Iktibar Atas Kematian Kejam Sosilawati?
APA lagi yang boleh dikatakan, Sosilawati bersama tiga rakannya telah mati. Menyedih dan memilukan kerana kematian mereka tragis. Seperti mana menurut polis, sebelum nyawa mereka terpisah dari jasad, mereka terlebih ditahan, dipukul sehingga mnati kemudian dibakar. Abunya pula dihanyutkan ke dalam sebuah sungai.
Apa lagi bentuk kematian paling tragis dari itu. Sebelum ini kita pernah mendengar kekejaman yang menimpa seroang ahli politik bernama Mazlan Idris. Beliau mati apabila disembelih kemudian anggotanya dikerat 16 atau 18 oleh penjenayah perempuan bernama Monapandi bersama dua pembantunya termasuk si suaminya Apandi dan Jurimi.
Selepas itu kita dengar pula kematian pragawati dari Mongolia bernama Altantuya. Altautya dibunuh mungkin ditembak kemudian mayatnya diletup menggunakan C4. Bommmm... berkecai. Kedua kejadian itu Mazlan dan Altantuya dikira masih belum kejam. Sebab, sebanya mereka tidak dibakar dan abunya tidak dihanyutkan ke sungai.
Sosilawati adalah orang Islam. Jenazah orang Islam tidak dibakar dan abunya tidakdihanyutkan ke sungai macam Hindu dan atau Buddha. Maat orang Islam dimandikan kemudian disembahyang dan dibawah ke kubur. Apabila kematian Sosilawati dan rakannnya itu (tidak berdosa), dengan cara itu ia sungguh kejam dan trajiskan. Babak dalam filem pun tidak ada sekejam itu. (Mungkin selepas ini ada kerana mengambil idea dari kejadian itu).
Iya penjenayah tidak ada hati perut. Mereka juga tidak ada perikemanusiaan. Kalau mereka ada akal, ada hati perut dan ada perikemanusiaan mungkin pembunuhan tidak akan berlaku. Pembunuh sebenarnya lebih gila daripada orang yang tidak waras. Betapa gilanya tindakan orang gila tetapi ia masih ada ruang senggangnya. Bila ia tidak diserang gila dia kembali norma. Tetapi pembunuh Sosilawati dan rakan itu asalnya orang waras.
Yang terjadi sudah terjadi. Yang tinggal hanya nama dan kenangan. Apa yang berlaku perlu dijadikan sempadan dan diambil iktibar darinya oleh semua orang. Melihat apa yang menimpa jutawan kosmetik itu saya dapat simpulkan beberapa simpulan berikut:
1. Kalau hendak menjalankan urusniaga kenal pastikan orangnya dulu. Seeloknya minta pandangan dan nasihat daripada mereka yang berpengalaman. Jangan jalankan urusan niaga bersendirian, kalau kita seorang jutawan harus gunakan perantaran.
2. Dalam kes-kes membabitkan wang tunai jutaan ringgit, hendaklah minta polis memberi bantuan kawalan keselamatan tambahan. Sahkan dulu apa-apa yang hendak dibeli itu menerusi agensi yang sah. Kalau tanah sahkan dengan pejabat tanah terlbih dahulu.
3. Hidup jangan bergalagak besar. Usah cerita mengenai kekayaan kita kepada orang ramai. Jangan takabur dan suka membesarkan diri. Bermegah dengan kecantikan, kehebatan dan kekayaan satu dosa. Ikut rasmi padi makin berisi makin merunduk.
4. Jangan mudah percaya kepada profesyen seseorang. Hari ini manusia sudah tergamak melakukan apa saja untuk hidup mewah. Penjenayah bukan lagi bermisai, rambut panjang atau berwajah huduh seperti dalam filem. Tetapi pembunuh juga smart dan kacak berkereta besar dan kelihatan pemurah.
5. Sebaik hendak melakukan sesuatu yang besar atau luar biasa, buatlah sembahyang istikharah terlebih dulu kalau kita seorang Islam.
Kepada keluarga Sosilawati dan tiga yang lain diucapkan takziah, redhalah atas apa yang berlaku dan anggaplah ianya ada hikmah tersendiri di sebalik takdir itu. Setiap yang bernyanwa itu pasti akan mati.
Sehubungan itu tahniah kepada Polis Diraja Malaysia dibawah pimpinan ketuanya baru Ismail Omar berjaya merungkaikan pembunuh itu dalam kadar segera. [wm.kl.10:30 am 13/09/10]
1 comment:
agama rakyat akan berpandukan agama pemimpin....
kalu ada pemimpin yg dikaitkan dgn meletupkan seorg perempuan...
tak terkejut jika rakyat juga melakukan pekara yg sama....
Post a Comment