WACANA MINDA
Mungkin kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak mengetahui adanya perjanjian sulit di antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim untuk saling hormati menghormati proses pilihan raya dari cara berkempen membawa kepada keputusan yang bakal diterima kedua-dua pihak.
Hari ini perjanjian sulit yang 'diorangtengahkan' oleh Jusuf Kalla telah terbongkar apabila adanya himpunan Blacout505 yang membantah keputusan pilihan raya lalu. Himpunan yang diadakan di seluruh negara kecuali Perlis dan Kelantan itu mendapat sambutan hangat dan ia membimbangkan pihak UBN.
Kebimbangan kepada kehangatan himpunan itulah menyebabkan Najib terpaksa mendedahkan perjanjian sulit kononnya di antara beliau dengan Anwar Ibrahim?
Kebangkitan rakyat khasnya golongan muda begitu terserlah sekali di mana kalau kebangkitan ini berterusan ia akan membawa petaka kepada kerajaan UBN. Setidak-tidaknya laungan yang bergema dan sepadu pada setiap himpunan itu akan menganggu tidur Najib dan pemimpin UBN lain.
Paling dibimbang kehadiran atau komitmen anak-anak muda Cina dalam himpunan berkenaan begitu ketara sekali. Mereka keluar beramai-ramai seakan-akan mahu memprotes sampai habis. Semacam sudah ada satu perasaan benci oleh orang Cina kepada kerajaan UBN hari ini. Seperti saya duga, tindakan Najib tidak melantik orang Cina (MCA dan Gerakan) dalam kabinet menimbulkan kemarahan. Mereka tidak tahu bahawa keputusan tidak mahu dilantik itu oleh MCA dan Gerakan sendiri.
Gara-gara itulah, perjanjian sulit yang dikatakan berlaku pada Arpil 2013 itu akhirnya pecah dan terbongkar apabila The Wall Street Journal (WSJ) mengadakan intervieu berhubung perkara itu dengan Jusuf Kalla. Jusuf Kalla diberi gambaran cuba menyalahkan Anwar kerana tidak menghormati perjanjian berkenaan. Saya yakin kalau tidak ada protes dan bantahan Blackout505 pernjajina rahsia itu tidak akan terdedah.
Pendedahan perjanjian itu juga akan memberi konotasi lain kepada pihak tertentu. Kenapa didedahkan kalau ia benar-benar rahsia?
Seperti mana termaktub dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak; waima Anwar dan Najib hendaklah bersetuju menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum -13. Ertinya kalau Anwar atau Pakatan Rakyat menang maka Naji hendaklah menerimanya dan begitu juga sebaliknya.
Malangnya seperti mana kata Jusuf dilaporkan Anwar enggan menerimanya keputusan itu. Kata Jusof itu benar, apabila Anwar hadir dan memberi sokongan kepada himpunan Blacout505 yang khasnya membantah keputusan pilihan raya. Penolakan dan pemungkiran janji Anwar itu itu atas alasan BN tidak menghormatui kepada persetujuan semasa kempen pilihan raya. Salah satu ialah Najib tidak melaksanakan akses media yang telus dan adil semasa pilihan raya.
Anwar juga menghuraikan berbagai bentuk penipuan lagi yang setengahnya tidak dapat disahkan. Anwar perlu mengesah dan menunjukkan bukti lebih konkrit mengenai bentuk dan bukti penipuan. Kalau Anwar dapat menyediakan bukti kukuh dan syumul pasti penolakan beliau terhadap perjanjian kononnya sulit itu munasabah dan disokong.
Berhubung perjanjian sulit itu, sehingga setakat ini rakyat masih kabur dengan matlamat dan tujuan perjanjian itu. Kalau ia benar berlaku secara rasmi maksudnya Najib dan Anwar berdepan di hadapan Jusuf Kalla, ia perlu didedahkan kepada umum. Sekurang-kurang gambar mereka bertiga di satu lokasi didedahkan kepada umum sebagai bukti. Peristiwa itu akan menjawab kepada persoalan yang timbul sekarang ini. Ia juga boleh melenyapkan dakwaan Anwar hari ini.
Kalau tidak didedahkan orang boleh beranggapan Najib sengaja menggunakan nama Jusof untuk menegakkan benang basah atau memberi gambaran yang Anwar tidak ikhlas. Dalam masa terdekat ini juga Najib mesti mendedahkan apakah kandungan perjanjian selanjutnya. Dengan mengharapkan kepada pendedahan oleh WSJ semata-mata ia tidak memberi keyakinan. Kerana media massa asing boleh diperalatkan dan boleh dibeli lebih dahyat lagi daripada media nasional kita. Sesiapa yang mempunyai sumber kewangan dan kuasa boleh membeli mana-mana media berpengaruh di dunia ini.
Sekiranya butir-butir perjanjian dalam pertemuan sulit seperti mana disebut Anwar itu dikhianati, maka ia wajar dilanggar kerana Najib juga melanggar perjanjian itu. Umum perhatikan sejauh manakah berlakunya akses media yang telus dan jujur dalam pilihan raya lalu. Untuk perkara ini sahaja sudah wajar kalau Anwar melanggar dan tidak menghormati perjanjian berkenaan.
Jadi di sini Jusuf jangan cuba hendak membela mana-mana pihak beliau harus menjadi orang tengah yang adil dan bukannya tiga daripada lima hakim yang disebut oleh Hadith yan khianat dan tidak amanah.
Kalau perjanjian itu benar berlaku di antara kedua pemimpin itu, ia juga bukan mutlak bagi rakyat untuk menerimanya. Perjanjian bukan saja boleh dilakukan oleh dua individu yang mewakili jutaan orang tetapi mereka perlulah mendapat mandat rakyat sebagai wakil. Justeru perjanjian itu bukan genuine.
Sebaik-baiknya ia didedahkan awal-awal dan menjadi piagam bersama. Dengan hanya menanda tangani sekeping kertas di tempat sulit atau melalui alam siber ia tidak boleh dipegangpercaya oleh rakyat. Rakyat yang mempunyai saham langsung dalam pemilihan (pilihan raya) perlu diberikan maklumat sebenar dan tepat.
Kita menggesa kedua-dua pihak mendedahkan maklumat perjanjian sulit itu secara telus bagi memudahkan rakyat mengetahui siapa yang jujur dan siapa yang belut. Apapun perjanjian seperti itu ia tidak akan berlaku atau terpakai sekiranya ia dibuat oleh Anwar dan Najib sahaja, kerana demokrasi dan negara ini adalah hak rakyat semuanya. Perjanjian seperti itu hanya perakuian lisan untuk menyenangkan hati kawan yang mahu melihat dua kawan duduk bersama.
Dedahlah isi perjanjian sebenar untuk tidak mengelirukan rakyat. [wm.kl.8:23 am 26/05/13]
9 comments:
Satu pendedahan yang mengejutkan! Namun kebangkitan rakyat dan rasa meluat rakyat kepada kerajaan yang rasis dan korup sudah tidak dapat dibendung! Kebangkitan rakyat kini tidak hanya kerana Anwar..ianya kerana suatu yang lebih besar iaitu hak demokrasi dan kehidupan sosio-ekonomi rakyat telah dipermainkan oleh elit politik yang 'kaya' ,berkuasa dan menindas! Penentangan ini adalah penentangan antara yang menindas dan ditindas sekian lama! Demokrasi bukan hanya milik pemimpin tetapi yang lebih berhak adalah hak rakyat yang dipimpin!
Ahli politik Kelantan tidak bersedia utk bersama dgn sebahagian besar generasi muda Malaysia utk menuntut pembaharuan dlm sistem PRU yg jelas pincang. Ketidaksediaan ini disebabkan oleh rasa dikhianati oleh politikus PKR sewaktu pemilihan calon PRU semakin membarah dlm sanubari politikus PAS.
Generasi muda M'sia sememangnya dpt menghidu bau busuk "pengkhianatan" ini. Pengkhianatan ke atas aspirasi generasi muda oleh kononnya satu golongan yg mengangkat diri mereka sebagai "pemimpin Agong" dan satu lagi golongan yg mengangkat diri mereka sebagai "ulamak Agong".
PAS jelas gagal dlm membimbing anak muda M'sia. Malahan tiada seorang pemimpin pemuda PAS yg memimpin saf generasi anak muda M'sia. PAS cuma berminat membimbing anak muda PAS. Noktah!!
Dimanakah Ketua Pemuda PAS yg ghairah utk bersaing dengan ketua SAMM selepas PRU. Beradalah di depan anak muda, tunjukkan kekuatan jentera yg kerap dibangga. Anak muda M'sia dahagakan perubahan, datanglah ke depan tonjolkan "kekuatan". Janganlah pulak PAS sendiri tak tahu dan tak yakin dgn "kekuatan" yg ada pada mereka.
kenapa perjanjian ini melibatkan orang dari negara asing kenapa tak didepan agung saja
Dalam FB saya sudah komen minta supaya kandungan Perjanjian ini didedahkan kepada umum supaya rakyat dapat menilainya oleh itu sekali lagi mohon didedahkan jika IA benar ada.
Sokong MSO..tapi apa punya bangang Anwar buat perjanjian tu?Perjanjian sulit tak patut dibuat tanpa restu penyokong sendiri..Anwar jangan nak memandai pulak ..patut pun kalah..lurus bendul sangat..ni kira mengkianati penyokong/pengundi sendiri..apa macam.
Tuan,
Kita perlu maklum bahawa Jusuf Kalla adalah orang bugis. Keturunan najib juga adalah bugis. Apakah seorang bugis rela melihat seorang bugis dalam keadaan tenat menghadapi kehancuran di saat-saat akhir?
kaitkan fakta diatas dengan kehebatan perhimpunan-perhimpunan blackout 0505. Kita akan sampai kepada apa yang dikatakan " timing" jusuf kalla mengeluarkan kenyataannnya.
Disinilah letaknya kunci dan duduk perkara.
Assalamu alaikum tuan. Pendedahan ini sebenarnya amat mengecewakan. Ia seakan pepatah Melayu "harapkan pagar, pagar makan padi". Sesekali terasa juga yang orang politik adalah manusia yang berperangai telunjuk lurus kelingking berkait. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa dan kuasa sedang rakyat hanyalah perkakas untuk mereka mencapai cita-cita peribadi.
Adalah tidak wajar sama sekali mereka membuat apa-apa pun perjanjian dengan disaksikan oleh orang luar bagi menentukan mereka boleh menjadi orang berkuasa di negara ini. Negara ini seperti kata tuan bukan bukan milik mereka tapi milik seluruh rakyat sama ada pengundi atau bukan pengundi. Merekalah yang berhak menentukan masa depan negara mereka bukan dua manusia ini.
Najib, apabila dicabar berdebat di depan rakyat sendiri tak pernah sekali pun menyatakan setuju malah orang-orangnya berusaha hempas pulas mencari alasan agar Najib tidak berdebat. alih-alih buat perjanjian dengan orang luar.
Anwar, bersungguh-sungguh menuduh BN menggunakan orang luar melalui SPR dan Jabatan Pendaftaran serta agensi-agensi lain sebagai pengundi tiba-tiba beliau juga seperti Najib menjadikan orang luar memetreai perjanjian gila ini.
Kalau benar mereka ingin buat perjanjian seumpama itu, rakyatlah yang patut jadi saksi, bukan orang asing. Perjanjian itu harus ditandatangani di hadapan Yang Dipertuan Agung disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia melalui siarang langsung di televisyen. rakyat juga didedahkan kepada butir-butir perjanjian tersebut supaya rakyat sendiri yang akan menilai siapa yang menepati janji dan memungkiri janji.
Perjanjian itu harus dilakukan sebelum hari penamaan calon dengan butiran perjanjian yang jelas. Ia juga harus mendapat persetujuan parti-parti dalam gabungan masing-masing.
Kini, nasi sudah jadi bubur, bubur pula pula dah basi. Bila jadi apa yang terjadi tak ada gunanya ungkit-mengungkit. Kamu berdua yang menjemput fitnah dan kini bala fitnah itu tertimpa juga kepada rakyat.
Buat Anwar, kenapa kamu jadi macam ni. Pastinya rakyat akan kecewa dengan sikap Anwar ini.
Namun, rakyat perduli apa, Anak muda perduli apa. Kebangkitan ini harus diteruskan. Anwar bukan matlamat rakyat untuk jadi PM dan Najib memang matlamat rakyat untuk ditumbangkan kerana dia ketua BN. Kalau perlu rakyat akan menghumbankan kedua-duanya Najib dan Anwar. mereka pun dah tua. Rakyat mahu kan orang mmuda emimpin mereka.
peperangan ini sudahpun berakhir mungkin kepada yang menyokong pakatan kena bangkit dari khayalan dan mimpi dan menghabiskan buat post mortem mencari punca-punca kekalahan dan meluahkan mana salah dan silap dari terus menipu diri dan terus melagukan saya sayangkan pakatan
apabila perjanjian macam haram ini sampai melibatkan orang dari negara asing, seolah-olah rasa marah dan mual sudah mula menguasai diri..semacam mahu menyokong saranan macai umno utk memenjarakan seseorang..
kalau politician pakatan mahu teruskan peperangan ini patutnya saranan tuan saranan ahmad maslan supaya jangan angkat sumpah di parlimen perlu diikuti dan teruslah menyuap para penyokong pakatan tentang apa yang mereka mahu apa yang mereka khayalkan..
ini lebih baik dari mengemukakan petisyen 27 perkara dari terus menuduh SPR penipu tapi dari sisi lain masih mengharapkan SPR dan menipu diri
live is once... i will not give it all to politician
Saya amat bersetujud engan Wahi Anwar. kenapa perlu ada perjanjians edangkan kami rakyat bawahan sudah di timpa berbagai amsaalahd ari manusia manusia laknat itu. saya di buang kerja dari 12 tempat hanya kerana saya menyokong anwar. senang senang sahaja anwar nak berundinr.
Kalau anwar nak berlagak seumpama nabi itu dia punya pasal. saya tak boleh kerana saya tahu saya tak akan sama sekali setaraf nabi. kerana baginda semulia mulianya manusia.
Patutlah UMNO celaka dan Polis berani buat macam macamd ekat kami.s ebab mereka tahu andai kata anwar ajdi PM. dia akan memaafkan mereka ini. mengampunkan mereka ini. that why they don't scare. sebab itu i never trust any politicion. DAMMM!!!!!!
Post a Comment