Monday, January 9, 2012

Langsung Dari Mahkamah 1

Kereta Elizebeth Wong Terkena Serpihan Dibom?

Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila dua letupan berlaku yang dipercayai bom dan serpihan terkena kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kancil dibom. Kereta Elizeberth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata.

Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.

Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi.

Tindakan ala talibah itu juga menunjukkan pihak yang terlibat sudah tidak rasional dan mereka mula menunjukkan tindakan-tindakan agresif yang boleh menghuruharakan negara. Mereka juga ini juga berfikir tidak lagi menggunakan kepala tetapi lebih kepada menggunakan kepala lutut. [wm.kl.10:39 am 09/01/11]

1 comment:

firdaus said...

seperti ada pihak dan anasair anasir ghaib yang menagguk di air keruh untuk tujuan menghuru-harakan keadaan... apa yang berlaku memang tak boleh dimaafkan

apakah selepas menjahanamkan asia barat dan afrika utara secara halus sekarang negara-negara dan wilayah islam di asia tenggara dijadikan sasaran mereka pula....

perkara sebegini jangan dipandang mudah bagi penyokong umno dan penyokong pr dan mana-mana pihak di Malaysia sekiranya kita semua sayangkan negara ni !