Saturday, January 28, 2012

Selepas Subuh

R&R Gua Musang Cekik Darah Dan Aziz Bari

Pagi ini saya menerima dua email dari penjenguk blog Merah Tinta yang membangkitkan pertama soal harga minuman di R&R Gua Musang yang didakwa mahal dan mencekik darah penggunan. Aduh... tak sedap juga mendengar perkataan itu nampak semacam peniaga di R&R Gua Musang itu lintah darat.

Saya turunkan sepenuhnya email penjenguk itu yang menanakan dirinya sebagai Zul Selangor;

Assalamualaikum Sdr MSO,
Saya adalah salah seorang penjenguk tetap blog Tinta Merah sejak sekian lama.

Nak mintak tolong sikit.
Boleh tak Sdr MSO tulis mengenai tempat R&R yang baru disiapkan di Gua Musang?
Sebabnya...saya rasa tempat itu telah dan akan mencekik darah pengunjungya.

Bayangkan, harga segelas teh tarik ialah RM1.80. Segelas teh O pula RM1.30.
Servisnya pula agak menyedihkan...self-service tetapi lembab.
Selama saya menggunakan lebuhraya PLUS dan lain-lain lebuhraya di Lembah Kelang,
belum pernah saya temui harga minuman yang begitu mahal, walaupun servisnya
boleh dipuji dari segi kecekapan dan kebersihannya.

Malah, harga teh tarik & teh O di restoran mamak pun tidak semahal itu. Paling-paling
pun hanya RM1.50 saja. Tidak ada sesiapan pun yang komplen pasal servisnya.

Tentu Sdr MSO tahu akan kewujudan kawasan R&R tersebut. Ia baru sahaja dibuka
kepada orang ramai. Letaknya 5 km dari bandar Gua Musang (dari arah Merapoh).
Sebelum ini, hanya sebuah sahaja kawasan R&R iaitu yang terletak selepas
bandar Gua Musang.

Selamat menulis, terima kasih.

Komen saya: Diharap pengaduan ini didengari oleh para peniaga di R&R Gua Musang. Saya memang arif dengan hentian rihat ini dan selalu menyinggahinya apabila balik ke Kelantan dan balik semula ke Kuala Lumpur.

Tidak terperasaan sangat mengenai ketinggian harta yang dikenakan. Tetapi soal kelambatan service memang dirasai. Adakalanya jurujual asyik berbuat sesama sendiri atau leka bermain SMS tanpa pedulikan pelanggan.

Usahkan hendak suruh ambil order hendak bayar duit makan minum pun tidak dipedulinya. Pihak tuan punya peniaga di R&R hendaklah mengambil perhatian. Mutu perkhidmatan biarlah setanding dengan R&R berkenaan ia moden dan canggih.

Terima kasih kepada Zul Selangor.

Email kedua yang saya terima ialah dari sdr Zulqarnain Lukman yang memperpanjangkan penjelasan Prof Abdul Aziz Bari berhubung komen beliau terhadap MB Kedah Azizan Razak. Zulqarnain telah mengambil inisiatif untuk bertanya Aziz secara personal mengenai komen dan kritikan Aziz terhadap sikap Azizan yang menyokong tindakan KUIN menggantung pelajarnya mengikut di bawah AUKU.

Kata Zulqarnain walaupun jawaban Aziz itu bersifat personal tetapi ia dibenarkan untuk disebarkan. Saya turunkan sepenuhnya penjelasan Aziz itu tanpa prejudis dan dalam bentuk asal (tanpa membaiki ejaan);

salam,

Sebenarnya kenyataan saya itu hanya satu respon sewaktu sidang media. Tidaklah keras seperti yang disebut oleh MSO dalam harakahdaily.

Nak jadi pengulas politik kenalah kuat ingatan.....MSO tak ingat ke bukankah Aziz Bari juga yang cadang MB Kedah itu ganti Presiden Pas pada 2009? Objektiflah sikit....tak ada sebab saya nak dendam dengan MB Kedah. Tapi apa yang salah saya kena betulkan. AUKU akta zalim, tidak Islamik. Kena tentang. Kita jangan terlibat melaksanakan kezaliman.

Tentang yang komen 'baru dua hari masuk politik nak ajar orang' reaksi saya begini: saya bukan hendak sangat masuk politik ni; saya didesak untuk masuk politik. Dan saya tak mahu ikut budaya politik lalang. Saya nak bawa budaya akademik yang berani dan tegas memperkatakan yang benar dan adil. Tidak berbelit-belit. Dan saya tidak berniat untuk cari makan dengan politik. Saya hanya hendak menyumbang kalau diterima. Kalau rakyat tak suka saya boleh balik ke dunia asal saya'

Ini brand politik saya. Kalau ini dikatakan tidak politik persetan dengan mereka. Pada saya politik itu baik; bukan untuk bermuka-muka dan mengelirukan rakyat

Sila sebarkan....

AAB

--- Saya rasa tidak perlu juga untuk saya mengulas balik mengenai penjelasan Aziz Bari itu. Terimalah seadanya dan untuk menjustifikasikna penjelasan Aziz ini baca semula posting saya mengenai hal berkenaan. Salam MSO. [wm.kl.7:13 am 29/01/12]

4 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Bagi saya apa yang tuan ulas memang menepati keperluan dan isu yang timbul. PAS khususnya memang telah lama dan istiqamah dalam menentang AUKU dan segala undang-=undang zalaim tanpa mengira apa namanya. Di saat angota-=angota PKR termasuk Anwar Ibrahim berada di puncak kuasa PAS tetap dengan pendirian dan sikapnya menontang segala undang-undang rimba tersebut.

Dalam isu ini Ustaz Azizan adalah menteri besar Kedah yang memimpin sama kolej berkenaan yang terikat di bawah AUKU. Oleh yang demikian, Ustaz Azizan tertakluk di bawah akta tersebut. Seharusnya kita dapat membezakan antara menteri besar dan pesuruhjaya PAS Kedah.

Saya ingin mengambil satu keadaan ketika Anwar Ibrahim menjadi menteri pendidikan dan timbalan perdana menteri dahulu. Kenapa apabila ada pelajar-pelajar yang ketika itu terlibat dengan politik kepartian Anwar Ibrahim tdidak membebaskan mereka sahaja? jawapan sydah tentu "AUKU". Jadi begitu juga dengan Ustaz Azizan.

Apakah kita lupa bagaimana Menteri Besar Selangor bergelut dengan AUKU untuk memperbaiki kedudukan UNISEL. Seandainya ada laporan yang melibatkan pelajar UNISEL yang melanggar AUKU apa pilihan yang ada pada Menteri Besar Selangor itu?

Jadi, sepatutnya tindakan Ustaz Azizan selaku menteri besar Kedah tidak perlu dipersoalkan kerana dia mengikut undang-undang yang ada. Bagi saya kedua-=dua pihak iaitu MB Kedah dan para pelajar punya justifikasi masing-=masing dalam bertindak dan membuat keputusan dan dua-duanya betul.

Justeru belenggu pada masalah ini adalah AUKU bukan menteri besar Kedah atau pelajar dan akta rimba ini perlu dihapuskan sebelum memangsakan pelajar-=pelajar lain dan pemimpin PR yang lain juga.

Sulai said...

Sepatutnya bekas seorang profesor tidak menyebut yang dia masuk politik kerana dipaksa atau terpaksa sedangkan dia tak suka politik. Saya rasa PR akan kucar kacir kalau kita paksa seorang yang tidak suka kepada politik untuk berpolitik. Hasilnya sudah nampak. Kalau kita baru dalam politik, maka kita perlu berlajar dulu sebelum kita berlagak seperti super hero dalam politik. Rasulullah s,a.w sendiri beri pilihan cara menegur kemungkaran bila berlaku kemungkaran di hadapan mata. PKR perlu mendidik Dr Aziz Bari dengan sebaiknya kalau mahu PR lebih kukuh dan kuat. Jangan kita rasa terlalu kuat dan boleh memenangkan parti sehingga terlalu mudah untuk kita mencadang orang2 lama, yang jelas berjasa dan disenangi rakyat oleh kerana sedikit salah faham berlaku kita minta dia berundur atau dipecat saja. Bukankah dengan syura berbincang sesama sendiri lebih baik dari menegur secara terbuka terhadap sesuatu perbezaan yang lahir dari ijtihad masing-masing terhadap suatu suasana? Ingat kita hanya Profesor dalam bidang kita yang sempit itu sahaja, dalam bidang lain mungkin masih jahil.

mns said...

Aziz Bari didesak masuk POLITIK ?

saya rasa hilang kredibiliti melakukan sesuatu atas dasar keterpaksaan . Pilihan di tangan anda . Ramai lagi di sana orang2 berpengaruh yang dipancing untuk menjadi calon namun masih kekal non-partisan dan sentiasa memberi pandangan dan kritikan .

Dr. Zaharudin , Dr. Maza , Us. Hasrizal , rasanya mereka ini lebih banyak pengikut jika dipancing masuk parti . Namun taklah mereka terpaksa . Mereka masih boleh memilih.

Bila masa dalam statement Us. Azizan pertahan AUKU ? bahkan budak2 tu degil .. minta tunjuk sebab pun tak buat .. minta hadir bicara pun tak... minta buat rayuan pun tak .... apa peluang lagi yang mereka nak .

Musafir di Bumi Tuhan said...

Salam...

Maaf la menyampuk ckp2 org kuat politik ni. Nak direct ckp kat Prof Aziz Bari pdgn rakyat jelata mcm sy ni dia tak ada FB. Mungkin MSO blh sampaikan pada dia mesej saya ni sbb sy pon baru berjinak2 sebagai ahli akademik.. perjalanan masih panjang, tetapi melihat perubahan kebebasan dan keberanian memberikan pandangan dan mengkritik dikalangan ahli akademik seperti Prof Aziz, saya cukup kagum, malah hilang gerun saya utk menyatakan pdgn dan pendirian w/pon terbelenggu dengan AUKU.

Bagi saya, sayangnya... kehilangan seorang lg ahli akademik yg berani utk mengkritik. Sy masih mengharapkan Prof Aziz masih berada diposisi beliau sbg seorg ahli akademik bukan ahli politik. Institusi Akademik mesti diperkuatkan agar independent drpd pengaruh politikus baik pembangkang.. mahupun PEMERINTAH... ahli akdemik perlu berpendirian MENYOKONG KEBENARAN dan MEMPERBETULKAN/MENEGUR KESALAHAN...