Friday, January 6, 2012

Susupan Petang

Polis Benarkan Himpunan 901

Ramai yang merasa lega apabila pertemuan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pihak PDRM hari ini membuahkan hasil yang melegakan banyak pihak. Pihak polis telah menyatakan kesediaan memberi kebenaran untuk para penyokong dan pendokong Anwar Ibrahim meneruskan program 901 himpunan sempena hari keputusan kes liwat ke atas Anwar pada 9 Januari, Isnin depan.

Kawasan yang dibenarkan ialah bukan di hadapan mahkamah tetapi di kawasan letak kereta. Kebenaran itu menandakan pihak polis bersikap lunak dengan para penyokong Anwar yang bercadang untuk berhimpunan. Kebenaran ini boleh dianggap sebagai satu perubahan dan peralihan serta sikap profesional polis.

Sebelum ini polis nampak keras dan tetap akan melarang himpunan berkenaan. Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya lebih banyak menyelesaikan membuang sampah di sekitar KL termasuk najis lembu menyatakan akan memantau para himpunan itu dengan ketat termasuk akan memantau menerusi CCTV. Amboi....

Begitu juga dengan golongan pendengki yang telah membuat laporan polis supaya himpunan itu dihalang. Apabila polis memberi lambu hijau kepada himpunan itu menunjukkan polis tidak mudah diperalatkan atau pun menerima provokasi golongan pendengki itu.

Sebenarnya sikap terbuka, prihatin dan timbang rasa begitulah yang diperlukan oleh semua pihak. Seperti mana dijamin oleh pucuk pimpinan PKR himpunan itu tidak akan memudratkan keadaan. Mereka hanya ingin berhimpun sebagai menyatakan simpati dan menanda sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Penyokong Anwar khasnya dari kalangan ahli PKR bimbang keputusan 9 Januari nanti tidak akan berpihak kepada mereka. Katakan Anwar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan jaminan tidak dibenarkan tentu ia merupakan keputusan yang amat pahit buat mereka. Mereka akan merasa satu keputusan yang bukan saja menganiayaan Anwar tetapi boleh menyebabkan harapan mereka untuk menawan Putrjaya tipis. Harapan yang diletakkan kepada Anwar sebagai penggerakan merampas Putrajaya begitu besar sekali.

Justeru mereka seharusnya menyatakan perasaan simpati itu kepada orang yang mereka kasihi. Di sini bukan bermaksud mereka ingkar larangan polis tetapi hak untuk menyatakan simpati itu adalah hak mereka.

Katanya Azmin akan mengeluarkan kenyataan khas berhubung kebenaran polis itu lewat petang ini. Kita berharap kenyataan itu positif dan merupakan satu tindakan susulan yang baik dan penuh profesional. Iya, kalau polis sudah memberi lokasi untuk berhimpun gunalah dan jangan mencari helah untuk memindah di tempat lain lagi.

Kerana pada hari 9 Jaanuri itu juga ada satu pihak lain ikut sama mengadakan himpunan, kita boleh menganggap perhimpunan dua pihak ini sebagai satu pertandingan untuk menunjukkan pihak mana yang hebat. Boleh jadi perhimpunan ini bermulanya kempen saraf pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tujuan pihak satu lagi berhimpun tidak jelas apakah kebaikan kepada negara. Mereka juga bukan untuk menyatakan simpati dan sokongan kepada Anwar. Lantaran itu bolehlah dianggap mereka hanya penmganggu dan pendengki saja. Ingata polis tidak akan wewenangnya berpihak kepada mana-mana dalam hal ini. Kalau himpunan di perkarangan masjid itu menganggu jemaah ataupun menyebabkan bumbung masjid pecah mereka pasti akan ditangkap.

Kita tidak fikir himpunan di perkarangan masjid itu untuk mendirikan solat hajat, pastinya akan penuh dengan laungan dan caci maki. Jadi apakah relevannya mereka dibenarkan berhimpunan di masjid? Mungkin polis sudah mengatur strategi kumpulan itu diletakkan di pekarangan masjid untuk menghampirikan mereka dengan Allah dan dengar cara itu mereka akan berhimpun dengan baik. [wm.kl. 2:59 pm 06/01/12]

3 comments:

Johan said...

Kenapa mesti simpati pada orang yang enggan membela diri sendiri dalam mahkamah. Apakah dengan berhimpun maka akan jadi lebih Islamik, apabila tuduhan yang dihadapi adalah meliwat? Seeloknya kita berhimpun menyokong apa-apa keputusan Mahkamah dan bukannya menekan Mahkamah mengikuti kehendak kita.

mohd sayuti omar said...

Johan boleh cadangkan diadakan himpunan menyokong mahkamah. Apa salahnya. Pada saya Johan tidak faham apa dia politik! Belajarlah jangan tercicir jauh. Dan janganlah cuba hendak mencari kebearan dalam politik, tak ada terjumpa kerana kebenaran itu selalunya dsembunyikan.

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Saya tertarik dengan kenyataan Tuan Hj. "Dan janganlah cuba hendak mencari kebearan dalam politik, tak ada terjumpa kerana kebenaran itu selalunya dsembunyikan."

Berdasarkan kenyataan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa kebenaran memang ada dalam politik, antara kita nampak atau tidak kerana kebenaran selalu disembunyikan.

Maka tidak ada salahnya untuk kita terus berusaha mencari kebenaran itu seperti juga situasi pihak yang inginkan perhimpunan 901 untuk mencari kebenaran buat DSAI.

Jadi boleh saya simpulkan juga, janganlah cuba hendak mengadakan (perhimpunan 901) mencari kebenaran dalam politik DSAI, tak ada terjumpa kerana kebenaran itu selalunya disembunyikan.

Wasalam.