Thursday, March 28, 2013

che'GuBard Umum Tidak Tanding

CATATAN MALAM                                                                                                            

Setiap kali ada event anak muda dia pasti ada.
Aktivis muda dan pelapis politik masa depan yang rajin Badrul Hisham Shahrin atau lebih mesra dengan panggilan che'GuBard telah menutup kilang otaknya dari terus berfikir apakah akan dicalonkan ataupun akan bertanding dimana-mana kerusi. Beliau telah mengambil keputusan awal untuk tidak menyerabutkan dirinya.

che'GuBard telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Penegasan itu dibuat menerusi satu email yang dikirimkan kepada blog Merah Tinta, dan saya percaya ia juga disalin hantar kepada sumber-sumber maklumat lain.

"Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka; che’GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa." Begitulah secoret ayat yang disebut dalam kenyataan itu walaupun ia rengkas tetapi sungguh memedihkan.

Che'GuBard telah mengambil jalan tengah yang perlu dihormati. Dia telah menawarkan dirinya untuk menjadi pekerja parti yang kuat demi mencapai kemenangan. Lantas itu beliau menyeru seluruh anak muda berada dalam mood perubahan tanpa mewujudkan apa-apa pransangka.

Saya menghormati dan kagum kepada anak muda ini. Apa dibuat che'GuBard inilah yang patut dicontohi oleh sesiapa saja yang tergila-gila untuk menjadi calon sampai sanggup melobi atau membuat ugutan akan meninggalkan parti kalau tidak terpilih menjadi calon. Orang seperti itu dayus dan tidak berjiwa besar tulen dalam pejuang.

Sekiranya sikap dan pendirian diambil che'GugBard ini menjadi pegangan dan ikutan semua orang rasanya masalah perebutan calon dan ugutan dan ocahan untuk memeningkan kepala pucuk pimpinan tidak akan berlaku.

Tindakan che'GuBard itu juga satu keputusan yang mengecewakan golongan anak muda yang menyedari akan komtimen dan perjuangan beliau selama ini. Menerusi Ngo Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) beliau terus bergerak mengelombangkan arus perubahan dikalangan anak muda tanpa sebarangan bayaran atau mendapat sanjungan dari mana-mana pihak. Dia bekerja dengan ideanya sendiri tanpa menunggu arahan parti, yang penting ia senada dan seirama.

Maaflah saya tidak pernah terdengar yang pemimpin PKR khasnya memberi penghormatan kepada che'GuBard atau meraikan SAMM makan aiskrim setiap kali projeknya berakhir. Entah seperti terkunci mulut untuk memberi sedikit layanan dan pujian ke atas kerajinan che'GuBard dan SAMM. Kewujudan SAMM juga sesekali saya nampak ia semacam menjadi galang ganti kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang nampak seperti rumput kering di tepi jalan saja.

Paling merujakan ruang lingkup atau geografi perjuangan che'GuBard bukan sahaja di Rembau kawasan yang pernah ditandingi tahun 2008, tetapi diseluruh negara dari Johor hingga ke Perlis, dari Perlis hingga Ke Sabah dan Sarawak. Bahkan dalam mencari bukti dan dalih menguatkan serangan politiknya beliau sanggup ke luar negara.

Atas kerajinan itu saya sendiri menampakkan orang seperti beliaulah yang perlu diberikan keutamaan untuk berada dibarisan depan atau tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya. Tetapi tidak begitu, apa yang mata saya nampak terlindung oleh mata orang lain. Usahkan untuk menetapkan mana-mana kerusi untuk mengambil hati beliau pun tidak kedengaran.

Tiada apa yang boleh saya lapazkan di sini batas keputusan yang beliau ambilkan itu selain dari merasa kagum dan hormat. Syabas. Saya yakin dan percaya apa dilakukan Badrul Hisham itu ikhlas dan keikhlasan serta pengorbanan beliau itu tetap akan diingat suatu hari nanti.

Biarlah orang lain tidak mahu mengiktiraf beliau tetapi saya akan memulakan mengkultus che'GuBard sebagai anak muda yang berani, bersemangat, komited dan rajin. Dia adalah ikon anak-anak muda yang ingin perubahan dan pengangkat panji politik baru Malaysia dari kawanannya. Kalau tertakdir Pakatan Rakyat sempat sampai ke Putrajaya janganlah tutup pintu utama buatnya gara-gara dia hanya pernah menolak jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung.[wm.kl.11:33 pm 28/03/13]

10 comments:

digitalmaya said...

kalau chegu bard tak bertanding, atau tak di calonkan yang rugi PR jugak bukan org lain

sekian terima kasih

Ridz Mansor said...

Tuan,

Saya rasa macam Che'gu Bard akan jd Ezam kedua sahaja... jalan cerita mereka semacam sama je..

Pihak PKR sepatutnya memutuskan beliau untuk bertanding.

Tuan tiada apa-apa yang hendak dikongsi berkaitan AMK? AMK macam layu je... risau dengan KJ ke?

otaklunyai said...

Ini adalah contoh terbaik masa kini seorang anak muda yg berjuang kerana Agama, Negara dan Bangsa tanpa mengharapkan apa2 imbuhan... perjuangan tulin demi kebenaran dan hak... Syabas Chegu Bard. Pertolongan Allah akan sampai kepada mereka yg tidak meminta2 jawatan apabila ia dilantik kelak. Allahuakbar..

LKTP1436 said...

Walau apa pun, walau seikhlas mana pun Che Gu Bard utk tidak bertanding, saya tetap mahukan dia bertanding di mana-mana kerusi yg di fikirkan sesuai, Che Gu Bard adalah Ghafar Baba jika di dlm Umno dan Mat Sabu jika di dlm Pas, seorg yg lebih mementingkan parti dari dirinya sendiri, oleh itu di harap DSAI tidak akan mesesia-siakan org seperti ini kerana jika kita mensia-siakan org seperti ini tuhan akan mensia-siakan kita pula........ hidup Che Gu Bard.

Unknown said...

Syabas Che'gu Bard,tapi saya juga sedih..Sebagai rakyat marhaen, che'gu Bard adalah wakil kami...che'Gu Bard adalah pendorong dan pendahulu perjuangan rakyat marhaen..Kami rakyat marhaen mahukan seorang pejuang sepert cheGu Bard.
Kami tadak ingin dan amat benci pd seorang pemimpin yang yg terlalu mengejar kerjaya politik dan mengetepikan perjuangan kebenaran,
politik bukan untuk mengejar pangkat dan kekayaan tetapi untuk
kemajuan masyarakat keseluruhannya. Saya amat berharap pimpinan PKR memujuk cheGu Bard dan mengumunkan kaw. beliau bertanding...kalau pemimpin kecil boleh umum, kenapa tidak pemimpim besar spt. cheGuBard tak bolih..atau adakah kerana kamu takut cheGu Bard ini akan menggugat kerjaya poltik kamu...PKR please be honest...dalam politik perjuangan mesti ada sedikit kejujuran.

Asrul Sani said...

Tak jadi ADUN atau MP tidak semestinya tidak boleh menyumbang kepada perjuangan. PR boleh membalas jasa beliau dengan melantik beliau sebagai Senator dan jika PR membentuk kerajaan beliau boleh dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

Apa pun saya salute susuk ini atas semangat juang yang tinggi membelakangi kepentingan peribadi.

insafdoh67 said...

Pejuang sejati tak perlu jawatan atau pangkat... Inilah contoh jiwa sejati Anak muda malaysia... Teruskan perjuangan... Bila sampai masa akan ada yg lebih baik dari apa yg di pinta.. Berani kerana Benar... Ank muda salute chegu bad. Moga samm akan jd pemerhati kerajaan pr lps ni.. Pangkat harta nama bukan impian kita. Bebaskan dr belengu politik yg tiada kenal kawan. Siapa kuat bodek dia bagus... Haprak punya.. Ayuh kita bersatu di bawah samm. Kejujuran adalah kunci kejayaan.. PTR.. Tentera Rakyat. Tolok Rasuah

Unknown said...

Salam Tuan MSO,
Walaupun saya hanya manusia kredil namun saya ingin mendatangkan disini bahawa CheguBard adalah ikon anak muda masakini dan pihak parti perlu memberi ruang kepada CheguBard untuk bertanding pada PRU13.

Zall said...

Saya juga tertanya2 kenapa begitu sekali saudara Bard disisihkan oleh DSAI.

Memang tepat, senario ini hampir sekali seperti dialami oleh saudara Ezam yg suatu ketika dahulu amat gagah berani menerajui anak muda tiba2 disisihkan begitu sahaja oleh DSAI.

Sesungguhnya penghijrahan Ezam sangat2 menghancurkan hati ramai anak2 muda.

Kita tak mahu anak muda yg ikhlas berjuang seperti mereka mereka ini dipersia-siakan begitu sahaja.

inialus said...

CikguBard dan Rafizi Ramli adalah tokoh yang ingin saya lihat di Parlimen nanti