Thursday, April 23, 2009

Celoteh Murai 40

Murai Bersetuju Dengan Salentia

SALENTIA terus bercakap dan bercakap walaupun apa yang dicakapkan beliau sendiri tidak faham apa lagi orang lain. Kadang-kadang dia cakap di luar topik dan ilmunya. Kadang-kadang juga dia bercakap mengenai dia sendiri. Memang ada sejenis Salentia akan memakan ekornya sendiri apabila dia sudah kelaparan! Nama klsik salentia jenis ini ialah 'brahakunikoni'.

Tidak lama dulu Salentia bercakap fasal muqabalah. Dia mencadangkan dalam Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen bersumpah muqabalah untuk mengelakkan berlakunya lompat parti. Jelas dia tidak faham dan tahu mengenai falsafah dan tujuan muqabalah. Maka cadangan yang dibuat secara sambrono itu dikritik oleh dua tiga orang Mufti.

Terbaru yang Murai dengar Saleintia mencadangkan supaya digubal satu undang-undang untuk mengenakan hukuman sebat ke atas mana-mana orang yang menghina institusi raja. Wah... hebat macam hukum hudud pula bunyinya... kok pakai sebat segala dong!


Cadangan itu menunjukkan betapa hormat dan tingginya keangungan Salentia kepada raja. Apakah dia lupa satu masa dulu dia pernah mengkritik raja? Kekalahannya dalam satu pilihan raya di kerusi Parlimen Pasir Mas menyebabkan beliau menuduh ianya disebabkan peranan Raja Perempuan Kelantan. Dengan 'menjeler lidahnya' beliau pernah meminta supaya raja masuk bertanding dalam pilihan raya.

Sekiranya kes itu diback dated dan undang-undang sebat terlaksana maka Salentia juga tentu kena dijatuhi hukuman menderhaka dan kena sebat.

Mungkin dia lupa, tetapi sejarah tidak boleh disapu begitu saja. Hatta kertas sejarah kalau disapu tahi pun orang akan cuci, basuh dan akan membacanya untuk menggali kebenarannya. Jangan cuba sesekali bermain dengan sejarah kelak merana diri!

Murai setuju sangat kalau undang-undang digubal bagi menjamin keutuhan institusi raja. Buatlah. Nak sebat pun sebatlah. Mudah-mudahan apabila amalan sebat sudah dimulakan, maka ia tidak akan menjadi asing lagi selepas ini. Mungkin ia akan membuka mata orang ramai untuk memahami hukum sebat. Kalau kerana perbuatan derhaka kepada raja, menghina institusi raja yang berbentuk subjektif itu dicadangkan sebat, maka apalah tidak kenanya kalau para penczina juga dikenakan sebat!

Bagaimana pun di sini kalau kerajaan bersedia mendengar dan merasakan cadangan Salentia itu relevan, Murai hendak cadangkan supaya kerajaan menggubal sama undang-undang sebat ke atas wakil rakyat yang melompat parti ataupun yang sanggup menggadai prinsip untuk menjaga perut dan poket baju dan poket seluar.

Maksud Murai gubal undang-undang lompat parti dan kenakan mereka yang lompat dengan hukuman sebat pakai rotan sebesar betis. Dalam undang-undang ini bolehlah difikirkan untuk menyebat orang yang lompat parti dibuat di hadapan para pengundi di kawasan yang diwakilinya itu. Biar semua rakyat melihat untuk dijadikan iktibar.

Murai rasa memandang kejadian lompat parti ada kalanya lebih hina dari berzina, lebih memberi kesan buruk kepada negara dari menderhaka kepada raja elok kalau hukum sebat pelompat parti ini didahulukan dulu baru diikuti dengan hukuman ke atas penderhaka yang dicadangkan Salentia itu.

Seperkara lagi, hukuman sebat ini pula bolehlah dibuat berdasarkan berapa kali seseorang wakil rakyat itu melompat parti. Misalnya kesalahan lompatan pertama dihalalkan. Kesalahan lompatan kedua dikenakan sebatan sebanyak 40 kali, kesalahan ketiga 80 kali, keempat 120 kali. Semua sebatnya perlu menggunakan rotan sebesar betis.

Murai: Hanya sebat dengan batang pena saja.

2 comments:

almatayer said...

Saya tak terfikir MSO patut membuang masa menulis artikel tentang makhluk hina ini,makhluk ini sememang tidak ada tempat di Msia.Sepises yang sama dengan makhluk ni hanyalah mamak Madey.Biarlah hanya wartawan yang langsung tidak ada moral yang menulis
jangan kotorkan tangan anda dengan sepisis ni..jauhi mereka sepertimana lembu yang terkena penyakit kuku dan mulut...kena tembak saja.

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan,
betul lah apa yang tuan sebut...kalau dilaksanakan undang undang sebat saya rasa si salentia la yang paling berbirat kerana si salentia juga la terkenal dengan gelaran raja katak....lompat si katak lompat....