Sunday, January 8, 2012

Simpulan Awal

Sahih Hasan Akdiah Dipecat Dari Pas

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali alias Hasan Akidah yang ke belakangan ini bertindak tidak mesra parti dan ada kalanya kontras dengan keputusan jemaah sah dipecat dari Pas.

Tindakan memecat Hasan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan pagi ini dan berakhir lewat tengah hari.

Menurut kenyataan ringkas presiden Abdul Hadi Awang tindakan itu diambil mengikut Fasal 82(9).

Dengan pemecatan ini diharap Hasan Akidah tidak lagi menjadi masalah kepada Pas. Hendaknya juga tidak ada mana-mana pemimpin Pas baik diperingkat pusat, negeri dan kawasan serta sayap-sayapnya menyatakan simpati bertujuan membela Hasan Akidah atas apa juga alasan.

Dalam pada itu Hasan Akidah diberi peluang untuk merayu kepada Majlis Syura Ulamak. Saya yakin Hasan tidak akan berbuat demikian dan mungkin beliau sendiri gembria dengan keputusan itu. Pemecatan itu melepaskan Hasan terbelit dengan lfaz ikrar dan ba'iahnya sebelum yang berjanji akan bersetia dengan parti.

Dengan tidak lagi menjadi ahli Pas Hasan bebas untuk memilih wadah baru atau membentuk wadah baru bagi meneruskan perjuangannya untuk menegakkan akidah ummah.

Sebelum ini Hasan dikatakan berminat untuk menyertai pertubuhan bernama Perkasa(m) yang dikatakan bersesuai dan sejiwa dengannya yang berjuang berasaskan tiga R, - Agama, Bangsa dan Raja.

Dalam pada itu malam ini sudah tentu media eletreonik penjilat buntut akan memberi liputan penuh dan kemungkinan juga mendapat ulasan dari perdana menteri Najib Razak yang kini berada di Afrika Selatan. Media juga akan mula membuat hebuh dan taboo kononya akan ada beberapa orang tokoh Pas akan bertindak keluar parti kerana menyokong dan simpati dengan Hasan.

Ahli Pas yang belum faham dengan tindakan Pas ini hendaknya bersabar dan mendengar penjelasan sebenarnya tindakan itu dari pemimpin Pas sendiri sekiranya mereka gagal melihat tindak tanduk Hasan ke belakangan ini yang tidak dapat keluar dari jerat dan perangkap Umno yang sengaja dimasukinya.

Persoalan yang timbul kini ialah mengenai kedudukan Hasan Akidah sebagai Exco Agama Selangor. Apakah beliau gentlemen akan melepaskan jawatan itu bagi diisi oleh muka baru atau pun Hasan akan bertegas tidak akan melepaskannya.

Kalau Hasan tidak malu dia akan terus memegang jawatan itu dan akan menggunakan alasan pihak Istana tidak mahu beliau melepaskan jawatan berkenaan atas alasan ianya dilantik oleh Sultan. Sesungguhnya tindakan hari ini akan menguji sejauh mana kejantanan Hasan dan apakah menambahkan bukti tuduhan sebelum ini terhadapnya yang beliau adalah tali barut Umno.

Di bawah ini adalah kenyataan ringkas oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengenai pemecatan Hasan Akidah.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

[wm.kl.3:04 pm 08/01/12]

4 comments:

KAPAKTAJAM said...

MSO wal Dajjal Akhir Zaman krn asyik suka dan gembira perpecahan umat Islam menjadi barah. Sikap mengadu domba serta gemar menegur dan memperlekeh insan lain amat memualkan. Jelas tidak Islamik krn bertindak secara terpilih mengikut kehendak ideologinya sendiri. Tahniah dan maaf jika teguran ini keterlaluan krn saya wajar menegur demi ukhwah islamiah. Tq

Ibnu Batutah said...

Tindakan PAS cukup tepat sekali.Hasan Akidah selama ini merupakan duri dalam daging dalam organisasi telah dicabut keluar.Tentunya keputusan yang secara syura perlu diterima sepenuhnya.

tobeng said...

Sayuti,

Hassan Ali yg kau ejek dengan gelaran hassan akidah sekurang2nya berjuang kerana agama bukan kerana parti yg gila kuasa dan sanggup bersekongkol dengan kafir harbi dan liberalis.

Dosa hassan kerana tidak mahu mengikut arahan pas yg tunduk kepada kemahuan kafir harbi dan liberalis seperti lembu dicucuk hidung.

FYI PRU13 kali ni aku haramkan diri aku dari mengundi parti munafik yg selama ini aku sokong.Pas mungkin tak perlukan undi aku tapi sekurang2nya aku berlepas diri dari bersubahat dengan parti yang menghalalkan cara demi kuasa yg tak seberapa.Hark ptuihh!

firdaus said...

buat letih tok guru berjumpa dan tok guru betul betul berharap kekeruhan yang timbul dapat dijernihkan.. tetapi perancangan Allah jualah yang menentukan segala-galanya... mungkin ini rahmat buat PAS dan rahmat buat Hassan Ali... mungkin Hassan Ali lebih sesuai jadi tok guru summer camp saja... Hassan Ali memang pandai mengajar budak-budak ia diakui memang berkesan... bukan nak puji tapi ia terbukti...