Sunday, April 19, 2009

Releks Petang

Beranikah Najib Sanggah Mahathir

SARAN Najib Razak supaya Umno tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti mendapat sanggahan oleh Dr Mahathir Mohamad. Kata Mahathir Umno tidak boleh mengelak menyertai pilihan raya itu bagi menambahkan kerusi dan mengekalkan kekuasaanya. Alasan Mahathir kalau kerusi itu tidak mahu disertai kerana ia bukan kawasan Umno lama kelamaan Umno akan ketiadaan kerusi.

Sama-sama kita tunggu apakah Najib dengar atau tidak pandangan Mahathir itu. Sekiranya Najib akur maka jelas siapa yang menguasai Umno kini dan cuba menunjukkan lagaknya. Cadangan Mahathir itu juga sebagai ujian buatnya sejauh mana Najib menerima pandangannya.

Sekiranya Najib menerima dan membatalkan niatnya ini bermakna Mahathir mulai menguasai ke atas Najib. Sikap Mahathir berlawan itu juga akan menghalang gaya baru politik yang Najib hendak laksanakan.

Dalam hal ini Najib tidak boleh terlalu menghormati kepada Mahathir dengan sedia menerima pandangan itu. Sebagai perdana menteri Najib harus mempertahankan cadangan itu. Sekali Najib mula menurut telunjuk Mahathir, Najib akan terus terperangkap dan lama kelamaan semua yang Mahathir arahkan akan dilaksanakan Najib.

Seperti dikatakan sebelum ini seorang pemimpin yang ingin melakukan perubahan perlu bernani dan tegas dengan prinsipnya. Kalau Najib menarik balik cadangannya itu kerana Mahathir ia akan memberi implikasi besar kepada pentadbirannya. Lama kelamaan pentadbiran Najib akan dibayangi oleh Mahathir. Jadilah Mahathir sebagai PM de factor.

Saya tetap yakin tindakan Najib disokong oleh rakyat yang mahu kurangkan politiking menerusi pilihan raya itu dan menumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat. Langkah Najib itu juga bijak. Kalau sudah tahu kerusi itu akan dimenangi PKR untuk apa Umno bersusah payah dan menyediakan ruang untuk rakyat terus berletagah dalam pilihan raya itu.
[wm.kl. 4:45 pm 19/04/09]

4 comments:

rozana said...

Jika PKR kalah di Penanti pun, PKR tetap dijulang parti berprinsip yang terus menjadi idelisma golongan muda berbanding parti yang tercalit imej rasuah. Jadi, keputusan bijak jika UBN boikot by-election ini. Biar ianya selesai dengan cepat dan dilupakan.

mudz said...

Bila Dr M berkata begini selepas sahaja terbentuk kabinet baru...ni bermakna BN memang tidak kan bertanding di Penanti... kata-kata Dr M hanya untuk meneutralis kan kenyataan najib dipengaruhi oleh dr M..

NH Shah Alam said...

Semalam Najib bukan main gembira lagi melihat sambutan rakyat terhadap beliau di pahang. Memang nampak ramai betul.. Tapi adakah Najib yakin yang rakyat datang itu benar-benar mahu memberi sambutan kepada beliau?

Saya tertarik dengan ulasan Khairy baru-baru ini yang mana kebanyakan prog pemuda sebelum ini adalah prog syok sendiri.. Orang datang bukannya kerana sayang pada UMNO tetapi mereka datang dengan diupah dan diangkut dengan BAS dan sebagainya.

So apa kurangnya dengan orang yang menyambut najib??? Rasanya dua kali lima macam yang Khairy ucapkan..

Unknown said...

Salam MSO,

Ada benarnya pandangan dari MUDZ. Che Det mengeluarkan kenyataan itu hanyalah untuk meneutralkan kembali persepsi tanggapan ramai mengenai kekuasan beliau terhadap Najib. Tetapi sama sama kita tunggu dan nilai setiap percaturan Najib; adakah ianya dibayangi oleh Che Det atau Najib benar benar mahu melakukan perubahan secara menyeluruh tanpa menghiraukan pandangan Che Det.