Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...
MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid, Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.
Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah, sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.
Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus dan mengancam keselamatan negara. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.
Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk memanipulasikan isu berkenaan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.
Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik murahan. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah gatal mulut untuk bercakap. Diamkan saja.
Baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan. Sejauh manakah penglibatan mereka dalam JI?
Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat ia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet lagi. Selain polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan. Selalu juga terjadi polis tidak bertindak secara profesional tetapi lebih sedia menjadi lembu mandul dicocok hidung kepada UBN.
Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita sambil melanyak bekas ketua kabilahnya? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? Begitukah? JI ini bukan calang-calang gerakan. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka. Mereka yakin dan komited dengan jihad mereka.
Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia adalah motif dan helah politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakut-nakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.
Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 sewaktu reformasi lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?
Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Jangan marahkan orang kalau ada tuduh ada motif di sebalik itu. Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.
Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda Menteri Pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI? Gunalah...
Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malanglah kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib wa nasab.... [wm.kl. 6:00 pm 22/06/10]
9 comments:
Tuan MSO
1. Jika kita perhatikan akhir-akhir ini, banyak tindakan kerajaan berunsur cuba menakut-nakutkan rakyat setelah usaha memujuk tidak menunjukkan kemajuan.
2. Ingat isu negara akan bangkrap jika subsidi-subsidi tidak dikurangkan? Seingat saya, tektik ini telah diguna semenjak zaman TDM lagi.
bat8
salam..
marah btol pok mso kite neh...keje dorang nk serang anwar tak penah jadi. yang jadi pun kes liwat 1 dulu je..tu pun mkn tuan blk..kes liwat 2 ni pun anwar pasti kena. Tapi rakyat akan bangkit dan hukum blk petualang2 bodoh yg cipta adegan liwat neh.
pasal JI, dorang dah pukul gendang..dah tahu sape terlibat, tgu ape lg kan..tak cukup c4, kapal selam kan ada. sejak beli kapal selam tu, sebutir turpedo pun lom guna lagi tu. lama2 berkarat camtu saje..keh2...
p/s: sori pok mso, tumpang page nk lepas geram retek.
ambo pun amat PANAS
berkenaan isu JI ini!
Kerajaan Najib seolah-olah
Ingin Terus BODOH TELANGKUP kan
Rakyat 1Malaysia!
Kerajaan Najib ini
Seolah-olah Tak Pernah
ambil Iktibar
Isu dakwat hitam dulu pun
masih KAMI Tak Lupa!
Assalamu alaikum tuan. jangankan JI, Kalau tanya orang cerita SAUK Tahun 2000 yang sampai kena berlakun masuk senjata dalam pajero pun sampai sekarang orang tak percaya lagi. Rasanya dah berpuluh, mungkin beratus cerita macam ni. Biarlah UMNO lari dengan kerisnya.
Tuan MSO dan saing sobat sekalian..
Isu JI diheboh2kan utk bagitau pada rakyat polis sedang buat kerja.Nak bagitau kat org ramai la..supaya nama polis ni melonjak sikit.Cuma kurang bijak main isu..alih2.pihak polis pulak yg kena balik.Mmg setuju dgn MSO..kalau benar wujud JI di IPT,tangkap dan masukkan penjara senyap2.Usah dibising2kan.Bekerja lah dgn ikhlas bukan utk menacri nama dan glamour.
Kedua..para menteri sengaja tumpang isu utk naikkan imej mereka.Bila ulas sikit2 dan 'tembak' Anwar sikit2 dptlah keuntungan lonjakan politik masing-masing.Semua menteri nak tumpang sekaki cari glamour..mmg otak kemetot sungguh.Mereka kerja sekadar nak cari nama semata-mata.
Ketiga..sudah pelbagai isu,seolah2 Malaysia mmg tidak selamat utk rakyat tinggal.Mengikut perkembangan semasa, seolah2 negara ni pusat segala pengganas berkumpul...masalahnya tak pernah selesai.Ada saja isu yg cuba menakut2kan rakyat.Apa tanggungjawab pihak berwajib utk atasi masalah ini jika asyik memainkan isu yg utk naikkan rating diri masing2..jauh sekali utk bertindak demi kebaikan dan keselamatan umum..
Kerajaan dalam kempennya mahu rakyat Malaysia berfikir dan bertindak seperti rakyat kelas pertama kerana Malaysia akan menjadi negara kelas pertama.
Namun tindak tanduk kerajaan dalam meraih sokongan dan simpati rakyat bagaikan rakyat Malaysia ini tak pandai berfikir langsung.
Assalam Tuan,
Saya ingat kalau ketua polis negara pencen cepat lagi bagus,kurang sikit pemimpin dan ketua ketua jabatan yang nyanyok tapi masih bekerja.Massalah JI ini tugas polis yang rashia!!kenapa di-dedahkan??kalau dah gila nak berpolitik pun jangan lah keamanan negara nak di-gadaikan.
Salam..
Setuju dgn komen tuan. Sebagai ahli UMNO pun saya 'geli' dgn bicara mereka ini. Kerap menghantar bola tanggung untuk lawan.. Niat yg baik pun jika cara nya salah tak akan bawa hasil yg elok.. Pemimpin UMNO ini dah terlalu tepu hingga kurang kreatif.
Lebih meloyakan bila mereka gagal berhujah spt mana MP Wee berhujah di Parlimen dalam kes judi dan arak. Bola tanggung yg dihantar oleh PAS gagal dimunafaat oleh UMNO. Muktamar PAS tempohari jelas dan terang menyatakan hanya judi sukan yg PAS bantah. judi lain dan arak tak de masaalah. malangnya, pemimpin UMNO hanya diam mengeleng kepala dgn perangai PAS tapi diam membisu. Nasib baik ramai lagi pendukung UMNO di ruang siber tidak sedangkal mereka..
Blog tuan ini memang sesuai dan bermunafaat utk pendukung BN dan PR. Teruskan usaha tuan. Terima kasih.
Saya sokong dengan apa yang ditulis encik Ibni Ismail.Tahniah tuan,
Post a Comment