SAYA baru menerima kiriman foto dari di sekitar himpunan perarakan menyerah memorandum membantah PPSMI kepada Yang di-Pertuan Agong oleh lebih 10,000 rakyat yang prihatin yang terhadap Bahasa Melayu semalam. Perarakan itu digerakan oleh GMP yang diketuai oleh Dr Hassan Ahmad.
Gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurufoto Siasah Zamzarina ini sewaktu himpunan bermula dan perarakan bergerak. Gambar-gambar yang brutal, di mana rakyat disembur dan ditembak dengan gas pemedih mata tidak terakam oleh jurugambar wanita ini. Beliau sendiri tidak dapat menahan semburan gas pemedih mata dan menyebabkan terpaksa melarikan diri dari terus terperangkap dalam perang asap petang semalam. Terima kasih kepada Zam.
Presiden Pas, Abdul Hadi, timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, A Samad Said dan
lain-lain mengepalai perarakan menuju ke Istana Negara.
Dr Hassan Ahmad bersama AJK GMP memberi penerangan
sebelum perarakan bermula.
Perakan bermula gerembolan rakyat bersemangat menuju ke
Istana Negara sebelum dihalang dengan gas pemedih mata.
Memperjuangkan martabat bahasa Melayu hak semua rakyat
tanpa mengira kedudukan dan gender.
Hidup Bahasa Melayu... Hidup Bahasa Melayu!
Kaum wanita dan kanak-kanak turut sama
hadir untuk untuk mempertahankan kedaulatan
bahasa ibunda mereka.
Suasana tenang dihadapan masjid negara sebelum perarakan bermula kemudian menjadi kelam kabut selepas polis bertindak menghalang perarakan.
3 comments:
Salam Tuan MSO;
Untuk lebih adil...
Percayakah Tuan dengan SETIAP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR/PMR/STPM YANG MENUNJUKKAN PENINGKATAN SEPANJANG TAHUN???
Cuba tuan selidiki sendiri dengan mereka2 yang terlibat secara langsung dengan PPSMI iaitu PARA GURU... Apakah pendapat mereka?
Saya pernah terlibat dengan penyelidikan Prof Emeritius Ishak Haron semasa melanjutkan pelajaran peringkat Master pada tahun 2008 di UPSI...hasilnya adalah sama seperti yang dinyatakan oleh prof. Ini kerana data2 yang dikumpulkan adalah dari seluruh Semenanjung Malaysia, bandar dan luar bandar, SK, SRKC & SRKT.
Jadi tiada keraguan lagi bahawa PPSMI memang menjadi satu BEBANAN terutamanya kepada ORANG-ORANG MELAYU.
Keputusan Peperiksaan Awam??? Kebanyakan pensyarah yang menjalankan Subjek Analisis Data di Universiti meraguinya...
Ini kerana KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AWAM di MANIPULASI untuk kepentingan POLITIK....
Satu lagi mengapa sukar PPSMI ini dihapuskan adalah kerana MEREKA2 YANG BERKEPENTINGAN AKAN KEHILANGAN 'INCOME' dari pembekalan tender2 PERALATAN PPSMI.
Cuba tuan datang ke sekolah, dan tengok sendiri SEJAUH MANA PERALATAN INI DIGUNAKAN UNTUK MENJAYAKAN PPSMI INI.... kebanyakan LAPTOP digunakan untuk kegunaan PERIBADI, PROJEKTOR terbiaar bersawang...
entahlah....
sebenarnya tak susah untuk hapuskan PPSMI,cuma keegoan yang menjadi halangannya.dalam hal ini hishamudin kena bersikap gentle! kalau betul nakkan anak melayu pandai berbahasa inggeris,kenapa tak di mulakan dari peringkat darjah satu lagi? maksudnya tak perlu belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris,cuma perbanyakkan atau tambah waktu untuk jadual waktu subjek bahasa inggeris.selain itu juga,kita boleh perbanyakkan kelas2 tambahan untuk subjek bahasa inggeris..dalam hal ni,salahnya pada hishamudin kerana bersikap penakut atau macam pondan!!!
Salam, syor diterbitkan foto perarakan GMP dalam bentuk buku dengan segera. Foto menjelaskan seribu makna.
Dasar PPSMI jelas dilakukan puak yang mencontohi perangai Si Tanggang, melupakan hak 'ibunda' sendiri. Puak Si Tanggang ini amat wajar sekali 'dibatukan'.
Post a Comment