada dua kelas.kelas pertama dan yang mulia adalah pakatan rakyat.kelas kedua adalah sebaliknya.Sememangnya Allah memberikan kita penglihatan stereoscopic tetapi bukankah Allah mengurniakan otak untuk menggabungkan kedua-dua visual itu menjadi satu untuk kita bertindak balas supaya tindakan kita lebih tepat dan berguna.tuan begitu komited dalam penulisan tetapi mindset tuan pada pandangan saya adalah tidak matang, menggambarkan emosi seorang remaja yang keinginannya tidak terpenuhi oleh dunia.semoga sama-sama kita bermuhasabah.tidak perlu untuk tuan postkan comment saya ini.ikhlas dari anak muda.salam
Salam, pertama saya minta maaaf kepada Faiz kerana publishkan komennya walaupun beliau tidak mahu saya berbuat demikian. Saya terpaksa publish untuk membolehkan saya membuat penjelasan ke atas komennya. Kalau komen itu dihantar kepada email, saya tak akan publishkan kerana ia saya anggap personal. Jadi lain kali harap Faiz akan komen menerusi email.
Saya rasa tanggapan itu salah, saya tidak memisahkan dua kumpulan dalam memperjuangkan Palestin. Catatan dalam posting yang sdr baca itu, apa yang saya nak ceritakan mengenai kemunafikan akhbar berkenaan yang tidak adil dalam penyiarannya. Tidak timbul saya memisahkan dua puak dalam menentang Israel.
Sebaliknya akhbar itu tetap memainkan propaganda murahan walaupun dalam kes-kes kemanusiaan seperti Palestin itu. Yang saya tidak suka ialah apabila ianya cuba menenggelamkan pihak lain dan mengangkat berlebihan pihak lain.
Untuk memestikan apakah saya jelas memisahkan antara keduanya sdr perlu juga membaca tulisan saya yang lepas, bagaimana saya sering mengajak, baik secara sinikal atau langsung agar kedua puak yang sdr anggap dipisahkan oleh saya itu, saya cuba menyatukannya.
Soal tulisan dan pengamatan saya tak matang saya kira itulah kebolehan yang ada kepasa saya. Saya akan cuba mematangkan seperti menana penulisan sdr. Dan tentulah sdrf tak akan terpengaruh dan merasakan tulisan saya mampu mempengaruhi penjenguk saya kerana saya belum matang.
Terima kasih.
Post a Comment