MULANYA saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai mesyuarat agung Perkasa yang diadakan semalam. Saya sudah bagi tahu kepada dua orang kawan yang menghantar saya ke rumah menjelang Isyak tadi, saya tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenai mesyuarat Perkasa itu.
Saya mengatakan begitu bukan bermakna saya menghormati kepada presidenya, Ibrahim Ali tetapi menghormati permintaan kawan berkenaan. Dia adalah kawan Ibrahim yang hadir pada mesyuarat agung semalam dan juga kawan yang sering berhubung dan bertanya khabar saya.
Tetapi setelah membaca laporan mengenai Perkasa membuat 13 laporan polis terhadap pendedahan ahli parlimen yang mengakui Anwar Ibrahim menggunakan nama Yang Dipertuan Agong untuk kepentingan politiknya menyebabkan saya gatal tangan untuk membuat sedikit catatan. Saya tidak boleh lelap kalau tidak sudahkan catatan ini. Catatan ini bolehlah dikira sebagai cendermata saya kepada Perkasa!
Apa yang nak saya tanya Perkasa, kenapa mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan ahli parlimen berkenaan? Secara mudahnya laporan itu untuk menyerang Anwar Ibrahim dan memberi gambaran buruk ke atas ketua pembangkang itu. Kenapa Perkasa sibuk-sibuk fasal Anwar? Apakah keuntungan kepada Perkasa. Apakah darjat dan martabat Perkasa akan naik menjulang apabila berbuat demikian?
Anwar belum pasti lagi telah menggunakan nama Yang Dipertuan Agong ia hanya diperingkat dakwaan ahli parlimen berkenaan sahaja. Sepatutnya Perkasa menanti dulu siasatan polis. Apabila polis telah mengesahkan bahawa Anwar ada mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong barulah Perkasa boleh bingkas dan menyerang Anwar. Kalau serang habis-habisan pun tidak mengapa kerana ia sudah ada bukti.
Apabila belum apa-apa lagi Perkasa sudah membuat laporan polis nampak sangat Perkasa dengki dan berniat jahat kepada Anwar. Dalam hal ini apa yang orang tengok ialah kebusukan hati presidennya Ibrahim Ali kepada Anwar. Itu sahaja.
Ibrahim tidak habis-habis dengki dan busuk hati kepada Anwar. Apakah tidak cukup peristiwa beliau menempuk meja mengherdik Anwar semata-mata membela Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno tahun 1989 dulu yang bertujuan untuk memecat Anwar dari Umno. Orang masih ingat bagaimana Ibrahim melepas berangnya menempuk meja pada malam itu. Tape dan VCDnya masih disimpan dalam rumah sesetengah reformis.
Apakah dosa Anwar kepada Ibrahim secara peribadi sehingga beliau begitu sekali perlukan kepada Anwar. Sesiapa yang mengetahui atau kepada Ibrahim sendiri silalah bagi tahu apakah kesalahan besar Anwar kepada Ibrahim. Apakah Anwar ada mencuri apa-apa kepunyaan dia? Kalau pun dia nak mengagungkan Dr Mahathir tetapi kenapa harus dia menjadikan Anwar sebagai modalnya? Mendokong seorang yang lain dan mengkhaianti seorang yang lain tidak baik.
Saya masih ingat bagaimana keadaan Ibrahim Ali semasa beliau dipecat dan dilempar oleh Umno. Ibrahim terkial-kial mencari sokongan dan dahan untuk bergantung. Sayalah yang membawa Ibrahim ke rumah Anwar untuk menghubungkan semula tali silaturahim antara mereka berdua. Saya masih ingat bagaimana Wan Azizah Ismail kurang berkenaan Ibrahim dibawah masuk ke rumahnya. Azizah menunjukkan muka masam bila Ibrahim ada dalam rumahnya.
Sayalah yang bagi tahu kepada Azizah supaya bersabar dan kena menerima Ibrahim sebagai tetamu. Masih saya ingat apa yang saya ucapakan kepada Azizah malam itu. "Kak Wan sabar, Kak Wan kena terima Ibrahim sebagai tetamu. Dalam keadaan hari ini Kak Wan kena menerima sesiapa saja, Pak Sheikh memerlukan sokongan semua pihak kawan dan lawan," kata saya.
Mendengar kata-kata itu Azizah yang kurang senang dengan telatah Ibrahim jadi sejuk. Cuma untuk melepaskan geramnya Azizah ada menegur Ibrahim yang kebetulan merokok ketika itu dengan berkata; Datuk maaf di dalam rumah ini tidak dibenarkan merokok," tegas nadanya. Ibrahim serba salah salah tergesa-gesa keluar dan mematikan rokoknya yang dihisapnya.
Sepanjang hidup saya berkawan dengan Ibrahim malam itulah beliau patuh kepada larangan agar beliau tidak merokok. Sebelum ini beliau tidak akan endahkan pada larangan seperti itu, hatta di depan Mahathir pun beliau merokok.
Hasil dari pertemuan itu Ibrahim berkawan dan berhubung semula dengan Anwar Ibrahim. Mereka mengembalikan semula persahabatan. Ibrahim sanggup ke Jerman untuk melawat Anwar menjalani rawatan tulang belakang. Sebagai orang tengah saya jadi sungguh seronok. Betapa gembiranya saya kerana dua sahabat lama boleh duduk bersama semula. Saya mengira kalau mereka berpadu mungkin banyak masalah dapat diselesaikan kerana keduanya ada kebolehan tersendiri.
Lebih bererti lagi Ibrahim juga turut mengadakan konvensyen pengampunan untuk Anwar. Beliau menghimpun seramai 1,200 orang menghadiri konvensyen berkenaan di hotel Grand Season Kuala Lumpur. Satu dokumen mohon pengampunan daripada Yang Dipertuan Agong untuk Anwar dibuat yang ditandatangani seramai 14 orang, antara yang menananda tangani ialah saya sendiri. Ibrahim yang menjadi tuan rumah bagaimana tidak menurun tandan tangani. Tetapi perbelanjaan dan inisiatif mengadakan konvensyen berkenaan ditanggung dan dilakukan oleh beliau sepenuhnya.
Kesungguhan Ibrahim untuk membebaskan Anwar dari kandang dosa yang dicipta Dr Mahathir itu bukan setakat itu saja. Ibrahim juga turut membantu Anwar dari segi kewangan. Mungkin ini rahsia dan tidak menyenangkan Anwar, tetapi saya perlu menceritakannya. Ibrahim Ali pernah memberi pinjam kepada Anwar sebanyak RM1 juta kerana Anwar dalam kesempitan wang.
Bantuan Ibrahim ini untuk Anwar menyelesaikan hutang pitungannya semasa dalam penjara, ramai yang tidak tahu peristiwa ini. Dan pinjaman Ibrahim ini mejelaskan bahawa Anwar memang tidak ada wang seperti mana dituduh orang. Walaupun banyak mereka (kawan-kawannya) yang mendapat manfaat kaya sewaktu Anwar menjadi TPM tetapi tidak ramai yang ingin membantunya tatkala Anwar ditimpa musibah.
Jadi apabila mengenangkan tindakan Perkasa hari ini yang membuat report polis dengan tujuan untuk menyusahkan Anwar, menyebabkan saya jadi semakin konfius di manakah diri Ibrahim sebenarnya. Antara kebaikan dan kejahatan Ibrahim menjadikan saya sebak sendiri. Satu masa dia simpati kepada Anwar dan dalam masa lain beliau kembali menyerang Anwar. Beliau menjadikan Anwar sang Arnab untuk beliau kejar dan menangkapnya kemudian di bawa kepada Mahathir dan Najib untuk diratah. Apakah fius Ibrahim menjadi rosak apabila setiap kali dia berdepan dengan Mahathir?
Gara-gara laporan polis oleh Perkasa hari ini berhubung dakwaan Anwar menggunakan nama Yang Dipertuan Agong menyebabkan saya merasakan Perkasa yang mulanya mahu dijadikan NGO memperjuangkan hak-hak Melayu dan menjaga institusi raja telah bertukar menjadi perkakas kepada Umno.
Apakah Ibrahim lakukan ini tanpa dalam sedarnya? Bahawa akal politiknya sudah benar-benar rosak? Dan apakah beliau benar-benar sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Anwar yang pernah diakuinya sahabatnya itu? Bahawa beliau melupai segala kenangan pahit dan manis bersamanya. Bahawa demi mendapat sedikit kuasa nilai setia kawan dikorbankan. Begitukah?
Hanya masa dan keadaan akan menentukan saja. Sekiranya Ibrahim lakukan itu semua kerana semata-mata mengharapkan Najib menerima beliau semula sebagai ahli Umno betapa naifnya manusia bernama Ibrahim Ali terpaksa menjadikan daging rakan sendiri untuk dijadikan habuah sang serigalas buas! [wm.kl. 12:30 t/malam 28/03/10]
14 comments:
Syabas Sdr. MSO kerana membongkar kisah hidup manusia yang bernama Brahim ni.. Saya pun tak faham dengan sikap brahim dan saya pun terfikir apa kesalahan yang anwar lakukan kepada beliau? Sepanjang ingatan saya tiada satu pun ucapan anwar yang membelasah Brahim ali.
Walau apa pun brahim kata kat anwar namun anwar masih tidak membuat apa-apa respon. Mungkin mengenang jasa ibrahim yang pernah menolongnya agaknya. Sudah lama saya terfikir semenjak anwar dipecat dari UMNO tidak ada satu pun pendakwaan yang dibuat keatas anwar berkenaan dengan wang ringgit. Anwar hanya disabit dengan kes liwat sahaja.. Ini semua konspirasi untuk menjatuhkan anwar sahaja.
Saya penuh yakin Sdr Anwar berada dipihak yang benar. Insyaaallah..
salam MSO,
Sungguhpun jawatan saya sebagai Naib Presiden dalam Perkasa, secara peribadi saya kurang setuju strategi melapor polis dan menyerang Anwar Ibrahim.
saya ingin Perkasa dilihat sebagai NGO Melayu yang menjangkaui sempadan parti politik dengan matlamat menyatukan Melayu!
Kita sedar Ibrahim Ali antara yang ditangkap sewaktu gerakan mahasiswa tahun 74 itu.Sewaktu dia menjadi presiden pelajar ITM.Jiwa berjuang itu sememangnya wujud dalam diri Ibrahim Ali.Cuma saya rasa ibrahim Ali tak konkrit hatinya.Sewaktu ditangkap itu pun dia antara yang awal mengaku salah.Tapi berjanji pada Anwar,Syed Husin dan lain2 untuk berjumpa dengan teman-teman di Kota Bharu.Saya harap beliau sedar lah.bukan setiap masa kita boleh lompat2 ni.Kelak kita akan jadi mudah sahaja lari dari masalah.
Saya sudah membaca apa yang saudara MSO coretkan. Satu kisah yang tidak pernah kami tahu akan situasi sebenar yang pernah dialami oleh insan yang bernama Anwar Ibrahim. Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kalau ikut logik akal tentu beliau akan mewah dengan kekayaan wang ringgit tetapi apa yang sdr MSO coretkan telah membuka mata semua pihak. Bahawa manusia yang bernama Anwar ini tidak memiliki kekayaan seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO.
Politik yang menghalalkan cara telah merosakan ketamadunan Insan yang bernama Manusia. Manusia sanggup membuat apa sahaja demi kuasa. Begitu juga dengan manusia yang bernama Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai seorang yang tiada pendirian dalam hidup. Beliau akan melakukan apa saja asalkan hasratnya tercapai hatta beliau sanggup menggadaikan maruah hidupnya demi mencapai apa yang dihajati. Sejarah hidupnya dalam politik penuh dengan warna warni.... See More
Parti mana yang beliau tak masuk. Dari UMNO ke BERJASA, seberang ke UMNO semula, lari masuk Semangat 46 (S'46), lompat balik ke UMNO, ditendang dari UMNO, bertenggek dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Bertanding PRU-12 dengan lambang PAS, lepas tu buang PAS dan hentam Pakatan Rakyat. Kekal dengan BEBAS. Mula membodek UMNO semula tapi sayangnya tak dilayan oleh Najib....
Saya pun tak faham apa yg dicari oleh Ibrahim Ali dalam politik. Kalau dilihat dan direnung, memang Ibrahim Ali tak ada pegangan dan berprinsip dalam menentukan arah tujunya.Sesekali jadi pencacai dan kadang2 jadi pembela.
Untuk membela melayu sebagaimana Perkasa yg ditubuhnya, jauh sama sekali kerana beliau sendiri tidak ada pegangan dalam membuat sesuatu keputusan. Bagi saya, Ibrahim Ali boleh dikira seperti daun lalang yg sering berubah2 ditiup angin, pentingkan diri dan hidup penuh donggeng dalam dunia politiknya yang sentiasa kabur. Dari mata kasar saya, Ibrahim Ali adalah orang yg paling rendah moralnya dan terlalu jijik utk disanjung.
Assalam Tuan MSO,
Saya sebagai orang melayu amat malu dengan sebuah ngo yang di namakan perkasa atau PERKOSA yang konon nya untuk membela orang melayu dan raja raja melayu.Saya harap satu hari nanti ngo ini akan di bubarkan kerana yang sebenarnya perjuangan mereka adalah untuk umNO bukannya orang melayu dan raja raja melayu.Ingat satu masa dulu presiden perkasa ini lah yang menderhaka dengan sultan kelantan dan sekarang memburukkan Anuar Ibrahim pula sedangkan kedua dua hamba allah ini adalah orang melayu yang kunun nya perkasa perjuangkan.Insaf lah wahai ahli perkasa bahawa sesungguhnya presiden anda itu adalah orang melayu yang hatinya telah busuk seperti bangkai.Raja melayu sendiri tak sudi untuk merasmikan agm ngo ini dan terpaksa panggil kaum bukan melayu (mamak) untuk merasmikan nya.Kembali lah ke pangkal jalan wahai orang melayu.Wassalam
"Kesungguhan Ibrahim untuk membebaskan Anwar dari kandang dosa yang dicipta Dr Mahathir itu bukan setakat itu saja. Ibrahim juga turut membantu Anwar dari
segi kewangan. Mungkin ini rahsia dan tidak menyenangkan Anwar, tetapi saya perlu menceritakannya. Ibrahim Ali pernah memberi pinjam kepada Anwar sebanyak
RM1 juta kerana Anwar dalam kesempitan wang.
Bantuan Ibrahim ini untuk Anwar menyelesaikan hutang pitungannya semasa dalam penjara, ramai yang tidak tahu peristiwa ini. Dan pinjaman Ibrahim ini mejelaskan
bahawa Anwar memang tidak ada wang seperti mana dituduh orang. Walaupun banyak mereka (kawan-kawannya) yang mendapat manfaat kaya sewaktu Anwar menjadi
TPM tetapi tidak ramai yang ingin membantunya tatkala Anwar ditimpa musibah."
Assalamu alaikum tuan. Berdasarkan catatan tuan di atas, kini jelaslah kepada kita siapa Anwar Ibrahim dari sudit kewangannya. Faham juga saya kenapa beliau begitu berani menentang rasuah kerana beliau memang bersih dalam hal itu. Dengan kedudukannya sebagai timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan, kalau dia nak rasuah sudah tentu ruangnya amat terbuka dan setakat satu juta yang dipinjamkan oleh Ibrahim Ali itu adalah satu jumlah yang amat kecil bagi Anwar. Jadi, sekali lagi (memang saya geram sangat dengan Zulkifli Nordin) kalau Anwar lah yang dimaksudkan oleh Zulkifli Nordin dalam dakwaannya memberi tawaran "yang menggoncangkan iman" memang khianat sunghuhlah manusia yang bernama Zulkifli Nordin ini.
Apa yang dilakukan oleh Ibrahim terhadap Anwar hari ini memang menyakit hati kita. kita juga boleh keliru tentang apa yang sebenarnya ada dalam hati dan hasrat Ibrahim Ali. Cuma, Kalau Ibrahim Ali boleh memberi sumbangan sebanyak itu kepada Anwar Ibrahim, harapan saya agar suatu hari nanti dia akan terbuka hati untuk mengubah dirinya. Siapa tahu kebaikan yang pernah dilakukan oleh Ibrahim ini merupakan satu amal baik yang akan menjadi penawar untuk dia menjadi insan yang berbudi dan berhati.
Apa pun untuk hari ini dengan apa yang dilakukan oleh Ibrahim ini maka kita kena lawan bersungguh-sungguh tanpa perlu ada kasihan terhadapnya. beliau memang lalang kering dan mati yang terbang mengikut angin dan bila angin berhenti bertiup lalang itu akan jatuh di mana-mana. Lalang hidup hanya condong ikut toupan angin namun akar masih di situ. Jadi, buat Ibrahim kalau pun nak jadi lalang, jadi lalang hidup kerana anda masih bernyawa dan jangan jadi lalang mati dan kering kerana anda belaum mati lagi.
Salam buat MSO
Bila membaca rentetan tulisan kekanda MSO saya dapat rasakan satu jalinan persaudaraan yang tidak diikat atas landasan iman dan berpaksi kepada Allah. Begitu mudah hancur bukan diranapkan dengan taufan bertiup kencang..atau gerak gempita alam bergegar...atau badai gelora oambak yang besar.
Cukup dengan kelembutan hati yang suka sangat 'bersangka buruk'..dan selunak bisikan syaitan dan sesuam2 nafsu insan yang selalu mementingkan diri...
Saya masih mengharapkan dan mendoakan saudara Ibrahim Ali cepat sedar. Walaupun saya masih terasa pedih bila dia menghentam ayahanda TGNA dan DSAI seolah2 dia begitu 'maksum' dan cerdik dalam semua hal...
Wahai saudara Ibrahim Ali..masa terlalu singkat..dikau semakin hampir kepada pintu kubor. Jangan lea dok sibukkan masa dan keringat yang tinggal sisa...masih dok sibuk mengetuk pintu Umno..
Saya yakin Najib atau Tun Mahadir tidak akan meletakkan saudara di tempat yang mulia di mata manusia.Sebaliknya saudara akan menjadi hamba tebusan mereka sampai mati.
Jika hari ini macam2 gelaran yang saudara Ibrahim terima..semuanya dari sebutan nama2 haiwan...apakah saudara Ibarahim yang berjasad insan ingin mati sebagai jiwa haiwaniah???
Saudara Ibrahim atas nama Allah saya ingatkan diri saya dan tuan berTAKWA lah kepada Allah. Jika saudara ambil masa seketika..cuba tanya Allah apakah apa yang aku buat ini..Engkau redhaikah Ya Allah.
Saya menjadi musykil bagaimana seorang insan yang bijak seperti sdra musli oli boleh menjadi anak buah Ibrahim ali.
Banyak lagi wadah atau NGO lain yang ada. Kalau tidak ada, eloklah sdra musli oli buat satu NGO yang baru, bukan menumpang Ibrahim Ali.
Selamat menjadi kuda tunggangan berahim ali sdra musli oli.
bat8
Inilah bencana dan akibat daripada tidak beramalan dengan politik islam. tidak mengamalkan ajaran islam secara menyeluruh. tapi seolah2 kesongsangan budaya politik ini semakin menjadi lumrah dikalangan orang2 pilitik.
Hampir2 tdk percaya bahawa ibrahaim ali sanggup memberi hutang RM 1 Juta kpd anwar ibrahim. Adakah anwar ibrahim dibantu untuk dimusuhi semula? @ bak kata tuan MSO, utk dijadikan arnab? Allahul musta'an....
Salam Pak MSO,
Dari catatan tuan itu dapatlah difahami betapa rendahnya nilai persahabatan seorang ahli politik orang bernama Ibrahim Ali dan
orang2 yang seangkatan dengan nya. Adalah lebih mulia ikatan persahabatan orang bawahan , buruh kasar, penoreh getah , pesawah dan lain2 dimana mereka tidak akan sanggup menikam kawan atau menyusahkan kawan nya sendiri walau pun bertentangan fahaman politik. Mereka akan bersama2 membantu kawan2 yang dalam kesusahan terutama mereka yang ditimpa musibah.
Sedih sungguh sedih , Kepada
mereka2 ini ingat2 lah sikit bahawa hidup ini tidak lama dan politik bukan segala2 nya. Bila nyawa dihujung tenggorok nanti tidak sempat lagi nak minta maaf. Berpolitik lah dengan berhemah dan mengikut adab islam jangan terlampau dalam tindakan jika pun benci dan tak setuju dengan orang lain. Wasslaam
Buat saudara Musli Oli, carilah wadah lain untuk berjuang. Orang melayu mmg amat memerlukan pejuang, tapi cara PERKOSA menambahkan beban melayu hari ini. Percayalah, PERKOSA hanya akan merugikan melayu...
Assalamualaikum abe Haji, dalam byk hal DSAI jarang membalas balik kritikan, kutukan lawan..pernah dlm ceramah DSAI berkata bahawa beliau memaafkan Dr. M tetapi belum pasti penyokong beliau maafkan Dr M. Mungkin kata-kata hikmah ini menjadi pegangan DSAI " Orang berilmu, dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan".
Ibrahim Ali bagai lalang hidup,
Ampu sana ampu sini,
Kesana bila ditiup,
kesini jika di hembus,
Bangsa Melayu senjata perangnya,
matlamat politiknya sama seperti akar lalang yang tak kemana2 bila ditiup dihembus dipijak malah dibakar.
Putra Katak yang melompat untuk selamatkan diri,
tetap mati katak dilenyet lori.
Post a Comment