Tuesday, January 31, 2012

Catatan Khas II

Ustaz Azhar Idrus
Membawa Anak Muda Menemui Tuhan Selembut Bayu


HARI ini dilaporkan ada kepala babi dijumpai di pintu pagar sebuah masjid di Rawang, Selangor. Saya tidak mahu mempedulikan berita najis itu. Kepada saya ia tidak memberi apa-apa kesan besar kepada jiwa saya yang tahu ada beberapa kerat rakyat negara ini yang mengakui pejuang Islam tetapi sebenarnya mereka adalah berasal dari benih Abu Lahab dan Abu Jahal.

Sekalipun untuk mendapat simpati politik dan memecahkan perpaduan orang lain, janganlah menggunakan kepala babi sebagai modal. Saya cukup yakin dan percaya orang yang suka bermain dengan kepala babi lebih kurang sama dengan orang yang tergamak memperolok-olokkan kepala lembu atau meruntuhkan surau ataupun yang bertindak menutup masjid untuk urusan dakwah.

Hari ini saya lebih seronok menulis fasal Ustaz Azhar Idrus, pembawa fenomena baru kepada anak-anak muda negara ini. Azhar adalah idola baru yang diturunkan Allah untuk menjadi alternatif kepada anak-anak muda yang selama ini dihalakan hanya sejenis idola saja, selebriti.

Azhar tidak payah melaung-laungkan dia hendak menyelamatkan akidah, atau ingin memurnikan akidah atau hendak menentang Kristian atau membuat serbuan tengah malam ke pusat pelacuran dan rumah urut, tetapi cukup untuk menemui anak-anak muda dengan bercakap tentang keagungan Muhammad dan keqadiman Allah.

Azhar menjinak dan memesrakan anak-anak muda dengan Tuhan dan Nabi menurut kaedah dan kepakaran yang ada kepadanya. Saya seronok untuk menulis fasal Ustaz berjambang hitam yang kemas di trim itu. Iya ada perbezaan janggut Azhar sebelum ini dengan apa yang saya lihat malam kelmarin, hitam dan kemas.

Apa saya nak ulas mengenai Ustaz ini bukan soal dia menjadi kegilaan kepada anak-anak muda lagi. Itu adalah realiti. InsyaAllah kegilaan akan meluas dan sedikit masa nanti Azhar mempunyai peminat alias anak murid di serata Malaysia. Tidak mustahil juga suatu hari nanti dia akan berceramah dan memberi kuliah di Bangkok, Manila, Jakarta ataupun Singapura. Tidak ada halangan dan sempadan membatasinya dalam memberi didikan agama kepada manusia.

Sedikit lagi juga bukan saja anak-anak muda Melayu, tetapi India dan Cina juga akan ikut sama mendengarnya. Sebab dia bukan memaksa anak-anak muda menerima terus tentang kesucian Islam tetapi memberi maklumat akan kepentingan Islam yang sesungguhnya diperlui semua orang.

Azhar akan diterima sebagai pembahawa cahaya dan tokoh penceramah agama di negara ini. Sama-sama kita doakan. Ini akan berjaya kalau orang yang mengurus, mentadbir dan mengatur kuliah beliau ikhlas dan bekerja kerana Allah.

Orang yang akan menasihati Azhar agar konsisten dengan keadaan ada hari ini, tidak menonjolkan idealisme politik dalam kuliah, tetapi menongokkan semangat perpaduan dan keagamaan yang tinggi. Azhar akan menjadi pakar dan institusi untuk membaiki hati-hati, perwatakan dan sifat anak muda dan menemuikan anak-anak muda dengan jalan kehidupan hakiki - silatulmuqataim.

Dia akan memecahkan kebuntuan dalam muzik ada Tuhan, dalam merempit ada Tuhan, dalam bola dan futsal ada Tuhan. Malahan dalam bercinta, berkelab pun ada Tuhan dan Tuhan itu berada di mana-mana. Cara dia membawa Tuhan kepada anak-anak muda dengan penuh kemesraan dan bagaikan bayu yang berhembus di waktu pagi, saking lembutnya.

Kita doakan semoga usaha beliau akan berterusan dan berjaya. Dan tidak ada sesiapa yang akan menghalangnya. [Berhenti disini untuk ke hospital menziarahi jenazah bekas staf inysaAllah akan disambung nanti] [wm.kl.6:08 pm 31/01/12]

5 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Saya suka posting ini! Ustaz Azhar memang seorang insan yg mampu membentuk perpaduan umat Islam. Allahuakbar!

matrix01 said...

Ustaz azhar membentuk satu pemikiran islam yang masih amar maaruf nahi mungkar sebagai cara hidup tanpa perlu kita membuang kamera dslr, gitar, jam g-shock hatta lawak jenaka dalam kita menuju jalan ke sorga.

SysOp said...

Bhai MSO...

Gua suker ngan UAI nih pasai gua pon terlibat samer dalam bidang fotografi...

UAI nih kira otai gak dalam bidang nih... dan setiap kali ader sesi fotografi samer ngan dier.. mesti dier akan masukkan sikit jarum tazkirah ...

Alhamdulillah...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

suratkhabarlama said...

UMNO menghalang dan memberhentikan kuliah beliau di Ladang, Terengganu..tetapi Allah Maha Besar..Allah beri peluang kepada beliau untuk berdakwah seluruh Malaysia pula...

Kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah yang lebih baik

School Of Tots said...

Saya setuju Tn MSO...gaya santai tapi ilmu sampai.