Friday, March 26, 2010

Dari Luar Istana 4

Rampasan Tahkta Yang Gagal Di Kelantan

[kemaskini gantian posting terdahulu] SYUKUR usaha kecil untuk merampas tahkta, jawatan Pemangku Raja Kelantan tidak menjadi. Mulanya terkejut juga rakyat Kelantan dengan tindakan itu. Nasib baiklah dunia hari ini, dunia terbuka di mana maklumat diperolehi dengan cepat. Bayangkan bagaimana kalau selepas 48 jam baru rakyat dapat penjelasan, tidakkah huruhara jadinya.

Sudah tentu akan timbul berbagai spekulasi dan tafsiran mengenai kejadian itu. Keadaan ini sudah pasti menimbulkan suasana tidak tenteram di Kelantan. Ia juga akan meresah gelisahkan banyak orang.

Perbuatan mengistyhar pemecatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja dan diganti dengan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah yang juga Tengku Seri Utama Raja semalam, satu perbuatan khianat yang boleh menimbulkan keributan di Kelantan. Ia juga boleh disifatkan sebagai satu penderhakaan. Pengistyharan itu juga satu rompakan ke atas jawatan berkenaan.

Perbuatan itu bolehlah dianggap sebagai satu usaha untuk merampas tahkta – jawatan Pemangku Raja Kelantan yang disandang Tengku Faris. Ianya dibuat ketika Tengku Faris tidak berada di dalam negeri dan difahamkan berada di Singapura. Perbuatan itu usaha pencurian ke atas takhta kerajaan Kelantan.

Betapa kejinya perbuatan itu. Apa lagi rampasan kuasa yang menggunakan nama Sultan
Kelantan itu boleh dipersoalkan. Tindakan Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan, Wan Hashim Wan Daud (foto atas) itu boleh dipertikaikan. Ini kerana perlantikan beliau sendiri tidak sah. Macam mana seseorang yang tidak sah boleh bertindak mengistyhrakan perkara itu? Air sembahyang tidak boleh diambil dengan menggunakan air bercampur najis!

Nasib baik rakyat Kelantan bukan semuanya terdiri daripada yang buta, capek dan kudung. Sebahagian rakyat Kelantan sempurna dan waras akal. Mereka bukan menerima terus pengistyharan pemecatan Tengku Faris Petra itu sebalinya menyelidik dan membelek perlembagaan terlebih dahulu. Apakah pihak yang terlibat merampas takhta itu melupai bahawa rakyat Kelantan majoritinya waras dan berpegang kepada kebenaran?

Kejadian semalam sebenar sesuatu yang memalukan. Ia berpotensi untuk menjadi masalah besar di Kelantan dan seterusnya menganggu pentadbiran negeri Kelantan. Ia juga boleh mencemar institusi istana Kelantan. Beluam pernah kejadian seperti itu berlaku demikian rupa. Kalau pun ada kejadian seumpama itu tetapi berlaku dalam keadaan sopan santun.

Tetapi nasib baik Allah masih melindungi kerajaan dan institusi istana Kelantan. Allah masih memelihara mereka yang benar. Tindakan membelakang perlembagaan dan adat istiadat Kelantan itu tidak sempat mencetuskan masalah besar. Keadaanya masih terkawal.

Kejadian rampas tahkta itu bolehlah dianggap selesai apabila pihak polis telah menahan Wan Hashim Wan Daud sejak malam tadi untuk disiasat di bawah perkara 419 Kanun Keseksaan atas tuduhan penyamaran sebagai setiausaha sulit sultan. Sehubungan itu juga Majlis Perajaan Negeri (MPN) telah membuat tindakan segera mengganti pengerusi MPN daripada Tengku Abdul Aziz kepada Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim yang juga Tengku Laksamana. Tindakan ini dibuat malam tadi dan ianya diumumkan oleh Setiausaha MPN, Aiseri Alias tengah hari ini.

Didoakan selepas ini Kelantan kembali damai. Dalam pada itu adalah diharap pergeseran yang berlaku itu dapat diselesaikan dengan baik. Dalam hal ini semua pihak hendaklah akur kepada perlembagaan tubuh negeri Kelantan. Pihak tertentu juga perlu mengenepikan nafsu dan agenda peribadi. Semangat kekerabatan hendaklah diutamakan dalam mencari damai ini.

Pergeseran yang berpunca dari masalah anak beranak itu sewajarnya diselesai secara anak beranak. Pihak luar janganlah mencampuri dan mengambil kesempatan. Jangan cuba cucuh karak bagi memanaskan keadaan ini. Campur tangan pihak luar akan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak memberi keuntungan kepada sesiapa. Ada semacam sokong membawa rebah dalam situasi hari ini. Mereka bukan kerabat elok duduk jauh-jauh dan sedarlah siapa diri kita sebenarnya. Saya bimbang kalau campur tangan tidak tentu hala nanti ketulahan.

Saya bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengharap akan ada perbincangan antara kerabat di raja Kelantan untuk mengatasi masalah ini. Hanya kerabat sahajalah dapat membetulkan apa-apa yang bengkok atau pun tidak lurus dalam istana Kelantan kini. Hanya ahli kerabat yang tahu bahasa raja. Betapa pihak luar mempunyai kepakaran atau pun pengetahuan mengenainya ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Tindakan ini sangat perlu. Apa lagi dalam keadaan Tuanku Al Sultan dalam kegeringan tidak manis kalau istana digelodakkan dengan pergeseran seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini. Kegeringan Al-Sutlan tidak elok kalau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Keriuhan yang timbul itu juga memalukan bila ia turut dibualkan oleh orang luar.

Kedamaian diluar dan di dalam istana akan menjadi penawar untuk membantu Tuanku segera sembuh. Ingatlah masalah menimpa istana sedikit sebanyak akan terpalit kepada rakyat dan kerajaan juga. [wm.kl.7:40 pm 26/03/10]

5 comments:

ORE KIT0 said...

rata-rata rakyat kelantan tahu apa yang sebenarnya berlaku..jadi ianya tidak diambil perhatian sangat oleh rakyat...cuma pihak media tak payahlah membesar-besarkan isu ini.tak payah dimasukkan ke dalam berita pun kerana ianya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Unknown said...

Aku tertanya kenapakah insiden yang memualkan ini berlaku setelah UMNO sudah mati hujah (mati akal) dalam isu royalti minyak.

Dalam perut pedal (dalam hati) UMNO sudah mengakui kebenaran, hak Kelantan menikmati royalti minyak dan UMNO ingin membolot royalti minyak di Kelantan.

Siapakah yang menyorok di belakang pagar ?

john said...

Salam pak mso..

Ambo pelik jugok le dengan telatah orang2 yang namanya 2,3 hari ni baru timbul. 1.SU Sulit Sultan, 2.Pemangku Baru Sultan. Ada beberapa perkara yang menjadi kekeliruan ambo.
antaranya, Cakap2 dari SU Sulit Sultan yang baru berkata : "Sultan dah boleh buat keputusan sendiri dan kemungkinan dari kata-katanya Sultan dah sihat!" Ambo fikir pulok "Kenapa perlu lantik pemangku baru dah kalau Sultan dah boleh buat keputusan? Baik Sultan Ismail kembali ke menjadi Ketua negeri, Bukankah begitu? Yang kedua pasal perlantikan Pemangku Baru. Kenapa dilantik pemangku yang agak tua dari segi usia, kenapa tak lantik je Ku LI jadi pemangku, lebih muda sedikit. Pemangku kedua yang dilantik ini adalah abang kepada Ku Li. Apa-apa pun semua perlu rujuk kepada undang2 tubuh negeri Kelantan. Diharap dalang wayang semua ini insaflah demi kesejahteraan rakyat kelantan khususnya dan Malaysia amnya...wassalam..

Unknown said...

Siapakah yang menyorok di belakang pagar Istana Kelantan ?

Unknown said...

inilah manusia yang mementingkan duniawi. tak nampak perbuatan sudah menjadi perkara terkutuk.

saya yakin dengan doa rakyat kelantan istana akan kembali aman. orang yang terkutuk tadi berdiam diri lah kerana perbuatan kamu tekah diketahui oleh semua rakyat