Tuesday, September 28, 2010

Selepas Subuh

NGO Itu Boleh Uji Kekuatan Di Galas

JENAZAH Adun Galas, Che Hashim Sulaima telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung kelahirannya di kampung Kerinting, Gua Musang lewat tengah malam tadi. Berakhirlah riyawat hidup seorang hamba Allah. Berakhir juga liku-liku perjuangan beliau atas muka bumi ini. Semoga Allah memberi kerahmatan kepada rohnya. Juga didoakan Allah memberi kekuatan iman kepada keluarganya dan penyokong partinya menghadapi takdir yang sudah ditentukan itu.

Kini kerusi Galas sudah terbuka untuk dipenuhi. Speaker Dun Kelantan akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan itu. SPR pula akan bermesyuarat menentukan pilihan raya baru dalam tempoh 60 hari.

Sudah pasti Pas akan mempertahankan kerusi berkenaan. Dan sudah tentu juga BN akan meletakkan calonnya. Musuh tradisi itu akan bertarung sekali lagi. Diharapkan semoga perjalanan pilihan raya itu nanti berjalan dalam keadaan dan suasana penuh tertib. Tolonglah...

Di sini apa yang hendak disentuh, ekoran kekosongan kerusi itu ia juga memberi peluang kepada sebuah NGO yang kini sedang mempersiapkan diri untuk menjadi parti politik. Kononnya NGO itu kini mendapat sambutan kalangan Melayu. Keahlinanya sudah sampai puluhan ribu. Ia juga mendakwa memperjuangkan Melayu. Walaupun kebanyakan ahlinya terdiri ahli Umno dan bekasannya, tetapi mereka sudah tidak mempercayai kepada Umno.

NGO ini mendakwa perjuangan mereka hendak membela Melayu. Dalam masa sama mengutuk perjuangan Pas dan PKR. Kononnya kedua parti itu tidak mempertahankan Melayu malahan mengkhianati perjuangan orang Melayu.

Nah sekarang ini dengan kekosongan kerusi Galas moleklah kalau NGO itu mencuba sejauh mana kekuatan mereka. Mereka boleh menguji apakah mereka diterima atau pun tidak. Orang ramai mahu tengok sejauh mana kekuatan mereka apakah suaranya sama lantang dengan suara yang dilaungkan.

NGO itu boleh letak calon mereka kalau benar mereka berani dan mendapat sokongan. Kalaupun mereka tidak dapat bertanding atas lambang NGO berkenaan kerana ianya masih belum didaftar sebagai parti politik, mereka boleh guna apa-apa lambang yang dibenarkan SPR. Mereka boleh guna lambang payung ataupun harimau ataupun beruk ekor pendek.

Begitu juga kalau mereka tidak ada calon kerana tidak ramai ahli NGO itu di Gua Musang, mereka boleh pinjaman mana-mana ahli Umno atau sesiapa yang mendaftar sebagai pengundi dalam Dun Galas. Rasanya tidak ada masalah untuk NGO berkenaan mendapatkan calon. Keluar sedikit wang tentu ramai yang kepingin menjadi calon. Orang Asli juga boleh dipinjam oleh NGO itu untuk menjadi calonnya. Lagipun perjuangan mereka untuk memperkasakan kaum peribumi. Orang Asli juga merupakan peribumi negara ini.

Sekiranya dalam pilihan raya ini NGO itu 'mengelip' dengan menyokong BN nampaklah ianya hipokrit. Nampak sangat ia penipu. Dan nampak sangat kemarahan kepada Umno kini adalah sadiwara sahaja. Kita mahu tengok apakah NGO berkenaan berani ataupun akan menjadi hidung tidak mancung pipi pula tersorong-sorong akan menyokong calon BN.

Semasa berucap di stesen kereta api dua tiga hari lalu pemimpin NGO itu mendakwa mereka juga mendapat sokongan dari Cina dan India dan semua kaum. (Anih juga kalau Cina dan India di Kelantan kalau boleh bersetuju dengan perjuangan rasis NGO berkenaan). Tidak mengapa, kita terima ianya sebagai benar. Kalau begitu NGO berkenaan tidak perlu gerun untuk meletak calon di Galas. Cina, India dan Orang Asli di sana akan menyokong mereka.

Taburan pengundi di Galas boleh dianggap sebagai terbuka dan tidak begitu berpihak kepada mana-mana kaum. Ia bukan monopoli Melayu spenuhnya. Daripada 10,330 pengundi yang berdaftar pada tahun 2008 orang Melayu mewakili sebanyak 65.81%, China 22.03%, India 1.81% dan lain-lain 10.32%. Kedudukan ini masih terbuka.

Kalau NGO itu merasakan orang bukan Melayu juga menyokong mereka, mereka tidak perlu takut untuk turut sama bertanding di Galas. Galas akan menjadi petanda sejauh manakah NGO itu diterima rakyat. Sebaliknya kalau NGO itu tidak berani meletakkan calon maka jelas suara lantang yang dikeluarkan oleh pemimpin NGO berkenaan tidak ubah seperti suara dalam tempayan budu sahaja, di mana talunnya lebih kuasa suara sebenarnya!

Sama-sama kita memerhati tindak tanduk dan hipokrasi NGO berkenaan dalam pilihan raya kecil Galas nanti. [wm.kl. 7:20 am 28/09/10]

7 comments:

abu muaz said...

he,he...elok juga guna lambang berok ekor pendek...sesuai , menepati dengan perkembangan zaman.

mr edz said...

lambang katak puru lagi sesuai kot

otaklunyai said...

lEBIH 3000 ORANG BERJEMAAH MENYEMPURNAKAN SOLAT JENAZAH KEATAS ALLAHYARHAM... SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah dan apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Marilah kita memilih untuk membuat keputusan yang bijak kerana ianya mampu memberi keberkatan ketika hidup dan mati kita. Atau apakah kita hanya rela untuk berada ditakuk lama walaupun telah terbukti pilihan kita selama 53 tahun ini adalah sesat semata-mata. Ingatlah pilihan kita akan dipersoalkan diAKHIRAT kelak ketika berhadapan dengan Allah Yang Maha Berkuasa. Tepuk dada tanya Iaman. Wallahualam. TAKBIR!!!

ANAFAKIR said...

Saya setuju dgn cadangan Tuan MSO,NGO tersebut boleh memulakan langkah pertama mereka utk melihat apakah usia mereka boleh bertahan lama.Apakah usia yg ada menjadi sia-sia atau perlu dipersia.Keduanya apakah 'parti' akan kekal PERKASA atau akan menjadi pekasam selepas PRK Dun Galas nanti.Apakah ia akan kekal sebagai NGO atau sebuah pertubuhan 'ngo' [ tidak berapa cerdik -dlm bahasa Kelate ].Kalau bertembung antara UMNO,PAS dan NGO tersebut,rasanya sah2 NGO itu jadi pekasam.Maruah Presidennya akan tercemar.Kita tengok siapa yg kenaaaaa!!!!!.

Jashamsulnizam said...

Tak sabar rasanya nk tgok Perkasam letak calonnya dan lg teruja kalau Presidennya sendiri yg jd calon dlm PRK tersebut ianya akn penanda aras sama si Brahim ni sama ada beliau mampu mempertahankn kerusi Parlimennya di PRU yg akn datang...

ahmadnafiah said...

Salam saya amat bersetuju dengan MSO. NGO Pekasam tu letak calun presiden nya untuk menguji kekuatan pengaruh di negeri sendiri. jangan cakap tak serupa bikin brahim oiii.

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Ambo bersetuju sangatlah kalau PERKASAM letak calon di galas nanti. Inilah peluang bereheng nak bukti temberang dia selama ini. Cakap semua orang boleh cakap boleh dakwa apa sahaja dengan bermodalkan air lior
je.

2. Galas mewakili tipikal orang melayu, orang melayu pada tahap paling asli. Inilah medan paling sesuai Pekasam nak buktikan. Sungguh kah sokongan melayu begitu padu dan kaum bukan melayu juga menyokong mereka.

3. Bercakap megenai sokongan padu kepada Pekasambukan sahaja dari orang melayu, malahan bukan melayu juga setuju hati - Bereheng boleh dakwa macam-macam.

Kalau diasah bertubu-tubi mengenai perkara ini, Bereheng tak segan silu akan mendakwa orang red indian di amereka dan orang-orang eskimo kat alaska, greenland pun menyokong 200% perjuangan PEKASAM ni....bukan setakat orang bukan melayu kat malaysia ni jer.....hahaha


bat8