Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah mendapati Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri bersalah membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu dua tahun lepas.
Kedua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Hakim Mohd Zakir Md Yassin yang menghakimi perbicaraan itu mendapati kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan kes dakwaan tersebut sebaliknya saling menyalahi antara satu sama lain.
Kedua mereka dituduh membunuh Altantuya dua tahun lepas. Seorang lagi yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya, Abdul Razak Baginda penganalisa politik antarabangsa yang juga kawan Mohd Najib Razak dilepas dan dibebaskan. Pihak pendakwa juga tidak membuat rayuan atas pembebasan Razak itu.
Hukuman mati ke atas pembunuh Altantuya itu dijatuhi selepas tujuh hari Najib Razak menjadi perdana menteri baru Malaysia. [wm.kl. 11:30 am 09/04/09]
3 comments:
salam,
sepatutnya Tuan MSO tidak perlu meletakkan tajuk yang berbunyi "Pembunuh Altantuya DiJatuhi Hukuman Mati", Mahkamah yang mensabitkan kesalahan atas pertuduhan yang dikenakan kepada 2 orang ini.
Sepatutnya berbunyi "Sirul dan Azilah dijatuhi Hukuman Mati"
Adakah setelah disabitkan kesalahan mereka sebenarnya bersalah?, Apakah Motif pembunuhan mereka di bawah 302 Kanun Keseksaan? apa motifnya MSO selepas 7 hari anak Tun Razak menjadi PM. Baginda Razak lepas bebas tanpa apa-apa halangan , cuci tangan.
Wallahuaklam
Hukuman mahkamah dunia macam tu lah. Cari jer peguam yang terbaik putar belitnya. Everything settle. Tak perlu kita bersedih sama ada keadilan itu telah ditegakkan atau tidak. Teruskan perjuangan kita dan berdoalah. Nescaya Allah pasti mengabulkan doa kita.
Maaf sembah derhaka hamba menyampuk.
Rasa nya tajuk yg.di beri ole penulis itu lebih bertepatan.
Kerana berdasarkan keterangan,pelaku nya ada lah mereka yang di namakan dan hukuman itu.,atas sebab yg.di nyatakan.
Sedangkan jika diikut tajuk yg.di cadangkan ia terlalu umum.,.
Dgn Maksud ia mungkin di hukum atas kesalahan lain.
Jgn Maree!!!
Post a Comment