Maaf Tidak Sempat Isi Blog
Hari ini saya benar-benar tidak ada masa untuk membuat posting baru. Pagi tadi menghadapi mesyuarat pengurusan sebuah syarikat. Tidak hadir tak kena juga, jadi hadir. Sedang asyik bermesyuarat baru nak memulakan agenda, seorang kawan memberi tahu yang Syed Muhammad Syed Hassan salah seorang petuas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut meninggal.
Selesai mesyuarat bergegas ke Taman Melawar ke masjid al Rahimah di mana jenazah Allahyarham Syed Muhammad di tempatkan. Saya tenguk ramai orang yang hadir menziarahi jenazah. Tetapi masa saya sampai belum nampak pemimpin penting Pas kecuali Ahli Psrlimen Kuala Selangor Dzulkefli Ahmad. Sallahuddin Ayub katanya sudah tiba tetapi entah di mana.
Syed Muhammad meninggal pagi tadi di rumah di Taman Mewar dipercayai serangan jantung.
Saya akan tulis di kesempatan lain kenangan kecil bersama Syed Muhammad yang saya ketahui dia seorang penyokong dan pejuang gerakan Islam menerusi Pas yang ulit dan gigih.
Saya agak tergesa-gesa kerana petang ini akan berlepas ke Alor Star untuk menghadir konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Stadium Menanti - Stadium Abdul Hamid. Saya tidak tahu di mana stadium ini, jenuh juga bertanya dan mencari menerusi GPS, tetapi masih belum berjumpa.
Mulanya hendak berlepas selas Pas Asar tetapi teringat pula Dewan Pemuda Pas jemput menghadiri majlis ringkas minum tea dengan media massa, jadi tangguh dulu kerana memenuhi undangan pemuda itu. Saya rasa perlu hadir untuk mendapat pandangan balas atau melihat bagaimana wajah anak-anak muda dalam Pas ekoran kritikan pedas saya kepada ketua mereka, Nasruddin Hassan Tantawi beberapa hari lalu. Saya mahu tenguk apakah ada yang datang dengan muka masam.
Alhamdulilah semua okey. Saya disambut dengan penuh mesra. Seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Nampaknya Pemuda menerima saya sebagai penulis veteran yang mereka tidak perlu berkecil hati atau terasa hati dengan apa yang saya nukilkan. Adalah dua tiga orang wartawan termasuk dari akhbar arus perdana hadir. Wartawan Utusan tidak hadir.
Hairan juga, saya dapat tahu majlis itu turut mengundang beberapa bloger politik terutamanya yang pro Pas. Tetapi tidak ada pula muka mereka. Apakah mereka menganggap majlis itu tidak penting? Atau pun mereka merasakan bukan kelas mereka untuk hadir?
Saya rasa bloger mampan atau semi veteran dalam Pas atau pro Pas patut hadir sama kalau mereka dijemput. Seorang petugas memberi tahu mulanya ada bloger atau wartawan kanan hendak datang tetapi membatalkan diri saat-saat akhir.
Anak-anak muda ini perlu digauli dan dimesrai untuk mengetahi pemikiran dan juga wawasan mereka. Saya tenguk mereka sudah membentangkan idea yang baik untuk menggerakan parti dan perjuangan tetapi masih ada ruang-ruang yang perlu diperkemaskan. Padangan atau teguran terhadap kelemahan inilah yang diperlukan mereka.
Dikesempatan tadi sempat saya memberi pandangan kritikal saya kepada Pemuda dalam sudut-sudut tertentu. Nampaknya mereka dapat menerima dengan baik apa yang saya katakan. Tidak tahulah apakah di lain kali mereka akan panggil saya lagi, maklumlah saya bercakap secara terus terang.
Dalam perhatian saya Pemuda Pas sudah popular dalam meletakkan sayap kanan parti itu sebagai penggerak parti. Orang sudah kenal malahan kalau dibandingkan dengan Pemuda Umno penampilan Dewan Pemuda Pas jauh lebih ke depan dan beriltizam. Hebatnya dalam keadaan ketiadaan wang berbanding dengan pemuda Umno mereka berjaya membuat beberapa program yang menjadikan Pemuda menjadi perhatian umum.
Misalnya himpunan (itjimak) Tarbawi sesuatu yang dibanggakan. Kejayaan Pemuda menghimpun anak muda sampai puluhan ribu dan berjaya menyuntik ilmu, semangat dan doktrin politik Islam. Kejayaan ini jangan dipandang remeh dan diperlekehkan. Kerana benih yang disuntik Pemuda itulah akan berkembang dan merendangkan bumi ini (Pas) di masa akan datang.
Selepas meninggalkan majlis Pemuda itu saya cadang hendak tulis balesungkaw Syed Muhammad, namun kerana masa terlalu mengajar tidak sempat. InsyaAllah sekembali dari Alor Star nanti akan saya siapkan sedikit coretan kenangan atau peristiwa yang saya tahu yang tertabir di belakang diri Allahyarham.
Dikesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham dan doa semoga rohnya ditempatkan bersama para pejuang Allah. Dan menegnai Hasan Akidah saya rasa tidak perlu diulas lagi. [wm.kl.6:54 pm 13/01/12]
No comments:
Post a Comment