Pembaharuan Yang Memecahkan Parti
[kemas kini] Senarai Kabinet di bawah. BARISAN Kabinet Najib Razak yang ditunggu-tunggu sejak tujuh hari lalu akhirnya dizahirkan hari ini. Tepat jam 3:00 petang tadi Najib mengumumkan barisan Kabinetnya di sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya.
Dengan didampingi timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang sudah mulai pandai tersenyum, Najib menghuraikan mengenai fungsi, semangat, pendekatan dan falsafah pembaharuan yang dibuatnya dalam Kabinet itu secara ringkas.
Bagi Najib Kabinet yang mengandungi 28 menteri dan 40 timbalan menteri itu Kabinet perubahan yang dibentuk selepas beliau berbincang dengan berbagai pihak. Kabinet itu juga adalah saf kepimpinan yang diidamkan dan dibentuk atas responsif rakyat dan peka dengan tuntutan semasa.
Motto atau tagline Kabinet Najib ialah; satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan!
Berdiri juga bulu roma ketika mendengar Najib memberi huraian mengenai harapannya kepada barisan Kabinetnya itu. Nampak kesungguhan dan ketulusan Najib yang mengharapkan menteri berkerja untuk rakyat dan mendahului rakyat dari segala-gala kepentingan lain.
Apabila Najib menekankan supaya menterinya berkerja untuk rakyat dan prestasi mereka akan dinilai sendiri olehnya setiap enam bulan sekali memberi gambaran Najib bukan main-main untuk melakukan pembaharuan dan membawa perubahan bagi membela rakyat.
Seharusnya apapun tanggapan terhadap Kabinet Najib beliau hendaklah diberi peluang. Sama-samalah kita menerima Kabinet Najib dan menilai sejauh mana keupayaannya secara adil. Sebagai Kabinet sulung tentu ianya akan dikemaskan dari semasa ke semasa selepas ini.
Di sini saya tidak berhajat untuk menilai satu persatu kepakaran, bakat, kebolehan dan saksiah menteri-menteri Najib termasuknya beberapa orang muka baru yang belum dikenali dari mana datangnya itu. Setengah daripadanya kita sudah pun tahu sejauh mana kebolehan dan komitmen mereka kepada tugas masing-masing serta mengenali hitam putih latar belakangnya.
Masih ada yang tidak berkemampuan melaksanakan tugas tetapi dikekalkan dalam Kabinet manakala mereka yang rajin dan mempunyai idea dibuang. Sekali lagi hak ini adalah hak Najib, walaupun pengekalan itu mungkin atas sifat kronisme.
Pun begitu kalau tindakan membuang dan membawa masuk muka baru itu dibuat bukan atas kebolehan, bakat, komitmen dan semata-mata kepada kesetiaan dan kerana kroni, ia tidak akan membawa perubahan seperti mana yang diharapkan itu. Najib hanya perlu tunggu masa sajalah kekecohan dan keretakan akan berlaku dalam kepimpinannya.
Secara umumnya tidak ada apa-apa kejutan yang dilakukan Najib dalam penyusunan itu seperti mana diduga. Walaupun menurutnya penyusunan itu dibuat bukan bersendirian tetapi setelah menerima pandangan daripada berbagai pihak, tetapi ia menimbulkan keyakinan sejauh manakah akan keidealannya. Yang barang tentunya pandangan bekas PM, Abdullah Badawi mungkin tidak diambil kira.
Siapakah antara orang yang dirujuk oleh Najib? Semalam saya sudah meramalkan kalau Mukhriz Mahathir dibawa masuk ke dalam Kabinet dan Khairy Jamaluddin dicicirkan, sahih antara orang yang dirujuk itu ialah Mahathir Mohamad. Sudah pasti kalau Mahathir dirujuk Mahathir tidak akan halal untuk Khairy menyertai Kabinet kononnya Khairy seorang perasuah!
Nampaknya cita-cita dan impian Mahathir tercapai. Kesanggupannya turun berkempen di Bukit Gantang berbaloi apabila hari ini anaknya Mukhriz dilantik menjadi timbalan menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di mana kementerian yang merupakan sekolah untuk seseorang menjadi perdana menteri di masa akan datang. Perlantikan Mukhriz yang kalah itu sebagai imbuhan untuk Mahathir.
Kita pun faham kenapa Mukhriz diletak di bawa Mustapa Mohamed ialah untuk membolehkan Mustapa mengajar ataupun diajar oleh Mukhriz yang akan menerima nasihat dari bapaknya, Mahathir. Umum juga tahu siapakah Mahathir bagi Mustapa Mohamed.
Tindakan Najib untuk akur atas kehendak (Mahathir) itu, membawa masuk orang yang kalah dan meninggalkan orang menang satu keberanian. Tindakan ini jarang dilakukan perdana menteri sebelum ini. Tradisi ketua pemuda tidak dilantik menyertai Kabinet yang diamalkan Mahathir Mohamad tampaknya menjadi turutan Najib. Mahathir tidak melantik Zahid Hamidi ke dalam Kabinet walaupun Zahid menang ketua pemuda. Apakah ini juga pembaharuan dan perubahan glokal?
Sebenarnya tidak mengapa kalau ketua sayap parti tidak memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan untuk menguat dan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua dibawa masuk dalam Kabinet cara itu akan dianggap sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.
Sekiranya Najib tidak berhajat untuk mengambil Khairy disebabkan tuduhan rasuah, (oleh Mahathir) maka beliau juga patut tidak mengambil ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, ketua Puteri, Rosnah Rashid Sirlin dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pengguguran Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafique, Mohd Zain Mohamed, Azalina Othman Said, Muhamad Mohd Taib, Amirsyam Aziz, Ong Ka Chuan serta timbalan menteri Idris Harun, Noraini Ahmad mungkin tidak akan menimbul apa-apa kesan sebab mereka tidak menjadi ketua kepada mana-mana sayap parti.
Mereka boleh pergi begitu saja apabila dirasakan sudah tidak diperlukan lagi.
Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.
Kesimpulanya penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam partinya sendiri.
Apabila Najib menggugurkan orang tertentu serta merombak tradisi parti secara mendadak ia menjelaskan kepada dunia Najib tidak dapat membuang sentimen dan rasa benci kepada satu pihak lain. Sikap ini sesungguhnya tidak menguntungkan Najib kerana ia lama kelamaan boleh menimbulkan perpecahan dan timbulnya fraksi dalam partinya. [d'kota kl 4:30 pm 09/04/09]
Berikut senarai penuh Kabinet Najib 2009:
PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

7 comments:
Bercakap tentang prestasi!
Apakah prestasi Najib yang dapat kita himbau kembali selama dia dalam kerajaan semenjak berumur 25 tahun?
Apakah idea-idea Najib yang bernas yang pernah kita dengar dan lihat selama itu?
Apakah prestasi Najib yang akan kekal terpahat dalam kenangan rakyat?
Hmm... Najib akan sentiasa dikaitkan dengan skandal perempuan-perempuan, dan projek-projek pembelian kerajaan yang dikaitkan dengan pelbagai rasuah.
Tuan MSO
Cukup saya katakan inilah Kabinet Tragedi 1998 apabila Dr M ada saham dalam pembentukannya.
Apabila KJ tidak dilantik,kita tunggu siapa pula KM Melaka selepas ini kerana alasan yang digunapakai untuk tidak melantik KJ tentulah akan digunakan juga terhadap KM Melaka.
saya tiadk rasa kj akan berkecil hati kerana tidak dilantik menjadi menteri atau timbalan.Saya rasa najib bijak memberi peluang kepada kj untuk membetulkan diri dan terus berjuang untuk parti.jika kj terus berjuang bersama parti wlpun tanapa jawatan ini akan sekali gus memperkuatkan umno dan akan menunjukan perjuangan kj bukan untuk pangkat tapi untuk parti.saya lihat najib bijak mengatur strategi dalam politik ini.seperti beliau mematikan lagu nyanyian dsai dan azmin ali yang bertajuk lompat si katak lompat.saya percaya langkah najib tidak melantik kj akan memberi peluang kj membuktikan perjuangan dirinya samada untuk parti atau diri sendiri.jika kj memilih parti umno semakin kuat dan kj akan dapat terima sebagai ketua pemuda yang berani berjuang tanpa mengejar pangkat.secara tak langsung najib sebenarnya ingin memberi tunjuk jalan kepada kj menjadi perjuangan sebenar.ini sekadar pandanagan saya.
Dalam apa2 situasi pun Madey telah awal2 menempah tempat di Perdagangan Antarabangsa dan Industri...
Di sinilah lubuk2nya dan kroni2 yg dulu masih memerlukan, Mustapa bakal jadi puppet di situ...dan isu AP serta automotif bakal menyaksikan monopoli lagi...
Dan bagi KJ...perjuangan ada di mana2, malah DSAI pun memulakan buku yang baru selepas di buang...
berani berpolitik...itulah antara risiko nya...
penguguran KJ sudah dijangka oleh pelbagai pihak. betul kata blogger acai, sekarang la masa untuk KJ menebus kembali segala tohmahan serta kritikan yang diterimanya dahulu. buktikan tanpa pangkat atau portfolio pun, perjuangan tetap diteruskan. pembabitan anggota menteri dari sabah dan sarawak harus digunapakai sepenuhnya supaya sabah dan sarawak tidak ketinggalan dalam hal ehwal pentadbiran Malaysia.
strategi yang digunakan Najib dianggap menarik dan 'daring'. mungkin Najib juga sedar ini akan menimbulkan keretakan dalam UMNO sendiri kesan daripada senarai kabinet yang diumumkan. tetapi jelas menampakkan Najib mempunyai kesungguhan dan komitted. tapi Najib juga perlu berhati hati dengan musuh dalam selimut. silap langkah, binasa diri sendiri.
ini la masanya untuk kita menilai sejauh mana keberkesanan kerajaan di pimpinan Najib berbanding dengan bekas PM seblum ini. moga moga Najib belajar dari kesilapan yang telah dilakukan oleh kesemua bekas PM.
'Mohon Restu Mahathir' itu gambaran yang dapat dikatakan untuk barisan kabinet baru. Hari ini sejarah terbukti lagi sama macam Khalifah Muawiyah serahkan pemerintahan kepada Yazid dan seterusnya di kalangan keluarga mereka hingga ke keluarga Saud hari ini. Malaysia pun kemungkinan akan berlaku perkara yang sama dimana tampuk pemerintahan akan berlegar-legar antara keluarga Tun Razak, Hussein Onn & Mahathir je..
Tindakan tidak menyenaraikan KJ adalah tindakan berserampang Najib yang memang sah budak suruhan Mahathir. Saya bersetuju bahawa perlantikkan Mukhriz adalah satu strategi bermatlamat untuk memberi pendedahan pengalaman kepada beliau sebagai sambungan legasi Mahathir. Itu perancangan manusia..
ini bukan kabinet najib.ini adalah kabinet mahathir.peristiwa lalu akan kembali berulang.hati2 semua.
Post a Comment