Friday, January 20, 2012

Reaksi Penjenguk

Air Kelantan: Lima Faktor Menyebabkan Timbul Masalah?

Catatan mengenai masalah air Kelantan yang kini menjadi perhatian serius kerajaan Kelantan untuk mengatasinya serta berlakunya lambakan tunggakkan bil tidak berbanyak hampir RM12 juta yang dipsokan kemarin mendapat perhatian banyak pihak. Beberapa komen yang dihantar ke email saya mengenai posting itu sungguh postif walaupun ada satu dua yang negatif.

Disini saya masukkan salah satu komen yang saya kira sedikit sebanyak memberi maklumat dan faedah kepada semua berhubung perkara itu. Komenter ini saya terima dari penulis yang menanakan dirinya sebagai, Isquina yang menyenaraikan lima infor lain berhubung dengan pemasalahan air di Kelantan.

Assalamu'alaikom wtw. Tuan Haji,
Saya amat bersetuju dan ianya hakikat yang umum perlu sedar bahawa antara permasalahan yang dihadapi oleh AKSB ialah penafian Pusat selama lebih 10 tahun perihal peruntukan untuk pembangunan kemudahan bekalan air, dan juga hutang pengguna ke atas bayaran bil yang kini berjumlah hampir RM12j.

Kedua-dua faktor ini adalah antara punca utama yang membelenggu AKSB dari befungsi dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna-pengguna.

Selain dari itu, sukacita saya ingin berkongsi dengan tuan haji 5 lagi unsur yang mana umum, dan mungkin termasuk juga tuan haji sendiri, tidak arif atau belum mendapat info selain dari pihak yang berkepentingan iaitu dari AKSB sendiri.

1) Untuk mengurangkan masalah bekalan air, Pusat memberi pinjaman lembut bernilai RM130j untuk projek mengawal Air Tidak Terhasil (NRW). Projek ini bermula 2008 dan sepatutnya disiapkan 2011. Dengan jumlah pinjaman sebanyak itu, AKSB yang diberi amanah masih gagal mencapai sasaran dan matlamat: duit habis dibelanja, hasil tiada, hutang akan kena bayar.

2) Data kualiti air yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan jelas menyenaraikan kualiti air yang dibekalkan oleh AKSB tidak memenuhi 5 piawai yang ditetapkan. Dan dalam perbanding di seluruh negara, kadar pelanggaran kualiti air AKSB adalah 'top 5' di seluruh Malaysia.

3) Untuk membantu AKSB mendapatkan dana untuk membangunkan infra bekalan air, Pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menawarkan bantuan kewangan melalui urusan 'lease rental', di mana AKSB hanya perlu tumpu pada operasi dan senggaraan. Manakala urusan kewangan untuk pembangunan berskala besar akan diurus kendali oleh PAAB.

Kerajaan negeri, atau dengan lebih tepat lagi dua tim dalam MMKN, masih lagi bercanggah pendapat samada untuk menerima tawaran ini atau mencari alternatif.

Penangguhan tanpa keputusan disaisif dari Kerajaan Negeri ini telah menyebabkan dua fenomena; keadaan kemudahan yang semakin teruk untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, dan keduanya semakin ditangguh program pembangunan maka kosnya dijangka akan semakin meningkat.

Perjudian yang diambil, untuk bertindak selepas PRU13 dengan harapan PR akan ke Putrajaya, adalah satu pengharapan yang berisiko.

Pengguna adalah mangsa.

4) Masalah dalaman AKSB, di mana tiada pengamalan pengurusan yang telus, profesional dan berintegriti. Maka wujudlah puak, perpecahan dan menjejaskan produktiviti serta komitment di kalangan kakitangan.

5) Dari satu sudut, politik/K'jaan Negeri dilihat terlibat untuk kmemajukan AKSB. Tapi bila dinilai secara lebih mikro dan jika dikaitkan dengan faktor (3) dan (4) di atas, K'jaan Negeri tidak dilihat bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan masalah dalaman AKSB.

Sekian, terima kasih.

Wassalamu'alaikom wtw.
Isquina

Ps: Saya tidak perbetulan ayat dan ejaan. [wm.kl.6:04 am 20/01/12]

No comments: