Thursday, May 9, 2013

Pakatan Rakyat Perlu Buat Kerja 'Berkelulu'

ULASAN PAGI                                                                                      

Saya mengira selepas 5 Mei khasnya saya sudah boleh rihat dan kembali menguruskan tata hidup secara semula jadi. Tidak begitu stress dan bekerja, befikir dan menulis hingga larut malam demi merealisasikan aspirasi rakyat. Saya juga rakyat.

Sesekali teringin juga saya untuk tidak menjadi 'pejuang bangsa' dan negara menerusi politik, hidup seperti warga lain yang tidak ambil peduli kepada negara. Mahu tidur secukupnya, makan segenapnya dan bermain dan bermesra dengan anak cucu dan bini sekerapnya. Tetapi itu hanya angan-angan saja yang kontras dengan gaya dan naluri seorang pejuang.

Orang bejuang sudah menjadi sunahnya, makan minumnya tidak terjaga, jalan dan kembaranya merata ke segenap sudut dan jerung. Tidur baringnya entah kapan waktu dan tanpa kasur permaidini lembut dan indah. Dihina dan diseksa sudah menjadi semestinya. Justru, 5 Mei tidak juga dapat menjadikan saya dan orang pejuang lain untuk bersenang lenang. Mungkin sebab itulah Tuhan menjadi balasan syurga kepada para pejuang, bukan balasan di dunia ini.

Dari filsafah ini dapat saya fahamkan tidak ada hadiah dari Tuhan di ats dunia ini kepada sang fakir ikhlas berjuang. Lantaran itu boleh dianggap mereka yang mengutip tol dan cukai bakul dari hasil kemenangan perjuangan (pilihan raya) di dunia ini adalah kerja palsu dan batil. Ertinya kalau kita melihat pejuang yang menang tidak kisah dari rahang politik dan jalur mana, kalau di dunia ini hidup senang lenang, mempunyai kekayaan bertimbun tidak habis makan sampai tujuh keturunan, nah.. mereka itu pejuang palsu yang tidak ada tempat di akhirat besok.

Semalam bertempat di stadium Kelana Jaya sudah bermula perasmian bagi meneruskan perjuangan sebaik selesai pilihan raya. Panggilan himpunan itu bertolak atas sebab dan alasan kerana berlaku penipuan dalam proses pilihan raya yang akhirnya mengagalkan rakyat untuk menyaksikan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Himpunan bertema Suara Rakyat Suara Keramat sudah menjadi paluan gong permulaan untuk memanggil dan mengerah rakyat berhimpun bagi mengatur langkah bergerak ke Putrajaya. Bermula malam tadi saya yakin selepas ini akan bersambung dengan himpunan demi himpunan lagi yang boleh mencabar kedudukan kerajaan Najib bakal ditubuhkan yang mana tidak mustahil membawa kepada 'kesembaman' Najib sebagai perdana menteri.

Fenomena seperti yang berlaku pada tahun 1998 sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dari Umno oleh Mahathir Mohamad akan berlaku dengan permulaan baik malam tadi. Di mana 'unjuk rasa' protes berlangsung sehingga membawa kepada turunnya Mahathir. Malahan kebangkitan pasca PRU-13 ini akan terus menjadi tambah semangat apabila mereka dikhabarkan sudah menang pilihan raya tetapi kerusi Putrajaya diduduki orang lain. Kenyataan provokatif Anwar; kemenangan PR dirampas benar-benar menyuntuh pembuluh darah kemarahan rakyat kepada UBN dan Najib.

Rakyat akan terus mengheret dada untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bersih yang menjadi dambaan semua orang. Atau rakyat akan berkorban sehingga kering keringat dibadan untuk mendapatkan hak mereka. Mereka mahukan Putrajaya. Putrajaya... Putrajaya. Itulah yang digumbakan oleh pemimpin ke atas mereka.

Saya secara peribadi tetap bersama rakyat menutut hak atas nama kesamarataan, keadilan dan kebenaran. Kalau tidak mati bersama-sama dalam gelanggang perang di mana lagi lokasi paling afdal buat kita. Tetapi saya sedikit bercanggah fikir dalam soal ini mengenai ketepatan masa dan ketika untuk meneruskan tindakan.

Apakah perlu sesegera itu PR khasnya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu untuk memanggil rakyat berhimpun tanpa mereka sempat menghilang lenguh? Apakah kesempatan itu yang diambil bagi menyemarakkan goncangan ke atas kerajaan?

Memang dari bukti-bukti yang ada proses penipuan atau ketidaktelusan SPR nyata berlaku. Tetapi Pakatan Rakyat harus memberi bukti konkrit dan kemas. Bukan saja ia berdasar dari satu sumber sebelah pihak tetapi sumber-sumber lain juga yang boleh dipertanggungjawabkan. Selepas mengumpul segala bentuk penipuan itu panggil atau buat satu forum untuk membincangkannya baru mengatur langkah secara sistemetik untuk bertindak bukan panggilan menerusi internet atau secara lisan saja.

Rakyat yang taksub dengan Pakatan Rakyat dan membenci BN boleh menerima apa yang dilakukan itu. Bagi mereka asalkan kata ada penipuan tanpa ditunjuk bukti mereka akan hadir ramai-ramai. Tetapi macam mana dengan rakyat atas pagar atau mereka yang berfikir atau yang tidak menelan maklumat begitu sahaja. Mereka tentunya memerlukan maklumat lengkap dan sahih untuk sama-sama mengheret mereka dalam memberi dokongan dan sokongan.

Saya sendiri sudah lama tidak mempercayai akan ketelusan dan kejujuran SPR. Atau tidak yakin 90% yang SPR akan bertindak adil. Rasanya hakikat ini diakui sendiri oleh pemimpin PR. Desakan pembaik-pulihan menerusi Bersih tidak menyelesaikan perkara ini. Tetapi yang saya merasa ganjil dan musykil kenapa Pakatan Rakyat tetap mengambil bahagian dalam pilihan raya yang diakui tidak bersih atau diragui akan ketelusannya.

Di sinilah menjadikan akal saya bermusykilan? Fakta menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular tetapi kerusi banyak dimenang UBN bukan perkara ganjil. Di segi undi memang PR banyak kerana ramai yang mengundi PR. Tetapi jumlah kerusi memang UBN mempunyai banyak kerusi kerana mereka memenangi banyak kerusi. Dalam sistem demokrasi stail kita, bukan bermakna banyak undi itu dikira pemenang. Sistem kita mengira jumlah kerusi, bukan suara. Mungkin ada yang tidak faham atau kurang jelas mengenai kaedah atau stail demokrasi kita.

Jumlah suara PR banyak kerana mereka menang dengan majoriti besar di sesuatu kerusi. Misalnya kemenangan calon DAP Teresa Kok di Seputih sebanyak 51,552 undi. Atau kemenangan Tan Seng Geok di Kepong sebanyak 40,307 undi. Tidak bermakna kemenangan dengan majoriti besar itu ia boleh menafikan kemenangan mana-mana calon UBN dengan majoriri 1,000 undi.. tidak. Dalam perkiraaan demokrasi ala kita, sama ada kamu menang dengan majoriti 50,000 atau dengan majoriti 5 undi nilainya sama saja, jumlah atau perkiraan kerusi satu (1) saja di mana jumlah kerusi itulah pemuktamadan pemenangnya.

Kekeliruan ini hendaknya tidak mengabui kita semua untuk dengan mudah mengatakan berlaku penipuan dalam pilihan raya. Justeru kepada saya perkara paling baik ialah mengambil tindakan yang lebih praktikal dan munasabah bagi membaiki situasi yang ada kini. Salah satu tindakan paling afdal ialah mendesak kerajaan agar mengubah sistem atau stail pilihan raya yang diamalkan sekarang ini iaini kemenangan berdasarkan jumlah kerusi kepada kemenangan berdasarkan peratus undi seperti mana diamalkan di negera-negara lain dan terdekat ialah Indonesia.

Dalam sidang perlimen nanti Pakatan Rakyat boleh mengemukakan cadangan ini. Pihak UBN boleh menimbang cadangan merubah stail ini sekiranya mereka ada rasa ikhlas dan terpanggil dengn desakan dan kemahuan ini. Tetapi saya rasa harapan untuk UBN akan memenuhui kehendak ini jauh panggang dari api. Namun usaha dan ikhtiar perlu dilakukan sebagai bukti sudah ada tindakan menurut perlembagaan daripada kita.

Dengan cara yang dilakukan sekarang ini ia tidak akan merubah apa-apa keadaan. Kalau pun Najib Razak rasa tertekan dengan cara diambil kini paling-paling apa boleh dilakukan minta diadakan pilihan raya semula. Kalau pilihan raya semula diadakan, tetapi stail atau keadah diguna pakai tidak dipindah, keputusan yang sama juga akan keluar nanti. Sebab SPR tetap akan bias kepada parti memerintah dan rakyat tidak ada cara lain untuk membetulkan semula syahat Suruhanjaya Pilihan Raya agar ia benar-benar 'Islam".

Saya juga hendak sarankan kepada Pakatan Rakyat sekiranya mereka tidak boleh menerima keputusan PRU-13 yang baru berlalu itu, kesemua 89 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat jangan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Mereka semua hendaklah sepakat mengorbankan kemenangan itu demi menuntut hak apa yang mereka perjuangkan itu. Kalau dalam masa sama mereka protes, menafikan 'kebersihan' pilihan raya tetapi akhirnya terhegah-hegah pergi angkat sumpah mereka akan diketawakan oleh orang ramai atau diri mereka sendiri, masing-masing bila berada depan cermin dalam rumah akan tergelak kecil kelucuan dengan hipokrasi diri sendiri.

Tanpa tindakan agresif, berani dan bersifat korban begitu apa dilakukan yang bermula malam tadi tidak akan ke mana-mana pun. Akhirnya rakyat akan keletihan semua orang letih dan kemudian masing-masing jatuh sakit dan mati dalam keadaan beragam-ragam saja. Jadi diharap Pakatan Rakyat hendaklah melakukan kerja 'berkelulu' - kerja yang munasabah, masuk akal dan mengikut keadah yang betul, syarak. Walahualam bi sawat. Lebih baik tanam ubi dicelah-celah batas kelapa sawit. Nasib baik Mat Maslan tidak kalah, kalau tidak, auh... tahulah dia. [wm.kl.9:30am 09/05/13]

13 comments:

joe penang said...

Setuju dengan tuan. Kita perlu buat plak Besih 4.0. Setelah segala petisyen kita dibuat keputusan(diterima/ditolak). Kita berdemo lagi..

Unknown said...

Tulisan yg baik tuan mso. Diharap lebih byk tuan menulis bagi menerangkan situasi spt begini.

Terdpt golongan yg mbaca dr setiap sumber dn bukannya sumber yg hanya myedapkan telinga.

Mohon share, tq.

Asrul Sani said...

This time I fully agree with you brother!

As a matter of fact we are on the right tract. PR lost this election on a narrow margin. Fraud and irregularities were part of the reason why PR lost the election. Tapi apa yang kita dapat dari perhimpunan ini. Kita boleh anjur perhimpunan besar-besaran , kali ini di hadapan bangunan SPR setelah mengemukakan bukti-bukti terperinci penipuan-penipuan yang dirancang SPR.

Atau suatu alternatif lain, MP PR jangan angkat sumpah, semua tak usah terima keputusan pilihanraya dan kita turun ke jalanraya... persoalannya, bersediakah kita menumpahkan darah untuk mencari kebenaran ini????

Unknown said...

Tuan MSO, saya tertarik dengan pandangan tuan yang idealis tetapi secara realistik amat sukar dicapai. Saya amat faham dengan kekecewaan yang dirasakan oleh seluruh penyokong pakatan rakyat. Tetapi bagi saya kalau beratus petisyen pun dikemukan tetapi kerajaan BN akan mengemukakan beratus jawapan untuk mempertahankan kerajaan haramnya. Jadi apakah reslolusi atau cara yang patut dikemukakan untuk menyelamatkan negara ini dari hancur. Bagi saya cara Anwar yang mengetuai PR mengemukakan ketidakpuas hati itu adalah terbaik untuk golongan yang diwakilinya. Lagi pun apa lagi cara yang ada pada Anwar dan PR.
Bagi saya cara yang terbaik ialah pihak yang berwibawa seperti Majlis Raja-Raja Melayu sudah masanya untuk campurtangan. Sekiranya perlu diadakan pilihanraya semula, laksanakan dibawah pemantauan Majlis Raja-Raja Melayu. SPR sebagai badan yang berkecuali perlu dipastikan benar-benar berkecuali dibawah naungan Majlis Raja-Raja. Kalau seluruh AJK perlu diganti, lakukanlah. Inshaalah, keputusan yang adil akan diterima oleh semua rakyat jelata. Selamatkan Malaysia Ya Allah. wassalam

kueh bakar said...

ye..time is not right...

adakan jamuan kemenangan atau kesyukuran lebih baik...

lebih baik jadi pembangkang yang kuat dari kerajaan yang lemah...Macam kejatuhan Kedah, ia bukan spr tipu semata..ia ada sebab dengan kepimpinan yang lemah dan kerajaan negeri yang menang tipis...

Admin said...

Pandangan bernas dari tuan MSO

firdaus said...

PR arif PRU senantiasanya makin kotor dan mengotorkan.. cumanya dengan berharap PRU ini disertai seramai mungkin rakyat maka SPR tidak cukup tangan utk melakukan 'kerja tambahan' yang lain..

mungkin perjuangan PR mahupun BERSIH menuntut perubahan seluruh sistem demokrasi adalah paling 'berkelulu'... isu-isu seperti dakwat kekal agak sia-sia, dapat dipersepsikan SPR gagal menyediakan semua itu...
kesian di tipu pembekal..
mungkin kalau tiada video demonstrasi basuh tangan di youtube kepercayaan atau ilusi ia kekal boleh dipercayakan...

artikel tuan saya sokong 101%.. saya sering memikirkannya dan itulah yang diluah tuan..

someone always knew what his gain, that's why victory not measured by losses

AnakGanu said...

Tuan MSO,
Betul, majoriti besar yg diperolehi PR tidak bermakna. Berbanding UBN, majoriti besar yg mereka dapat terutama di Sabah & Serawak, dgn kerjasama SPR boleh dipindahkan ke kerusi yg mereka kalah tipis di Semenanjung untuk PRU yg akan datang.
Saya rasa inilah tektik digunakan pd PRU13 yg lalu. Puluhan ribu bangla yg diangkut itu hanya diversion.

ayba said...

Persoalan sekarang ialah, apakah pilihanraya akan diadakan semula kalau terbukti benar ada penipuan?

Sekarang patutnya ialah masa mula memikirkan apakah sumbangan bakti yang hendak dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Kalau ada bukti penyelewengan, tunjukkan dalam media yang PR miliki. Cukuplah Bn dan SPR goncang dengan bukti itu, tidak perlu digoncang dengan perhimpunan.

Takut nanti rakyat letih. Bila mereka letih dengan PR....PR yang susah nanti.

Pak Lang Rembau said...

Sdr MSO, menentang ketidak telusan SPR perlu diadakan segera, sebelum bara-bara pilihanraya menjadi sejuk. Tahun ini 2013 adalah tempohnya SPR akan memulakan langkah menyemak semula sempadan pilihanraya (terakhir dibuat 2003). Penyempadanan semula kawasan pilihanraya ini boleh membabitkan tipu muslihat yang disebut 'gerrymandering'. Penyempadanan semula ini boleh dilaksanakan oleh SPR tanpa perlu kuasa 2/3 parlimen. Amat bahaya untuk PRU14. Sebab itu Anwar bertindak pantas.

Unknown said...

Tahniah kelantan,
Pimpinan baru terus menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru oleh Menteri Besar baru.
Mearik saya ada buat cadangan sebelum ini dalam web Tuan.
Semoga Institut ini akan menjadi jentera penting memastikan ulamak tigasuku seperti yang terdapat di sebuah pondok di Kelantan dimatikan dari membuat fitnah dan menyebar ajaran sesat.
Adalah penting agar institut ini kelak akan menyediakan pelan tindakan untuk PAS menghadapi musush utama dari kalangan orang Melayu. Yang penting ianya akan menyatukan semua kalangan ulamak dan mematahkan propaganda yang dibawa oleh puak UMNO.

jhass said...

Saranan yang paling tepat dari Pak MSO KESEMUA WAKIL PR YG MENANG JANGAN ANGKAT SUMPAH...biar tindakan selari dengan dakwaan...

MUHD NORIZAM JAMIAN said...

Saya berpandangan, PR akan lebih berjiwa besar jika menerima keputusan PRU13. Saya amat berharap, pemimpin PR bersikap gentlemen menerima keputusan PRU13. Rakyat akan memandang tinggi dan menyanjung keputusan PR tersebut. PR akan lebih dihormati kerana berjiwa besar. Di sebalik pelbagai kekangan dan usaha BN utk menghalang kemaraan PR ke Putrajaya, PR akhirnya berjaya mendapat undi popular terbanyak berbanding BN - satu kemenangan moral buat PR. Walau kalah dari segi bilangan kerusi, PR masih berjaya mengukuhkan cengkaman di P. Pinang dan Selangor, mengekalkan Kelantan, hampir menawan Terengganu dan Perak, menembusi kubu BN di NS, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. PR masih belum tewas untuk menawan Putrajaya. PRU13 sebenarnya adalah perintis yg membuka jalan ke arah itu.

Ingat - Rom tidak dibina dalam sehari!