Wednesday, January 25, 2012

Susupan Malam

Terima Kasih Polis

Syabas diucapkan kepada polis Selangor kerana telah menahan dan menyoal siasat mereka yang terlibat dalam melakukan rusuhan - kacau gangguan majlis ABU di Dewan MBSA di Jalan Kebun beberapa hari lalu.

Dalam kenyataan polis hari ini tiga yang ditahan merupakan pelajar sekolah tingkat empat dan tingkat lima serta seorang yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Polis tidak menahan pelajar berkenaan tetapi telah diambil keterangan kemudian dibebaskan dengan jamin polis. Kesemua yang ditahan terdiri dari penduduk tempatan.

Tindakan polis itu boleh menenangkan keadaan. Sebelum ini ada pihak mendakwa polis ikut bersekongkol dengan kejadian pada malam itu. Walaupun tiada tindakan tetapi ia sudah memadai untuki memberi peringatan bahawa tindakan menganggu majlis seperti itu adalah salah.

Dalam pada itu polis sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai menjadi dalang kepada kejadian itu. Dalam hal ini murid sekolah berkenaan tidak bersalah, mereka mungkin dipergunakan oleh individu yang dalam buruan polis.

Dalam kejadian itu sekumpulan orang telah menganggu majlis berkenaan ketika itu kebanyakan yang hadir ialah kaum India. Dalam kejadian sekitar jam 8:00 malam itu menyebabkan seorang cedera dan dikejar ke hospital.

Dari rakaman video yang disiarkan dalam you-tube jelas menunjukkan kumpulan yang menyerang itu bertindak ala samseng dan sengaja menganggu majlis anjuran ABU. Pujian boleh diberikan kepada mereka yang diganggu di dalam dewan itu kerana tidak bertindak melulu.

Hendaknya polis akan bertindak lebih tegas dan perlu mengawasi setiap majlis-majlis politik terutama di kawasan di mana kemungkinan akan berlaku ketegangan. Kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku baru polis mengambil langkah pencegahan. [wm.kl.8:33 pm 25/01/12]

1 comment:

mdfaizal said...

jalan kebun, bkn jln pahang