Mat Said Kena Letak Jawatan, Tengku Zainol Jangan Main Silap Mata
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak kaji semula dasar mengenai pengumuman tentang sesuatu kes yang masih dalam siasatan dan yang belum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ertinya SPRM kurang senang dengan pengumuman atau ulasan mengenai sesuatu kes yang belum diputuskan Peguam Negara samada kes itu akan didakwa atau sebaliknya.
Tindakan itu tentulah dibuat ekoran sikap berat sebelah, “mala fidel” berniat jahat dan tidak profesional ketua suruhanjaya itu, Ahmad Said Hamdan dalam melaksanakan kerjanya apabila telah merngulas mengenai kes melibatkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.
Ahmad Said Hamdan dengan jelas dan prejudis mengatakan kes melibatkan Khalid jelas dan pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid.
Perkara ini ditimbulkan oleh Lembaga Penasihat SPRM di dalam mesyuaratnya yang turut membincangkan beberapa kenyataan media yang dibuat oleh SPRM tentang kes siastan yang masih dalam tindakan susuhanjaya itu.
Teguran lembaga penasihat itu menunjukkan tindakan Ahmad Said sebelum ini tidak profesional ataupun menyalahi prinsip suruhanjaya itu.
Dengan teguran itu sekiranya Ahmad Said ada harga diri dan seorang yang mementingkan integriti beliau kena bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Sebaik-bai tidaklah ialah beliau melepaskan jawatan secara terhormat. Selagi Ahmad Said tercokol di SPRM itu ia menyebabkan keyakinan orang ramai kepada SPRM seluruhnya akan hilang.
Manakala di Kedah pula persatuan apa dinamakan sebagai Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersendakan Raja-Raja Melayu.
Desakan itu dinyatakan oleh Tenguk Zainol Rashid Tengku Yahya selaku ketua persatuan berkenaan.
Dilaporkan beliau juga memberi amaran kepada ahli politik yang membangkitkan isu Raja-raja dalam agenda politik mereka.
Desakan itu perlulah disokong oleh seluruh kerabat di Raja di negara ini demi menjaga kedaulatan raja-raja Melayu. Mungkin kedudukan dan kemuliaan raja-raja Melayu sudah tercemar dan ternoda sehingga persatuan itu membuat desakan itu.
Apabila mengenangkan perkara ini, hendaknya Tengku Zainol tidak lupa kepada Melayu dan parti politik yang bertanggungjawab mengurangkan kuasa dan kekebalan raja-raja Melayu sebelum ini. Jangan pula kesalahan itu hendak dihumbankan ke atas Melayu dan parti Melayu lain.
Tengku Zainol perlu kena ingat peristiwa pindaan perlembagaan tahun 1993 dulu. Ingat baik-baik siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang bertanggungjawab ke atasnya. Jadi kini sesiapa pun tidak payah cuba menunding jari kepada mana-mana pihak dalam isu derhaka kepada raja ataupun cuba menghakis kuasa raja kerana ia sudah jelas terpacak dalam sejarah.
Hendaknya Tengku Zainol juga tidak bermain sembunyi tangan dan silap mata dalam membuat desakan itu sebaliknya teruslah menujukan kepada sasarannya yang sebenar.
Dan cadangan persatuan itu juga baik. Raja-raja Melayu boleh meminta semula kuasa dan imuniti mereka yang terhakis itu. Kalau Raja-raja Melayu berbuat itu pada masa ini tidak ada siapa yang sanggup menghalangnya.
Maknanya perlembagaan akan dipinda untuk memulihkan kuasa dan imuniti itu. Umno sebagai tulang belakang kerajaan BN hendaklah membawa perkara itu dalam Parlimen. Apakah Umno bersedia untuk membawanya? Kalau Umno tidak berani maka jelas parti yang sukar imuniti raja dikikis dan dihakiskan ialah Umno.
Kesimpulannya, Tengku Zainol tidak payah desak Raja-Raja Melayu tetapi silalah desak parti Melayu bernama Umno itu. Cubalah apa ditunggu lagi... [wm.kl. 1: 30 pm 07/03/09]
2 comments:
boleh tak pak MSO ceritakan atau lampirkan kronologi penderhakaan umno terhadap raja2 melayu bermula dari zaman dato jaafar onn hinggalah ke hari ini.
dengan kesombongan dan kegoaan umno tak mungkin ia akan mengembalikan imuniti kpd raja2 melayu.
memang dah lumrah yang umno akan mempergunakan apa sahaja utk mengekalkan kuasanya.
kalau nak mengembalikan imuniti kpd raja2 melayu mereka akan pastikan ianya tidak akan membawa musibah kpd mereka semua.
sebab tu sesetengah orang ada cakap di malaysia ni ada dua undang2, satu undang2 versi umno dan satu lagi versi negara dari perlembagaan khususnya.
majid
Post a Comment