Monday, January 30, 2012

Susupan Malam

Zuraidah Jangan Terlalu Percaya
Pengakuan ShamsulIbrahim


Mungkin kebanyakan kita sudah membaca pendedahan dibuat oleh Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin kononnya seorang ahli perniagaan bernama ShamsulIbrahim Ismail diarah oleh pegawai NFC agar merasuah polis untuk menutup siasatan ke atas projek lembu gemuk (NFC) yang dikatakan bermasalah itu.

Menurut Zuraidah beliau difahamkan ada pegawai NFC menghantar permintaan itu kepada ShamsulIbrahim menerusi sms.

ShamsulIbrahim membuat laporan polis pada 27 Januari lalu.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Zuraidah mengenai kenyataan dakwaan ShamsulIbrahim itu bahawa satu lagi bukti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam projek lembu gemuk berkenaan. Kali ini kononnya NFC cuba meminta jasa baik polis agar tidak menyiasat dengan memberi rasuah menerusi ShamsulIbrahim.

Mungkin sekali dengar pendedahan Zuraidah itu ia semacam memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat atau menambahkan bukti dakwaan Zuraidah dan Rafizi tentang penyelewengan dalam NFC yang didedahkan baru-baru ini sehingga menggoncangkan politik Sharizat Abdul Jalil.

Pendedahan dibuat Zuraidah itu diharap menjadi tekanan kepada Sharizat Jalil dan juga Umno.
Itulah yang mungkin dilihat oleh semua orang dengan pendedahan itu, dan mungkin itulah juga tujuan Zuraidah membuat sidang akhbar khas mendedahkan perkara itu.

Mungkin pandangan saya tentang itu salah. Saya tidak melihat seperti mana kebanyakan tenguk itu. Saya melihat dengan rasa dan suasana berlainan dengan umum terhadap pengakuan ShamsulIbrahim itu yang kononnya beliau ditekan atau disuruh merasuah polis.

Menjadi pertanyaan saya kenapa ShamsulIbrahim baru hendak buat pendedahan itu? Kenapa tidak sebelum beliau ditangkap dan disiasat polis?

Dalam melihat hal-hal sebegini saya suka merujuk kepada beberapa kejadian sebelum ini, mengenai pengakuan individu yang mulanya dilihat memberi kelebihan dan membantu pihak Pakatan Rakyat untuk membenteras penyelewengan tetapi akhirnya berkesudahan memberi kesan sebaliknya.

Satu masa dulu Nallakarupan telah membuat kenyataan lunak menceritakan bahawa Anwar tidak seperti mana yang dituduh oleh pihak UBN. Ketika itu orang mengangkat Nallakarupan sebagai hero dari kalangan India untuk Pakatan Rakyat. Tetapi apa kesudahan dengan orang India ini?
Semua sudah maklum dia dilantik menjadi senator kini menjadi salah seorang pengodam Anwar yang aktif.

Begitu juga dengan king bloger Raja Petra Kamarudin. Satu ketika dia membuat akuan bersumpah berhubung ada maklumat kononnya Rosmah binti Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Beliau bergagah mempertahankannya. Tetapi apa kesudahannya, dia memulang balik maklumat itu kepada orang yang memberi tahunya. Dia sedikitpun tidak bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan.

Walhasil pegawai aksar yang didakwa memberi maklumat itu disiasat dan dikenakan tindakan. Raja Petra pula berlalu dengan lenggang punggung dan kes itu menyebabkan beliau dituduh memfitnah Rosmah. Bila beliau tidak sedia hadir di mahkamah menyebabkan persepsi umum bahawa Raja Petra dan pegawai askar berkenaan berbohong.

Tidak cukup itu ada lagi satu kes yang hampir sama. Seorang penyiasat persendirian berbangsa India bernama Bala telah membuat pengakuan panjang lebar berhubung dengan kes Altantuya juga. Tetapi apa jadi kesudahannya, Bala berdolak dalih dengan pernyataan itu. Apa yang dibuat - pengakuan itu tidak menjadi satu bukti kejap dan pengakuan itu tidak sedikit membantu untuk mensabitkan Rosmah dalam kes Altantuya.

Begitu juga ShamsulIbrahim ini saya lihat senarionya sama saja dengan Nallakarupan, Raja Petra dan Bala itu. Ia tidak boleh diharap untuk menjadi pemberi bukti kukuh terhadap kes projek lembu gemuk itu. Laporan beliau terhadap polis tidak boleh dipercayai. Ada kemungkinan beliau sengaja berbuat begitu untuk membolehkan beliau dituduh di mahkamah oleh pihak NFC sebagai memfitnahnya.

Apabila bicara diadakan nanti sekiranya mahkamah memutuskan dakwaan itu palsu secara automatik ia akan menjelaskan bahawa NFC tidak ada apa-apa kesalahan dan penyelewengan berlaku. Bahawa keributan dalam NFC itu hanya angkara ShamsulIbrahim semata-mata.

Pada saya Zuraidah sepatutnya tidak perlu ghairah menerima bukti-bukti yang dikemukakan oleh ShamsulIbrahim itu. Kalau Zuraidah tidak menampilkan pengakuan itu, persepsi terhadap NFC oleh umum sudah pun mencukupi. Tetapi kalau berlaku seperti saya ramalkan itu, ShamsulIbrahim menafi balik dan sebaliknya memusingkan mukanya menghentam Zuraidah dan PKR, tidakkah ia satu kes aniaya. Akan berlaku istidraj sekali lagi.

Ketika itu Zuraidah atau Rafizi tidak ada kekuatan lagi untuk menghalang bingkasan balik si ShamsulIbrahimn itu. Pendedahan dan bukti yang dikemukakan sebelum ini mengenai NFC dan juga keborosan keluarga Sharizat juga akan menjadi lemah. Maka wajar kalau Zuraidah tidak cepat melatah dan ghairah untuk melanyak NFC dan juga Shahrizat Abdul Jalil dengan mengemukakan saksi-saksi sokongan yang tidak dikenali sejauh mana integritinya. [wm.kl.8:45 p.m 30/01/12]

4 comments:

akulah69 said...

Salam, setuju dengan pendapat tuan, kadang-kadang kita rasa ada senjata ampuh, sebaliknya senjata makan tuan. Kita selalu kata, tak elok buka aib orang berlebihan, esok-esok tanpa dijangka, tanpa hujan ribut, kita sendiri rasa teraib...

kueh bakar said...

ye. macam kes lompat dulu tu.mula2 sorang lompat.maka gembira.buruknya, lompatan itu yang memberi idea kepada 'orang nakal' yang banyak duit.maka terjadi 3 lompatan.selebihnya sejarah yang pahit.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan.

Seharusnya hasrat ke Putrajaya hendaklah disandarkan pada kekuatan kita sendiri. Kelemahan dan keaiban musuh wajib bukan jadi penentu kepada gerak kerja dan stratiji kita. Cerita tentang keburukan, kelemahan dan keaiban musuh harus diguna ala kadar, cukup untuk melemahkan UMNO-BN, bukan memalu dan memngibkan mereka semahu-mahunya. Ibarat budu dan cencalok, kalau diambil ala kadar memang sedap tapi kalau diambil berlebihan hidangan akan jadi masin dan tak boleh dimakan.

Jadi, biarlah kekuatan kita jadi nasi dalam hidangan yang akan memberi tenaga dan perpaduan kita jadi lauk dan sayuranya. Cukuplah cerita buruk lawan sekadar sambal belacan untuk menambah selera kerana bukankah sambal belacan tu busuk baunya?

firdaus said...

setuju dengan artikel tuan.. setuju dengan pendapat sdr Nor Azman bin Sukerman 110 peratus

saya menyesal dan insaf menyokong Raja Petra.. segala hamburan pujian dan kekaguman terhadapnya saya akan terpaksa jilat dan telan balik !!

sekiranya perkara yang paling sesal saya lakukan adalah kerana menyokong beliau