Sunday, January 22, 2012

Jerkah Sabtu

Perlukah Pas Beri Perhatian Berlebihan Kepada Cina?

Kata pepatah orang memberi kita merasa; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Terus terang saya katakan geli gelaman melihat ucap selamat dan komitmen para pemimpin utama Pas kepada kedatangan tahun baru Cina 2012.

Tentu ramai orang Pas yang marahkan saya dan tentu ada menganggap saya kolot dan tidak tidak buka otak. Saya bukan rasis tetapi apakah perlunya untuk para pemimpin Pas mengucap selamat tahun baru Cina secara berlebih-lebihan, siap dengan doa dan harapan-harapan membumbui sekali.

Tidak cukup Presiden, timbalan presiden, ketua penerangan, naib ketua Muslimat ikut sama memeriahkan kedatangan Naga air tahun ini. Telah ada yang mempercayai Naga akan membawa tuah?

Apakah esok atau petang ini akan ada pula perutusan sambil lewa dari ketua pemuda Pas dan ketua Muslimat Pas, yang kemudian akan diikuti oleh naib-naib presiden. Atau juga oleh Mursyidul Am, ketua Dewan Ulama dan lain-lain. Anihnya setakat ini tidak ada perutusan dari ketua Dewan Himpunan Pas yang kalau tidak silap ia dipegang oleh Cina?

Dalam ucapan itu para pengucap bukan saja setakat memberi pengertian kepada sambutan raya Cina itu dan ulasan mengenai sikap dan perangai Naga air, ada juga yang mendoakan semoga masyarakat Cina beroleh kejayaan dan ekonomi mereka menjadi lebih kukuh. Ada juga yang berjanji akan membantu. Pernyataan ini bagi saya sudah berlebih-lebihan dan ironisnya ia seolah ekonomi orang Melayu (Pas) jauh lebih baik dari masyarakat Cina.

Rasanya orang Melayu patut mendoakan kebaikan ekonomi dan keharmonian mereka dulu sebelum mendoakan untuk orang lain. Misalnya orang Umno patut memberi ucap selamat kepada hari penubuhan Pas dan sebaliknya orang Umno membalas dengan mengucap tahniah hari ulang tahun Umno. Tetapi impian yang indah ini tidak pernah menjadi kenyataan.

Malangnya orang Melayu termasuk Pas tidak mengambil berat untuk sesama sendiri dan ada unsur-unsur cuba memberi susu kepada kera ataupun memberi kaca mata kepada orang yang tidak ada masalah penglihatan. Kita tahu semuanya adalah maslahat politik, tetapi ia agak berlebihan. Seharusnya dalam maslahat ada muslihat?

Untuk mengambil hati dengan mengharapkan undi ada had dan cara-caranya. Kalau sampai mendoakan atau memberi pengertian kepada perayaan tahun baru Cina, membenarkan Cina masuk berpolitik dalam surau, nampak sangat orang Melayu berlebihan melayan rakan Cina mereka.

Yang mendeguskan hati ada pula yang cuba mentafsirkan Naga sehingga boleh membawa kepada kekurafatan apabila 'mempercayai' Naga akan memberi kemenangan. Sebab inilah Islam melarang menghampiri maksiat.. kerana bimbang terlaku maksiat! Dosa kufi atau kesalahan agama yang tidak kita sedari sering kali berlaku.

Iya, tidak salah memberi kegembiraan kepada masyarakat yang hidup sebumbung dengan kita. Rasulullah memberi pelindungan kepada Yahudi bukan lesen untuk membebaskan segala tindak tanduk siasah. Perlindungan itu tetap tertakluk kepada batas-batas dan peraturan beragama.

Saya hendak tanya apakah masyarakat Cina turut sama memberi ucapan yang sama kepada Pas dan umat Islam sempena sempena kedatangan tahun baru Hijrah. Apakah mereka mendoakan kesejahtraan orang Islam? Apakah mereka turut memberi pengertian dan mengulas mengenai rahmat di sebalik hijrah Rasulullah? Adakah mereka mengulas sampai ke tahap hakikat semata-mata untuk melunakkan hato orang Islam? Adakah? Rasnaya tidak ada.

Sambutan tahun baru Cina walaupun ia budaya yang tidak bercampur dengan pegangan agama tetapi harus diingat dalam unsur sesuatu itu ada elemen keagamaan. Malahan elemen keagamaan akan menjadi intipati kepada kebudayaan itu? Kita bimbang dalam keseronokan dan meriah menerima politik pelbagai kaum (pularalisme politik) kita kut tersangkut dengan kebejatan itu.

Terus terang saya nak tanya, apakah DAP, Gerakan, MCA, MIC atau parti-parti bukan dominan Melayu lain turut mengucap perkara yang sama kepada orang Melayu dan Islam. Apakah ada dalam blog atau web site mereka ada pemimpin memberi peruntusan khas kepada Melayu (Islam) sempena tahun baru Hijrah? Apakah mereka mengulas mengenai perjalanan mencari iman dan takqa Rasulullah ke Madinah seperti mana pemimpin mentafsirkan sikap dan perangai Naga air itu?

Kalau ada dan ianya tidak terkelih oleh mata saya baguslah.

Saya mungkin skeptikal di dalam hal ini tetapi wajar untuk saya melontarkannya untuk kita menilai sejauh mana tindak tanduk kita itu menempati ajaran agama dan budaya Melayu kita? Rasanya oang Melayu tidak rugi kalau tidak begitu mengambil berat melayan bukan Melayu. Orang bukan Melayu juga rasanya tidak begitu terkilan. Soalnya kita ini suka berlebih-lebih dan memberi tanpa orang meminta. Saat orang meminta kita terpaksa bergadai golok untuk memenuhi permintaan mereka. Bersangka baik adalah baik tetapi tidak baik kalau ia terlebih sangka.

Bagi saya tekanan politik paling hebat ialah dengan memita secara psikologi dan kebodohan orang politik yang paling bodoh pula ialah memberi sebelum orang meminta.

Sekali lagi saya nyata, saya tidak tolak kerjasama politik dan pluralisme strategi dan tektik politik. Tetapi kalau ia menyentuh soal ritual dan agama ia sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Elok kalau pemimpin Pas lebih berhati-hati dalam soal ini agar tidak sampai tersalah langkah dan melakukan kesalahan yang boleh dielakkan! [wm.kl.11:05 pm 21/01/12]

4 comments:

abu muaz said...

kejjjutt ambe dengor jerkahan tuan.
over belaker doh lening ...
tu yang Hasan aqidah maroh kot?

Ibnu Batutah said...

Saya setuju dengan pandangan Tuan MSO.Saya kira Presiden sudah cukup memberi ucapan selamat tahun baru.Implikasi ucapan yang berlebihan mempunyai tafsiran yang pelbagai.

Anonymous said...

sy setuju sgt.. kdg2 kita berlebih sgt. ustaz azhar idrus prnh sebut dh.. klu kita tk ucp sgt pun,org bukan Islam tak kata apa juga pun..

Alas Garpu said...

PAS perlu lebih tumpu Melayu kerana orang Melayu masih tidak faham perjuangan PAS...