Haram Dekati Harussani!
FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.
Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.
Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.
Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh dan hitam. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.
Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman seburuk itu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilebelkan dengan berbagai nama huduh.
Musibah yang menimpa Harussani itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap meskipun atas dasar menasihati orang politik. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memiliki lidah syaitan di negara ini.
Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.
Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.
Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya sudah selesa.
Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.
Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.
Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.
Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol dan berembas sesama sendiri. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?
Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendaklah dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?
Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia saja yang pandai dan bijak.
Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.
Biarlah apa orang nak tuding kepada Harusaani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat -Ashadualaillahaillah waashadu ana Muhammadul Rasulullah! [wm.kl.11:00 am 23/07/10]
24 comments:
Sokong sangat. Sebagai ilmuan Islam, sekalipun tak setuju dengan Ulama yang lain, janganlah menghentamnya tanpa adab. Kelak nanti kita yang akan dipandang lebih hina dari yang dihentam tersebut.
Bersatu Padu antara orang Islam adalah "Perintah Allah". Bukankah perintah Allah itu wajib dituruti oleh setiap orang yang mengaku dirinya Islam.
Kalaupun ada halangan utk bersatu, seperti pihak satu lagi tidak "Islam", tolaklah dengan baik. Atau berikanlah syarat agar "Islam" diamalkan oleh pihak satu lagi.
Apa yang saya nampak, TGNA yang membuka isu ini, kemudian tiba-tiba menolak dengen sepenuh hati., kelihatan seperti tunduk kepada rakan politik "yang belum mengucap syahadah" itu.
Wallahua'alam
Sdra Haji MSO!
Amat menyedihkan. Bila rapat dengan Umno sahaja, maka dianggap tidak Islamik, termasuk tokoh berkelas mufti sekali pun walaupun yang membuat taggapan itu belum tentu memiliki ilmu sama taraf dengan mufti, apatah lagi lebih tinggi dari seorang mufti.
Saya rasa umat Islam di negara ini telah terlalu dilalaikan oleh amalan politik kepartian yang jumud dan taksub melampau. Saya sendiri cukup menjadi sasaran tohmahan dan persepsi liar, termasuk kononnya menjadi penulis upahan Umno walaupun pada hakikatnya saya tidak ada nilai setengah sen dibelah sejuta pun di sisi Umno.
Politik kepartian ini benda baru, yang semacam menghalalkan pumutusan silatur-tahim, walhal dalam Islam memutuskan silatur-rahim sangat dikutuk.
Boleh untuk tidak setuju dengan cadangan pelan damai Umno-Pas, itu hak masing-masing berdasarkan pemilikan ilmu dan kurniaan hidayah-Nya tetapi janganlah sampai mufti pun sanggup diseranah dan difitnah. Salahkah beliau usahakan perdamaian Umno-Pas? Mana lebih kafir antara orang Umno dengan orang DAP?
Lazimnya hanya orang yang tidak begitu tebal pengetahuan agamanya sahaja yang sanggup buat kecaman, tohmahan dan fitnah liar, macam pemain bola yang tidak profesionallah, rempuh dan kadas keting ikut dan. Bagi pemain profesional, rempuh dan kadas keting akan dianggap mencalari tahap keprofesionalan sebagai pemain profesional.
Kita kena sentiasa beranggapan bahawa tidak mustahil apa yang kita buat dan kita sangkakan perbuatan ahli syurga barangkali perbuatan ahli neraka sebenarnya manakala yang kita sangka orang lain buat adalah perbuatan ahli neraka sebenar perbatan ahli syurga.
Kalau kita hidup pada takah itu, barangkali kita akan lebih takut untuk membuat tohomahan dan persepsi liar, malah kita akan lebih banyak beristighafar memohonan keampunan-Nya daripada bercakap bukan-bukan semata-mata kerana mahu mempertahankan kepentingan politik kepartian. Kalau kita rasa kita sudah layak masuk syurga, maka kita akan jadi sedap hati sokmo.
Kita yang tidak ada kepentingan politik kepartian mana-mana parti politik kena sediakan diri untuk dicincang, untuk dibakar, untuk diselam air dan sebagainya untuk memberi kesedaran tentang pentingnya silatur-rahim dibinda dan dipelihara. Insyaallah akan berkati usaha kita.
Untuk makluman, hari Sabtu depan Persatuan Penbulis-pEnulis Kelantan akan adakan mesyurat agung di dewan seminar DBP Wilayah Timur Kota Bharu. Demo patut hadir.
Saudara MSO,
Mungkin sudah tiba masanya kita melihat apa peranan mereka yang dinamakan Ulama atau Mufti. Mereka merupakan yang pada dasarnya berpegang kepada nas Al Quran, Al hadis dan Ijmak Ulama dalam dalam setiap tindak tanduk mereka. Persoalannya yang ingin saya bangkitkan, dalam ramai-ramai mufti ini kenapa Mufti Perak ini menjadi sasaran? Persoalan ini kita kena melihat dari segi tindak tanduk dan cara penampilannya, sekali lagi kita kena tengok dalam kacamata Islam iaitu Al Quran, Al Hadis dan Ijma Ulama. Mufti Perak ini mengatakan bahawa, Melayu perlu disatukan kerana Melayu itu Islam dan Islam itu melayu. Mungkin Melayu itu Islam tepat Tapi Islam itu Melayu adalah SALAH kerana ISLAM bukan tertegak atas satu-satu bangsa, tapi Islam tertegak atas gabungan semua bangsa. JELAS...mufti Perak adalah bersifat Assobiyah, dan cuba perhatikan adakah Islam ini bersifat Assobiyah? Tidak , Maha Suci Allah tidak. Jadi, perlukah kita menghormati dan mempertahankan Harussani ni?. Saya berpendapat tidak. Itu satu contoh mudah difahami.
Pembabitannya memujuk TGNA , TGHH untuk berpadu dgn UMNO di Perak selepas PRU ke 12 juga satu contoh jelas. Beliau jelas cuba untk membelakangkan hak rakyat untuk memilih pembangkang di Perak, dengan bergegas ke Kelantan seterusnya berjumpa dengan Presiden Pas semata mempertahankan fahaman Assobiyahnya. Perlukah kita pertahankan Harussani ini. Tidak... persoalannya kenapa masa kalah, baru tindakan sedemikian dilakukan dan bukannya sebelum itu? Kerana Harussani bukannya mereka yang mendaulatkan Islam tapi lebih kepada mendaulatkan UMNO di Perak. Layakkah kita pertahankan?...jelas sekali lagi TIDAK. Jadi semua kritikan ini adalah manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati kepada beliau yang bertopengkan jenama MUFTI untuk melakukan sesuatu yang jelas bercanggah dengan ISLAM ( dibaca bukan dengan melayu ). Patutkah kita pertahankan ....m juga TIDAK.
Terima kasih kerana sudi membaca
SALAM MSO..TERPANGGIL UTK MEMBERI SEDIKIT KOMEN BERKAITAN DENGAN ISU INI..INIKAH AJARAN YANG DIBAWA OLEH PARTI YANG MENGATAKAN DASAR PERJUANGANNYA DALAH ISLAM? SEHINGGAKAN MUFTI DIPERMAINKAN DAN DIPERLEKEHKAN, SEDANGKAN ORANG YANG MEMPERLEKEHKAN MUFTI TERSEBUT PUN ILMU AGAMA HANYA SEKELUMIT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MUFTI BERKENAAN..INGATLAH JANGAN HANYA BERPOLITIK SEPANJANG MASA..SETIAP APA YANG DIUNGKAPKAN AKAN SENTIASA DICATIT OLEH PENJAGA DIKEDUA-DUA BELAH BAHU KITA..TAPI SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN AMALAN ORANG-ORANG YANG BERADA DI DALAM PARTI YANG MEMBAWA DASAR INI..MASAKAN TIDAK?? ORANG YANG TAK PERNAH BERSEMBAHYANG PUN,BUKAN MAIN MEMPERJUANGKAN PARTI YANG MENDOKONG ISLAM..HAKIKATNYA DIRINYA DIBUAI MAINAN MAKSIAT YANG BERBEKALAN..TEPUK DADA,TANYA MSO...
Salam Saudara MSO,
Rasa hormat dan kagum kepada Mufti Perak (MP), khususnya orang2 PAS sudah terhakis. Ia terhakis apabila berlakunya kemelut politik sehingga membawa kepada jatuhnya pakatan DAP, PKR dan PAS di Perak. Ramai dan saya sendiri cukup respek dan admire ketokohan MP khususnya dalam isu melibatkan orang-orang Melayu murtad. Waktu itu ramai melihat yang MP sebagai tokoh ilmuan yang bebas dari politik kepartian. Apa yang beliau seru dan cakap adalah demi kepentingan Melayu dan Islam. Orang UMNO dan PAS sama-sama mendengar dan menerima pandangan beliau waktu itu. Saya juga yakin bukan saja orang Melayu Islam bahkan ramai orang2 Cina dan India Islam pun admire MP. Lagipun Mufti bukan untuk orang Melayu saja, tapi dia mewakili semua orang Islam tak kira kaum.
Ramai yang tahu peranan MP dalam cubaan untuk memujuk pemimpin PAS untuk membentuk kerajaan campuran di Perak. Kalau beliau berada di atas politik, beliau tidak akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh pemimpin UMNO Perak di waktu itu. Kenapa beliau sanggup untuk pergi bertemu TGNA semata2 untuk menyampaikan hasrat bekas MB Perak waktu itu? Bukankah lebih baik kalau beliau tolak saja permintaan bekas MB Perak atas alasan tak boleh mencampuri urusan politik? Lagi pun itulah pilihan majoriti rakyat Perak dalam negara berdemokrasi? Sejak itu persepsi terhadap MP khususnya mereka yang mendukung perjuangan PR telah berubah dan terhakis. Dan kini beliau ingin mejadi orang tengah kononnya untuk meyatukan UMNO dan PAS sedangkan beliau tidak lagi dilihat bebas?
Penolakan PAS kepada tawaran UMNO adalah pendirian politik semasa. Dan ia bukan penolakan secara total. Jahil sangatlah kalau pemimpin PAS tolak secara buta tuli. Di sana sebenarnya ada mesej yang tersirat yang ingin PAS sampaikan khususnya kepada pemimpin tertinggi UMNO agar tunjukkan keikhlasan, muhasabah diri, ubah dasar dan kembali kepada Islam dan hormati keadilan manusia sejagat. Bukan bercakap pasal perpaduan diwaktu tersepit dan dharurat saja dan berdondang sayang pasal perpaduan apabila kuasa hampir terlepas dari tangan. Sejarah menyebabkan pemimpin PAS lebih berhati2.
Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan kata2 Saudara MSO bahawa ada di kalangan pemimpin2 PAS yang berlebih-lebih cakap. Bagi saya cukuplah dengan kenyataan dan pendirian dari Mursyidul Am dan Tuan Presiden dalam hal perpaduan ini. Yang lain tu boleh la cakap tapi berpada-pada sudah lah.
Salam Pok mso...
Sedikit teguran pada tajuk:
HARAM DEKATI HARUSSANI!
Penggunaan tanda seru tidak sesuai seolah2 pok mso sendiri mengharamkan org lain dekati Harussani.
Tanda seruan di gunakan ketika; sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat.
Kalau tajuk ni keluar akhbar siasah mmg sah kena saman neh.hehe..Penggunaan tanda tanya
adalah lebih sesuai.sekian.
Berbalik pada topik, Kalau kite perati betul2,baik harussani dan baik di sebelah PAS, rasanya kedua2 ada melakukan dosa. Di sebelah harussani, seorang mufti sebaiknya tidak ada sikap memihak kepada mana2 pihak. Apabila mengeluarkan kata yg pemimpin PAS ada berjumpa dgnnya, tidak manis dan elok di sembunyikan siapa gerangan pemimpin PAS yg berjumpa dgnnya itu. Seorang mufti tidak patut bersikap begini kerana dia bertindak bkn atas dasar islam tapi atas dasar melayu. Ingin menyatukan UMNO dgn PAS di kala sokongan melayu pada UMNO dah menipis.
Harussani menjadi mufti bknnya baru 2,3 tahun tapi dah cukup lama. Kenapa di kala UMNO gah dulu tiadapun tindakannya nk satukan UMNO dgn PAS? Sekian...
Di pihak PAS pula, menuduh Harussani bercakap berbohong adalah suatu tindakan yang gelojoh dan tidak bertanggungjawab. Seeloknya di siasat dulu kebenarannya bknnya main hentam sesuka hati.Di sini mahfuz omar dan salahuddin al ayubi kena belajar bersabar, bukannya menjawab ikut sedap mulut je apabila di tanya wartawan.
Kenyataan khalid samad agar pemimpin yang berjumpa dgn harussani "ATAS DASAR INGIN SATUKAN UMNO DGN PAS" disingkirkan dari parti adalah sangat2 wajar. Tidak kira siapakah pemimpin tersebut dia mmg wajar di singkirkan kerana isu perpaduan UMNO dan PAS ini telah lama di putuskan. Tapi kebelakangan ini dah wujud kembali seolah2 hati dia pun sudah pada UMNO. Bak kata khalid samad, biarlah mereka2 ini masuk UMNO hari ini dari mereka masuk UMNO 2,3 hari sebelum PRU ke 13.
Assamualaikum, terima kasih sdr Hishmuddin teruguran dan peringatan baik dan lunak. Saya tidak akan menukar tanda seruan kepada tanda soal pada tajuk ini, tetapi saya setuju dengan pandangan Hishamuddin. Kepada pembaca anggaplah tanda seruan itu terslah letak yang sebenarnya ia adalah tanda soal (?). Wassalam.
Tajuk khutbah masjid kelana jaya hari ini bertajuk perpaduan. Antara mesej yg disampaikan adalah haram menyokong golongan yang menentang Islam waima drp kaum sendiri. Khutbah tersebut tidak menyebut secara khusus mengenai parti politik tetapi mmg ada kaitan dgn perkembangan terkini. Moga mesej khubah sampai kepada semua sidang jumaat.
Salam...
apa pun saya suka dengan Tuan Hishamuddin punya komen.
Ye lah .. Isunya, kenapa Tuan Mufti bersuara sekarang ketika Umno sedang sakit? ....
Sedang ketika ini PAS meniti puncak sokongan jadi tidak hairan lah marahnya panglima - panglima tersebut maka lahirlah kata-kata dan sikap yang tidak selari dengan perjuangan.
Yang lain2 itu tak tahu lah dah rencah politik..... itulah harga yang Tuan Mufti kena bayar.
tapi secara jujurnya, mufti pun ikut sama bergjoget politik. bila mufti ikut sama berjoget dengan kaki2 joget politik maka bertambah rancak lah tarian politik malaysia demi kekalkan kuasa. terpijak kaki, tersiku perut apatalah lagi terpalit najis.
salam..
tuan MSO..
Orang PAS & UMNO doa dalam masjid sama saje...." minal muslimin na wal muslimat.mukminin mukminat..." minta pada Tuhan yang sama..tapi hairan kenapa boleh bergaduh yer.??
tak nak bersatu..:) Masing-masing ada keegoan..
73:8. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan
73:9 Robbul Masyiriki Wal Maghribi La iLa ha iLLa huwafatta hiz hu Wakilan
Orang tua-tua dulu sudah bercerita..suatu masa PAS & UMNO tiada mustahil bersatu jua..sebab2 tertentu..
Panji Merah Putih & Putih Hijau digabung ...dapatlah jawapannya :)
Solda 9..
salam,
kenapalah susah sangat orang Melayu berpolitik. Di negara lain pun berpolitik juga sesama bangsa mereka, tetapi mereka masih boleh menubuhkan parti-parti yang berbeza walaupun kaum atau bangsa mereka sama. Kenapa kalau Melayu, mesti bersatu berpadu sedangkan UMNO itu banyak yang rosaknya. Alangkah baik jika ada sebuah lagi parti Melayu seperti PAS (PT) yang dapat menggantikan UMNO (BN) tatkala UMNO sudah rosak hingga ke ususnya (Tun Mahathir sudah mengesahkan novel 'SHIT' karya Pak Shahnon).
Tak perlulah berpadu, bersaing cara sihat, negara ini asasnya demokrasi, maka gunakanlah laluan demokrasi yang landasannya Islam. apa susah!
pak MSO,
saya berpendapat kalangan2 perpadua
n agak tersasar jauh dari sunnah alam begitu juga dari
realiti agama/umat islam sendiri,
bukan kah ada hadis menyebut perbezaan pendapat dlm ummah islam
itu ada rahmat nya, kalau dlm falsa
fah ajaran islam di benarkan perbezaan maka mengapa yg nak di kalut2kan tentang perbezaan dlm politik,cuba pelajari kembali kpd sejarah islam bukan kah dalam sejarah umat islam/arab ada khalif ah bani umaiyah/ada khalifah bani abassiah dll. jadi tidak hairan lah kalau kita di malaysia, umat islam menyebelahi berbagai parti dlm perjuangan hidop nya. satu perkara yg mustahil bagi akal utk manusia bersatu dalam setiap pendirian dlm berpolitik,maka biarkan lah dgn kepelbagaian kerana ia nya akan menperkayakan fikiran2 dgn berbagai2 aliran fikiran yg ada, asalkan tidak membawa kpd huruhara dan tidak bertentangan dgn perlembagaan negara.
Salam Tuan MSO
Barangkali para pengkomen tertentu diatas tidak berapa faham situasi sebenar apa yang berlaku di Perak pada PRU 12 yang lalu. Tuduhan mengatakan kenapa Mufti (Harussani) campur tangan bila UMNO sakit adalah tidak betul. Beliau hanya mahu menyelamatkan negeri ini dari jatuh kepada pimpinan al-kafirun. Itu adalah sebenarnya.
Sebelum p/raya kontroversi PRU 12, rata-rata kalangan orang Perak (khususnya penyokong UMNO) lebih menganggap Harussani adalah pengikut setia PAS. Apatah lagi kalau dilihat di kampungnya di Kerian adalah lubuk bendera hijau!
PRU 12 di Perak, sewaktu UMNO/BN memenangi 28 kerusi, DAP 19, manakala PAS hanya 6 (saya ulang, hanya 6!), selebihnya PKR. Apabila mendapati Pakatan Rakyat telah mendahului BN, di mana pada waktu itu DAP adalah dominan kerana mempunyai kerusi yang lebih dari teman pakatan PAS dan PKR, DAP telah menuntut jawatan Menteri Besar diberikan kepadanya!
Atas rasa kekhuatiran bahawa jawatan Menteri Besar akan jatuh ke tangan Cina @ bukan Islam, telah timbul dibenak Mufti mencadangkan supaya ditubuhkan kerajaan campuran PAS + BN agarkuasa orang Islam sebagai MB tidak terlepas ke tangan bukan Islam. Itulah tujuan sucinya!
Banyak pihak telah menyalah tafsirkan usaha beliau. Harus diingat bahawa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja..(saya ulang 6 kerusi!), Jawatan DS Nizar sebagai MB adalah ehsan ( saya ulang Ehsan) dari DAP kerana Sultan Perak tidak memperkenankan MB dari kalangan bukan Islam!
Kalau tuan-tuan masih ingat bagaimana DAP telah cuba pada peringkat awalnya untuk berbuat boikot membantah perlantikan DS Nizar sebagai MB dan kemudiannya akur apabila Sultan memberikan kata dua, kalau bukan PAS, wakil dari PKR akan dipilih sebagai MB.
Kerana DAP tidak mahukan wakil PKR sebagai MB maka kemudiannya bersetujulah mereka untuk menerima Nizar.
Perkara ini haruslah diselidiki dengan rasional dan bukan mengikut emosi dan amarah. Mufti tidak boleh campur urusan politik tetapi atas rasa kebertanggungjawabannya dilakukuan sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Benarlah apa yang dikatakannnya, Dalam konteks "Malaysia', Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu
Wasalam.
Salam MSO..
Yang hairannya kenapa Harussani begiti sibuk membuat kenyataan dengan mengajak Pas dan Umno bersatu demi perpaduan melayu. Tapi isu judi bola dan rasuah yang nyata haram disisi Islam, beliau membisu seribu bahasa tanpa membuat ulasan dan kenyataan. Kenapa jadi begitu..?
Kepada sdr CodeNameSomaliPirate..
Pada saya sdr telah cuba melontarkan persoalan, tapi dalam masa yg sama sdr juga telah memberikan jawapan tanpa sedar.
di petik dr tulisan sdr:
"Atas rasa kekhuatiran bahawa jawatan Menteri Besar akan jatuh ke tangan Cina @ bukan Islam, telah timbul dibenak Mufti mencadangkan supaya ditubuhkan kerajaan campuran PAS + BN agarkuasa orang Islam sebagai MB tidak terlepas ke tangan bukan Islam. Itulah tujuan sucinya!"
"Banyak pihak telah menyalah tafsirkan usaha beliau. Harus diingat bahawa PAS hanya menang 6 kerusi sahaja..(saya ulang 6 kerusi!), Jawatan DS Nizar sebagai MB adalah ehsan ( saya ulang Ehsan) dari DAP KERANA SULTAN PERAK TIDAK MEMPERKENANKAN MB DARI KALANGAN BUKAN ISLAM!
Saya ulang lagi sekali, KERANA SULTAN PERAK TIDAK MEMPERKENANKAN MB DARI KALANGAN BUKAN ISLAM!
lagi sekali saya ulang; KERANA SULTAN PERAK TIDAK MEMPERKENANKAN MB DARI KALANGAN BUKAN ISLAM!
Sdr CodeNameSomaliPirate kena faham di dalam perlembagaan negeri perak, tiada peruntukan jawatan MB kepada bkn islam. Di sini soal KEKHUATIRAN tidak timbul sama sekali. Sultan juga terikat pada perlembagaan. Sultan perak yg di lihat lebih dekat dgn UMNO, tetapi baginda TIDAK boleh melantik MB di kalangan Adun UMNO kerana majoritinya adalah milik pakatan. Saya ulangi; Baginda PUN TERIKAT DGN PERLEMBAGAAN.
Apapun kita kena berbalik kepada topik. Apa yang di utarakan adalah berkisarkan kepada perpaduan UMNO dan pas secara am. BUKAN khusus kepada kerajaan perpaduan UMNO/PAS di perak yang dah jadi tahi. Terimalah kenyataan yang UMNO bukan sahaja lemah di PERAK, tetapi di seluruh semenanjung malaysia. Andaikata MP Sabah dan Sarawak tidak di kira di dalam perbentukan kerajaan persekutuan, siapakah yang memerintah Malaysia pada hari ini? sekian.
Kepada : Sebatang Lilin
Sahibbul - Samahah Tuan Mufti Harussani adalah antara orang yang pertama menentang keputusan kerajaan membenarkan judi bolasepak.
Selidiki dulu sebelum membuat komen!
salam...
Sebelum apa2 pun kita memberi ulasan..kita kena berfikir kenapa mufti kena kecam?..kenapa ulama2 kena kecam..bukannya apa pak mso tindakan diri sendiri yang menjerumus ke arah itu. Tgna yg berilmu itu pun dah kena bermacam kutukan, gambar yg di'cut n paste' yg agak melampau..tapi orang tak le melatah macam mufti ni sorang. Ini menunjukkan malangnya seorang mufti jika terlalu baik dengan umno!
Menjawap Sdr Hishamudin
Saya petik komen tuan : "Terimalah kenyataan yang UMNO bukan sahaja lemah di PERAK, tetapi di seluruh semenanjung malaysia. Andaikata MP Sabah dan Sarawak tidak di kira di dalam perbentukan kerajaan persekutuan, siapakah yang memerintah Malaysia pada hari ini?"
Berbanding UMNO dengan PAS, UMNO walaupun lemah tapi masih ditampuk kuasa. Bayangkan PAS yang hanya 6 kerusi di Perak (saya ulang 6 kerusi, sahaja), kuatkah?. Apakah guna menjadi MB kalau 'telor' di pegang oleh DAP!
Memang benar, Perlembagaan Perak tidak membenarkan MB dari kalangan bukan Melayu. Itu hasil usaha UMNO yang membentuk perlembagaan. Kena di ingat Perlembagaan boleh di ubah apabila ada kelebihan majoriti. Dengan hanya 6 kerusi beranikah PAS mempertahankan Islam/Melayu?
setiap kali UMNO tidak dpt membentuk kerajaan, suara2 perpaduan Melayu berkumandang....
kenapa dikatakan Perak ditadbir kapir sedangkan sistem pilihanrayalah yg dipilih UMNO selama ini untuk memerintah
bila mereka berkuasa, merekalah yg gila kuasa, merekalah yg bertindak ke atas PAS
bila sudah tidak berkuasa, mereka terhegeh2 mahukan PAS
sepatutnya Mufti Perak mengajak UMNO bersama PAS untuk menegakkan Islam, tetapi lain pula, Mufti Perak mengajak PAS kebelakang bersama2 dgn UMNO yg tak nak kepada Islam
kenapa nak salahkan DAP bila mereka menang? mereka bukannya menipu untuk menang, mereka bertanding dlm sistem pilihanraya
jadi, wajarkah setiap kali UMNO hilang kuasa, PAS kena bersatu dengan UMNO
bila UMNO kuat, PAS di buang jauh
jadi, di manakah sistem pilihanraya yg digunakan di Malaysia untuk memilih kerajaan?
majoriti org Perak telah menolak BN, jadi Mufti Perak kena terima hakikat itu
sepatutnya Mufti Perak mengajak org UMNO memberikan banyak lagi undi kepada PAS supaya kuasa PAS seimbang dengan DAP
masa itu tak timbul soal org KAPIR memerintah PERAK kalau org Melayu sendiri menyokong PAS sebulat suara
PAS bertanding 21 kerusi, manakala DAP 18
kenapa org Cina boleh memberikan undi solid kpd DAP, tetapi org Melayu Islam berat hati nak menyokong PAS?
tgklah senarai daftar pengundi baru PAS sudah mendahului UMNO
DAP sudah meninggalkan UMNO jauh
bayangkan DAP terus kukuh dengan 18 kerusi, dan org Melayu Islam hanya biarkan PAS menang 10 kerusi sahaja, jadi mcm mana PAS nak bersuara lebih dgn hanya 10 kerusi?
pilihanraya ke-13 nanti bukan Islam akan jadi penentu kpd kerajaan Perak
bukan Islam akan menyokong penuh PAS, dan hanya dgn sedikit sokongan org PAS kpd PAS, PAS boleh dapat 10 kerusi
manakala PKR akan dapat 10 kerusi
dengan ini, sekali lagi PR akan terus berkuasa di Perak
akan tetapi adakah sekali lagi Mufti Perak akan berteriak kpd PAS, marilah bersama UMNO? bukankah lebih baik Mufti Perak mengajak org UMNO menambahkan kerusi PAS, supaya PAS pula berkuasa penuh bukannya DAP
jadi, org UMNO wajib mengundi PAS 100% kpd PAS supaya kuasa org Melayu Islam terus berada ditangan org Islam
di mana PKR bertanding dgn UMNO, berilah sokongan terus kpd UMNO, utk mengurangkan kuasa PKR
beranikah org UMNO?
Kpd sdr CodeNameSomaliPirate,
Terima kasih kerana mengakui yang UMNO telah lemah. Sekurang2 sdr sedar dan akui akan fakta tersebut. Tapi saya rase pelik kenapa sdr asyik tekankan soal 6 org adun PAS itu. Sdr kena ingat, UMNO ada kuasa di perak skrg bukannya dgn pilihan rakyat. Sdr patut rasa malu dgn cara UMNO rebut hak org lain dgn cara yang kotor. Jijik, loya dan luga kata org ganu.
Kenyataan sdr bekas MB Perak yg telornya asyik di pegang oleh DAP;
dgn ertikata lain MB boneka la katakan, pada saya itu bukan suatu yg menjijikkan seperti mane yg UMNO telah lakukan(rampas Perak dgn cara yg kotor). Apalah salahnya PAS bersama2 dgn DAP nk terajui kerajaan Perak? HARAMkah dalam islam pemimpin islam berkomplot ngn bukan islam utk mentadbir sebuah kerajaan? Kalau jawapannya HARAM, bermakna UMNO terlebih dulu bergelumang dgn dosa kerana mentadbir kerajaan Malaysia dgn bantuan bukan islam(MCA /MIC).
Sdr kena sedar, UMNO TIDAK mungkin dpt menerajui kerajaan Persekutuan tanpa berkomplot dgn bukan islam.
Jadi soal 6 Adun PAS itu lembik ke, lemah ke, kecut ke..sudah tidak menjadi isu. UMNO berjuang melalui BN, PAS bersama2 PAKATAN RAKYAT. Mereka saling memerlukan itu kukuhkan kuasa yang ade. Sekian.
treand sekarang sudah berubah
30% org Cina dan India menyokong PR
5% org Sarawak sudah menyokong PR
drpd 50% org Melayu Islam, 20% menyokong PAS terutamanya
jadi sokongan kpd PR sudah 55%
akan tetapi amat malang sekali, kerana momokan Melayu hilang kuasa, org Melayu masih lagi menyokong kuat UMNO
org Melayu kena bijak berpolitik kalau tidak mahu terus melihat kuasa politik Melayu hilang
org Melayu UMNO perlu berikan kekuatan lebih kpd PAS pada pilihanraya ke-13 nanti
dgn sokongan sedia ada, DAP dijangkakan dpt 45 kerusi, PKR 40 dan PAS 33
PKR Melayu dpt 27 kerusi, jadi kerusi Melayu kpd PR hanya 60 dan bukan Melayu 58
cukupkah kerusi Melayu Islam ini nanti?
jadi, wajarkah org Melayu UMNO biarkan UMNO menjadi pembangkang? ataupun org Melayu kena berubah untuk terus menyokong PAS?
PAS perlu kuat utk melihat kuasa Melayu terus utuh. Kalau bukan Melayu boleh memberikan 45 kerusi kpd DAP, org Melayu pula perlu berikan 50 sekurang2nya kpd PAS. Jangan biarkan kerusi Melayu majoritinya sebagai pembangkang
begitu juga di beberapa negeri
org UMNO boleh terus biarkan Perlis, terengganu, N9, Melaka, Johor dan Sabah diperintah UMNO, tetapi jangan biarkan UMNO menjadi pembangkang yg kuat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor
berubahlah org UMNO, jangan terlalu taksub dgn politik Melayu lagi
Kalaulah benar setulus mulus mufti perak nakkan perpaduan Melayu...beliau tidak layak jadi orang tengah atau menjadi jurucakap...sebab..setiap komen mufti mesti condong dan cenderong memehak pada Umno dan tak pernah ikhlaspun dengan pas..so..layakkah orang macam ni nak jadi pengadil atau menjadi orang tengah..menyeru sana sini mangajak perpaduan melayu sedangkan dia sendiri sering membuat pernyataan memecahkan melayu dan sering menyakitkan hati orang pas, orang pas melayu jugak....adilkah tindakan mufti ini? layakkah dia.. wahai orang yang berakal..fikir lah..mudah je kalau nak fikir macam mudahnya 1+1= budak tadika pun boleh jawab
kenapa masa umno menang dengan majoriti lebih besar dari gerakan tapi kerusi km bagi juga pada cina gerakan... yang ni amat kitorang bengang
tapi bila isu pas diangkat jadi mb di perak umno nak melenting. patutnya bersyukur kerana kerusi mb dibawah pakatan masih dipegang oleh islam melayu. berbanding umno serahkan kerusi km pada cina gerakan walaupun menang lebih besar...
siapa yangpandai politik kat sini?
Post a Comment