Wednesday, September 29, 2010

Susupan Pagi

Muhyiddin Bagi Bola Tanggung Kepada Saifuddin?

MUNGKIN Muhyiddin Yassin tidak menyedari bahawa cabaran beliau kepada Saifuddin Nasution Ismail supaya mendedahkan petulang luar yang cuba mengkucar kacirkan mesyuarat peringkat cabang parti itu merupakan hantaran bola tanggung kepada Saifuddin. Sudah pasti bola itu akan dismash melenting oleh Setiausaha Agung PKR itu.

Barang kali juga Muhyiddin lupa mengenali kebolehan dan kehebatan Saifuddin dalam silat sulit politiknya. Kalau umpamakan pemain bulu tangkis, Saifuddin boleh bermain di semua keadaan, di net, base line ataupun rally.

Saifuddin dikenal sebagai seorang ahli politik yang bercakap bersandarkan fakta dan hujjah. Beliau tidak beretorik. Cakap-cakapnya tidak kosong dan ada nilai. Sebab itu Saifuddin tidak suka bercakap dan 'berlebel' atau berkokok berdaung seperti orang lain. Apa yang dicakapkan adalah fakta.

Atas kelebihan yang ada kepadanya itulah beliau diberi kepercayaan oleh Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Sallahuddin Hashim, bekas Setiausaha Agung PKR yang meletak jawatan kemudian menjadi promoter menghancurkan PKR. Sebenarnya track record Saifuddin juga sudah lama menyerlah sebelum ini. Beliau pernah menjadi orang penting dalam Pergerakan Pemuda Umno sewaktu Zahid Hamidi (bukan Zaid *** ****) menjadi ketuanya. Kalau tidak silap Saifuddin adalah setiausahanya kalaupun tidak ketua penerangan.

Apabila Muhyiddin mencabar agar Saifuddin mendedahkan siapa petulang yang dimaksudkan oleh Saifuddin itu ia menggembirakan Saifuddin sendiri. Saya percaya berdasrakan pengalaman mulai malam ini Saifuddin sudah menyusun bahan buktinya di samping memperkemaskan segala maklumat yang ada.

Barang kali Saifuddin akan menanti masa sesuai saja untuk menjawabnya. Beliau akan membiarkan Muhyuddin dan mana-mana pemimpin Umno memberi bola tanggung. Sudah pasti apabila Saifuddin mendedahkan bukti baik berbentuk audio video serta cetakan itu menyebabkan semua akan menganga nanti. Apakah kalau Saifuddin berjaya menyahut cabaran itu Muhyiddin akan sedia memohon maaf atau meralatkan cabarannya?

Dengan kedudukkan sebagai timbalan presiden Umno dan TPM, Muhyiddin tidak sepatutnya mencabar Saifuddin. Kerja mengkritik dan membedal PKR tidak payah dilakukannya. Serah sajalah kepada beberapa bekas ahli PKR yang kini mencari makan dalam Umno yang kerjanya memang sesuai untuk memburukkan Umno walaupun mereka tidak ada locas standi untuk bercakap mengenainya.

Berikan tugas itu kepada mereka, dan tambahkan elaun mereka bekerja mengkritik PKR. Muhyiddin tidak patut ikut sama mencampur kerja-kerja huduh begitu.

Tugas sebagai TPM masih banyak. Muhyiddin perlu bercakap macam mana hendak menyakinkan pelbor asing ke negara ini. Beliau perlu membantu Najib bukannya membiarkan Najib terkotang kanting sendirian. Jadilah seorang TPM yang membantu bukannya yang menyusahkan Najib. Muhyiddin sepatutnya bersama Najib sebab Najib ketuanya dan bukan beriringan dengan Mahathir Mohamad.

Begitu juga dakwaan bekas timbalan Setiausaha agung PKR, bernama Janapala Prumal itu juga saya yakin Saifuddin ada jawabanya. Cabaran Janapala itu juga akan mengena kepalanya sendiri. Masakan sebagai ahli sebuah parti politik beliau tidak mengetahui mengenai status dirinya. Sepatutnya sebagai timbalan setiausaha agung beliau tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Mustahil kalau Janapala tidak mengetahui pemecatannya sebagai ahli PKR pada Feb 2009. Beliau juga mungkin tahu kenapa pemecatan itu dilakukan. Surat pemecatan tidak diterima itu cuma alasan saja untuk dijadikan bahan berita kepada media. Sebagai orang yang berada di bawah dagu bekas setiausaha agung lama Janapala tentu menghidunya kalaupun tidak melihat tindakan dikenakan kepadanya.

Bukankah ada surat pemecatan yang ditulis oleh Sallahuddin Hashim yang tersimpan dalam fail setiausaha agung? Kalau orang luar seperti saya atau orang lain tahu mengenai kedudukan sebenarnya Janapala, kenapa beliau sendiri tidak tahu mengenai dirinya.

Kerana itu pada saya aksi dan ulah Janapala itu tidak lain sebagai sukarelawan untuk menimbulkan kelama kabut dalam PKR saja. Peranananya samalah dengan beberapa orang bekas anggota PKR yang telah meninggalkan parti berkenaan tetapi masih tergilak talak untuk memperkatakan PKR. Mereka itu sepatutnya bercakap bagaimana hendak menyalamatkan Umno bukannya bercakap bagi mempbertulkan PKR. Apakah mereka tidak diberi peranan selayaknya dalam Umno menjadikan mereka merepek meraban menghentam PKR?

Berbalik kepada cabaran Muhyiddin tadi, saya ingin sebut satu saja sebagai menjawab cabarannya. Satu maklumat yang masuk kepada saya, di sebuah cabang PKR di Kelantan ada orang Umno yang cuba merosakkan sebuah cabang PKR berkenaan dengan menyamar sebagai ahli PKR bertanding merebut jawatan ketua.

Nasib baik kejahatan orang berkenaan disedari. Menjelang pertandingan disebarkan maklumat mengenai status orang berkenaan menunjukkan dia seorang ahli Umno. Katanya orang ini diupah oleh Umno untuk membuat kacau dalam PKR. Mungkin Muhyiddin boleh merujuk kepada partinya dan melihat senarai ahli-ahli Umno yang diutuskan khas mengkhianati mesyuarat cabang PKR. Atau mungkin juga kejadian ini sebahagian bukti yang ada dalam simpanan Saifuddin. [wm.kl.11:00 am 29/09/10]

2 comments:

Jashamsulnizam said...

Perlakuan Muhyiddin menampakkan yg beliau seolah2 hanya dahagakan publisiti, ingat2 lah sikit parti kamu itu pn aper kurangnya... malah sampai ada yg lebih 'hardcore' drp baling2 kerusi dan meja...

Pak MSO, baru2 ni balik sekejap ke kg. ipar sy di Kubang Pasu, dh terlajak sampai tu sempat jgk bertanyakan perkembangan terbaru ttg Umno disana, yg panasnya Umno Bah. skng dh terbahagi kpd 3 ke 4 kumpulan yg masing2 sdng berusaha utk menggangkat ketua2 mrk sbg ketua bhg. buktinya dlm mesy. bhg umno baru2 ni brlaku pergaduhan kecil diantara penyokong2 kump. yg bersaing itu... apepon mcm tulah lumrah dlm umno...

matjeng said...

PKR bukan perfect! Ada je kecoh asyik salahkan orang lain. Tak pernah merima kelemahn sndiri. UMNO yang jadi kambing hitam. Yang buruk je UMNO. Sebab tu TPM cabar Nasar! Bagilah bukti kalau betul. Semua orang mau tahu. Jangan ikut Bos PKR, tak salah apasal takut bersumpah..kes liwat tertangguh sampai sekarang..kalau sumpah selesai dah..saya sokong bos PKR..nih asyik tangguh..tangguh..tangguh. Ramai rakyat dah bosan..bukan semua suka begitu.. UMNO kecoh pun tak pernah salahkan orang lain. Tu hebatnya Melayu UMNO!Adik beradik pun bergaduh..gitu jugak emak dengan ayah! Tapi tak salahkan jiran sebelah! Tunggulah sidang akhbar Nasar nanti.. TPM terima kalau ada bukti! Lin Dan hebat, Chong Wei pun hebat dalam sukan badminton. Tapi masing-masing dah merasa kekalahan! adat pertandingan!TPM ok punya!!! Ni kecoh pemilihan di sini, bos PKR sibuk di Indon! nak ganti Bambang kot! selesailah di sini dulu!