Salahkah Kalau PKR Berikan Wang Kepada Raja Petra?
[kemaskini] MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz beliau ada bukti yang PKR telah memberi wang sebanyak RM500,000 kepada bloger Raja Petra Kamaruddin. Perkara itu juga turut diakui oleh Najib Razak hari ini. Cara pemberian wang itu didedahkan seolah-olah tindakan itu satu kesalahan. Baik Nazri maupun Najib seakan mahu mempengaruhi orang ramai supaya marah kepada Raja Petra dan PKR.
Najib telah meminta pihak berkuasa menyiasat apakah tindakan itu satu kesalahan atau pun tidak.
Kenapa begitu dangkal sekali pemahaman politik dan mengenai undang-undang negara ini oleh Nazri dan Najib. Apakah mereka sedar hakikat di sebalik itu cuma sengaja mahu mainkan perkara itu sebagai isu. Kalaulah benar dakwaan mereka itu apakah salah kalau PKR memberikan wang kepada Raja Petra untuk menguatkan partinya di samping memburuk-burukkan UBN. Adat berlawan begitulah! Tindakan itu adil. Dalam politik sekular apa juga urusan dihalalkan.
Apakah Umno juga tidak berbuat perkara yang sama? Tidak pernah mengupah atau menggunakan apa-apa agensi atau perantaran untuk membantu mereka? Bolehkah Nazri atau Najib membuktikan bahawa UBN adalah sebuah badan siasah paling bersih? Para pemimpinnya tidak terlebih dengan sebarang skandal?
Kalau cara PKR memberi wang itu kepada Raja Petra (benar), bermakna cara UBN memberi kepada mana-mana pihak untuk mempertahankan parti berkenaan juga satu perbuatan salah dan wajar dikutuk. Kalau PKR dan Raja Petra minta dihukum maka orang yang memberi atau menerima dari pihak UBN juga kena dilaknat sama. Kalau tindakan PKR itu salah maka UBN juga harus mempersalahkan diri mereka juga. UBN kena mengutuk diri mereka sendiri dulu sebelum menjelekkan orang lain.
Saya rasa UBN tidaklah sebersih mana dan turut sama bergelumang dengan najis dan kebusukkan yang dikecam itu. Jadi kalau UBN juga membuat kerja yang sama kenapa harus dikutuk Raja Petra dan PKR. Bukankah tindakan sebegitu boleh double standard atau bersikap nampak kuman di seberang laut tetapi tak nampak gajah di depan mata.
Dalam hal ini saya rasa elok UBN melupai soal Raja Petra. Lagi disebut pelarian itu lagi terkenal dan akan diingatkan orang. Apa yang baiknya UBN khasnya Umno menunjukkan pengajaran yang baik kepada rakyat. Umno kena pastikan bahawa rasuah tidak berlaku dalam parti berkenaan.
Umno kena pastikan bahawa masalah kronisme dan nepotis tidak wujud. Dalam suasana Felda diserang bertalu-talu sebagai bangkrup, UBN wajar mengeluarkan bukti mengenai keadaan kewangan Felda kukuh dan projeknya berpotensi. Jangan Felda merasa menang apabila ia berjaya membawa peneroka kemudian berdemonstrasi yang entah ditujukan kepada siapa.
Saya nampak persoalan yang ditimbulkan pihak pembangkang brhubung Felda masih belum dijawab dengan tuntas. Felda hanya asyik mengerahkan peneroka yang tidak tahu apa benda mengenai Felda itu menunjuk perasaan mengutuk Suara Keadilan. Cara begitu tidak profesional dan menggambarkan pemikiran mereka yang menguruskan Felda dan melayan kerenah Suara Keadilan itu sama tarfnya dengan akhbar lidah rasmi PKR itu.
Membina martabat diri sendiri lebih baik daripada memburukkan orang lain. Hari ini apa juga yang pemimpin Umno lemparkan kepada pemimpin pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bukan mudah untuk rakyat menerimanya. Seperti mana Umno mempengaruhi rakyat mengatakan Anwar pembohong, agen Yahudi dan sebagainya, begitulah juga rakyat beranggapan kepada UBN dalam memburukkan Anwar itu juga sebagai pembohong.
Keputusan pilihan raya umum lalu menyebabkan UBN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen membuktikan rakyat menolak UBN. Ada baiknya kalau UBN berusaha secara profesional mengembalikan kuasa itu. Berikan keyakinan kepada rakyat bahwa UBN lebih baik dari Pakatan Rakyat. Saya lihat akhir-akhir ini Najib sudah tidak dapat menahan sabar ikut sama bermain politik ala budak-budak Pakatan Rakyat. Sudah ada persepsi di kalangan rakyat antara UBN dengan Pakatan Rakyat dua kali lima saja.
Misalnya Umno memperakui parti itu memperjuangkan Melayu, manakala parti lain meleburkan Melayu, nah Umno harus konsistennya dan perkuatkan semangat dan jiwa mereka mengenai Melayu. Mengukuhkan Melayu secara menyeluruh lebih afdal daripada Umno terus memburukkan pemimpin PKR. Rakyat hari ini sudah matang dan tidak mudah diperolok-olokkan lagi dengan retorika tidak bertunjang. UBN janganlah bersikap persis si penari yang bagangan tidak pandai menarik menyalahkan tanah tidak rata. [wm.kl. 7:30 pm 04/07/10]
4 comments:
Perkara pokok kenapa UMNO cuba memainkan isu memburukkan PKR, pemimpin PKR dan Raja Petra kerana UMNO merasa tergugat dgn perancangan PKR...lebih2 lagi dgn menaja Raja Petra [ kalau benar la ] lebih menambah derita utk UMNO. Saya mencadangkan Tuan MSO mendedahkan pulak perbuatan UMNO yg menaja pihak2 tertentu, individu tertentu apa2 jua sikap buruk UMNO selama ini sebagai perbandingan.
UMNO jgn pulak bersikap bila pihak lawan buat, itu satu kesalahan dan wajar dihukum sdgkan bila UMNO buat itu adalah perlu dan sesuatu yg baik..
Dari perang psikologi ygn sedang UMNO mainkan ini menunjukkan UMNO sedang lemas dan kepanasan.UMNO risau dgn adanya Raja Petra bersama PKR, akan terdedah lebih byk lagi keburukan dan penyelewengan UMNO serta pemimpinnya terutama menjelang PRU13 nanti.Kalau benar Raja Petra itu pembohong..abaikan saja apa2 laporannya,apa risau sgt?Rakyat negara ini sudah celik politik.Mereka lebih arif utk menapis dan menilai mana yg betul, mana yg tidak.Jgn meletakkan minda rakyat sendiri mcm minda rakyat tahun 60-an dahulu.Dulu, dunia tidak secanggih sekarang, rakyat mudah terpengaruh dgn dakyah dan propaganda.
Berilah kepercaya kepada kebijaksaan rakyat utk menilai.Usah buang masa utk melabelkan PKR itu pembelot, PKR itu menjahanamkan negara, PKR itu di ambang kehancuran.Rakyat reti membaca, menilai dan mencari maklumat.Lebih baik UMNO membina imej mereka kerana di mata rakyat UMNO lah yg yg sedang menuju kehancuran, UMNO lah yg menjahanamkan negara, UMNO lah yg sedang membankrapkan negara, UMNO lah yg tidak boleh dipercayai..maka label2 yg sedang rakyat letakkan kepada UMNO ini wajar dinafikan segera dgn bukti dan hujah yg kukuh daripada sibuk menghitamkan pihak lawan..
Usah buang masa.Jika pembangkang itu teruk, tidak layak memimpin negara, tidak mampu mentadbir..biar rakyat yg buat keputusan.UMNO hanya perlu menjalankan tugas mentadbir negara dgn sebaik mungkin demi semua rakyat tanpa mengira kaum.PERKASA bersuara pun UMNO mcm menentang.Jika PERKASA mmg membela Melayu dan UMNO juga membela Melayu mengapa UMNO dan PERKASA berselisih jalan?.
Atau hanya PERKASA yg benar2 membela Melayu dan UMNO hanya membela kepentingan pemimpin UMNO sahaja?...jika begitu, memang wajar UMNO tumbang dlm PRU13 nanti.
Jagalah tepi kain sendiri...itu yg terbaik daripada mengambil tahu urusan PKR atau sekutunya. Nama pun pembangkang...tak mungkin mereka akan setuju 100% dgn kerja2 UMNO lebih2 lagi jika mmg jelas UMNO tidak betul di dalam menguruskan negara.Isu FELDA, isu Altantuya, isu perilaku pemimpin UMNO yg 'tidak sihat', isu 40 ulama' menyertai UMNO dan banyak lagi isu yg UMNO perlu tangani segera kerana rakyat sedang menilai dan menganalisa..PKR dan sekutunya usahlah diburuk2kan mereka.Lawan lah mereka dgn hujah,dgn bukti dan dgn fakta yg jelas bukan sekadar menafikan dan memburukkan lawan..itu taktik zaman sebelum merdeka.
Assalamu alaikum tuan. Kalau PKR bagi duit pada RPK, duit tu adalah duit PKR dari derma orang ramai tapi UMNO-BN guna RTM, Jabatan Penerangan, Jabatan Orang Asli, Jabatan Pelajaran, Kemas, Pejabat Daerah, Jabatan Belia dan Sukan dan banyak lagi pakai duit siapa? Terbaru guna FELDA untuk serang PKR pakai duit siapa?
Rasanya Nagib dan Nazri tahu semua tu cuma mereka rasa burukkan PKR dengan cara dedah bagi duit pada RPK tu mungkin berbaloi. Kan UMNO-BN ibarat Argentina yang hilang arah selepas ketinggalan dengan Jerman 3-0? Jadi sekarang mereka sedang menunggu wisel penamat dari pengadil lah ni. Tiba-tiba kena gol keempat pula.
Tuan MSO
Saya setuju apa yang tuan sarankan kepada UBN.
Apa yang berlaku hari ini di Malaysia seperti mahu pilihanraya esok atau lusa. Memburukan pembangkang dan pemimpinnya setiap hari melalui akhbar dan media lain.
Cakap tak serupa bikin membela orang melayu tetapi takut membaca sejarah di depan umum.Terutama sejarah kedatangan bangsa-bangsa lain ke Malaysia ini.Terlepas cakap hal tersebut terpaksa minta ampun dan maaf.
anzam2009
Assaalamualaikum Tuan,
Saya berpendapat ianya salah kerana PKR telah disyaki melakukan kesalahan. Membantu orang yang didalam situasi sebegitu adalah tidak betul tindakannya, seumpama kita membantu PKM semasa mereka melakukan pemberontakan di Malaya suatu masa dahulu....mereka juga mendakwa lerjuangan mereka betul. Semacam ada persamaan sitausi dengan kes RPK. Justeru itu, pada saya seharusnya PKR membantu memujuk RPK pulang, jika dia betul2 tidak bersalah. Kite berbicara, sediakan bukti2....itu adalah lebih baik dan lendit.
Post a Comment