ULASAN PETANG
Berita paling mengejut hari ini mungkin tindakan bapa si pembacuh kopi, bernama Azlan Mohd Lazim yang membuat kenyataan menarik balik mengenai dakwaan cerita anaknya kena liwat oleh Anwar Ibrahim sebagai bohong. Pada 8 Mac lalu beliau telah membuat kenyataan kononnya kes liwat terhadap anaknya sebagai satu konspirasi.
Beliau membuat keputusan itu selepas mengadakan istikharah. Ertinya pengakuan itu bukan main-main tetapi setelah mendapat petunjuk menerusi sembahyang istikharah.
Sejejar itu beliau meminta maaf kepada Anwar dan keluarga kerana banyak menyusahkan Anwar.
Hari ini, menjelang empat hari, hari mengundi beliau membuat kenyataan menarik balik semula dakwaan itu dan memohon maaf kepada anaknya dan orang ramai. Dia telah reverse pula dan memohon maaf. Berapa kali maaf dahhhh...
Entah saya sejak mula-mula lagi tidak begitu tertarik dengan pengakuan si bapa pembancuh kopi ini. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang anih bakal berlaku ekoran tindakan itu. Hati kecil saya berkata tentu ada agenda di sebalik pengakuan yang tergesa-gesa itu. Ia tidak mudah untuk Anwar atau pihak PKR menerima pengakuan itu. Ternyata hari ini sangkaan saya itu benar.
Biarkah Azlan hendak buat kenyataan apa-apa sekali pun, buatlah. Hari ini rakyat sudah membuat keputusan mereka akan melakukan perubahan. Cerita-cerita pak pandir seperti cuba ditayangkan Azlan itu sudah tidak laku lagi. Ia akan diketawakan bukan saja oleh orang tua yang tidak ada gigi tetapi oleh budak-budak Tadika juga. Hari ini rakyat sudah lupa semua isu, sama isu di sebelah Pakatan Rakyat atau BN. Walhasilnya yang kena sorak dan dijuah nanti ialah bapa pembacuh kopi dan anaknya itu kerana berdolak dalih.
Kalau pun hendak buat sadiwara janganlah nampak sangat akan kebodohan. Sandiwara yang tidak ada nilai umpama wayang yang tidak akan ditonton oleh orang ramai. Kalau tidak ramai tonton kuranglah jualan tikit dan kempislah poket. Kesian...
Saya rasa pengakuan undur belakang Azlan itu tidak akan memberi kesan kepada mood pengundi hari ini. Pengundi sudah pun membuat keputusan parti mana yang mereka akan pilih. Isu-isu seperti yang cuba dibawa oleh Azlan itu sudah tidak mempengaruhi mereka lagi. Sebaliknya pengakuan reverse itu menyebabkan orang akan mencemuh dan mentertawakan kedua beranak itu.
Saat ini segala isu telah ditinggalkan oleh pengundi. Pengundi tidak lagi mengenang apa juga isu sama ada dari Pakatan Rakyat atau UBN. Isu kapal selem, Altantuya, cincin RM25 juta, lembu yang selalu dibangkitkan Pakatan Rakyat tidak menjadi perhitungan pengundi lagi. Pengundi sudah faham dengan isu-isu itu.
Begitu juga isu liwat, video lucah dan lucu, kalimah Allah dan sebagainya juga tidak akan diperkirakan rakyat. Rakyat sudah lumat mengunyahnya. Mereka sudah hadam sehabis-habisanya mencari kebenaran atas segala isu-isu itu. Yang rakyat lihat hari ini isu calon dan keperibadian calon. Keperibadan calon, kehebatan calon atau pun kewibawaan calon yang menjadi perhitungan. Yang rakyat tengok dan menilai hari ini apakah janji-janji batau menu yang disediakan oleh kedua-dua parti.
Rakyat akan pilihan calon yang berwibawa untuk disangkutkan harapan kepada negara. Sehubungan itu rakyat akan memilih parti untuk menjadi pemeritah Malaysia. UBN sudah lebih 55 tahun rakyat sudah mengenali parti itu luar dan dalam. Sekarang ini sudah sampai untuk mereka buat perubahan.
Kepada Azlan selamat berdolak dalih dan rancanglah apa saja dengan pembacuh kopi, apa juga pendedahan dan kejutan rakyat Malaysia tidak akan pedulikan kamu lagi. Rakyat akan mencemuh dan membenci kamu sampai ke bila-bila pun dan sejarah akan merakam segala apa yang berlaku. [wm.kl.7:10 pm 01/05/13]
4 comments:
Tak hairan kalau lepas ni dia akan bersumpah diMajsid pulak..
Benar tuan mso.Rakyat hanya menunggu 5 mei untuk menjatuhkan hukuman kerana semua perbicaraan telah selesai hanya tunggu 5 mei untuk verdiction day dan percayalah hukumannya sudah diputuskan......dan kpd PAS saya tak sabar menunggu keputusan post mortem PRU13.
As-Salam,
Apabila melihat wajahnya tatkala meminta maaf daripada DS Anwar, hati ini sukar untuk mempercayai beliau. Saya memandangnya sebagai pemburu ganjaran.
Hampir benar pula "perasaan" itu.
Salam Tuan MSO, benarlah detik hati saya sewaktu terbaca berita permohonan maaf bapa pembancuh kopi itu dan kemasukannya kedalam parti PKR yang orang ini ada udang disebalik maggie,terasa ketidak tulusan hati beliau dan dari riak mukanya tergambar 'tipu muslihat dan niat buruk' terhadap DSAI, waktu tu hati saya berkata2 dia ini mungkin 'diTaja' oleh org2 yang 'berwang' didalam parti karat untuk menjadi 'gunting dalam lipatan @ musuh dalam selimut'. Alhamdulillah, kuasa Allah SWT mengatasi kuasa manusia yg lupa akan kelemahan mereka sebagai manusia biarpun berperangai seumpama haiwan.
Seorang lagi yang saya rasa harus diberikan perhatian, bekas 'lelaki pertama' didalam pdrm. Pemimpin2 Paktan Rakyat harus lebih berwaspada kepada 'penjunjung tilam' ini, jangan ingat rakyat mudah lupa dgn apa yg telah dilakukan kepada RAKYAT serta DSAI sewaktu berkuasa, biarpun kini cuba berbaik2 dgn PR... dosa tetap dosa dan kami rakyat perlukan pengadilan demi maruah agama, bangsa dan negara.
wassalam.
Post a Comment