Laporan Liberation Tentu Meresahkan Najib
PENDEDAHAN terbaru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dilakukan oleh sebuah akhbar Perancis, Liberation sungguh menggemparkan. Lapor akhbar berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Razak pernah bertemu dengan Altantuya di sebuah kelab di Paris tahun 2005.
Akhbar berkenaan juga mendakwa Najib pernah bergambar bersama Altantuya yang didakwa sebagai sepasang kekasih.
Malahan wartawan Perancis di Bangkok yang membuat laporan itu, Arnaud Dubus turut mecatatkan saat-saat bagaiman Altantuya ditembak. Beliau mendakwa mendapat maklumat berkenaan daripada pihak polis Malaysia?
Seandai perkara ini benar bermakna telah berlaku kebocoran maklumat berhubung di Jabatan Polis di Raja Malaysia.
Pendedahan terbaru ini benar-benar mengejutkan rakyat Malaysia dan menyebabkan penafian Najib yang bersumpah dengan melafazkan Wallahi, Wathallahhi dan Wabillahi yang tidak pernah kenal apatah lagi berjumpa dengan Altantuya tidak lama dulu meragukan.
Timbul persoalan ini apakah akhbar berkenaan berbohong mahu memfitnahkan Najib atau Najib yang tidak bercakap benar dalam soal ini?
Laporan akhbar berkenaan kini sudah tersebar di dalam website dan juga blog lewat petang tadi. Sehubungan itu ia juga turut tersebar satu salinan laporan polis (rakaman percakapan antara Sirul Azar Omar dengan polis) juga tersebar meluas dalam internet.
Sebahagian maklumat di dalam salinan yang dikatakan laporan polis itu sama dengan apa yang disebut oleh Liberation itu terutamanya saat-saat bagaimana Altantuya ditembak.
Dalam laporan dikatakan 'rakaman percakapan' itu Sirul menceritakan dari mula hinngga akhir bagaimana drama pembunuhan Altantuya dilakukan.
Bagaimana pun laporan berkenaan tidak dapat disahkan apakah ia benar atau palsu.
Yang nyatakan dengan maklumat terbaru ini khasnya berhubung laporan akhbar Liberation itu ia bakal menambahkan keserabutan dalam dunia politik negara bernama Malaysia ini.
Mohd Najib Razak yang dijangka akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri Mac ini juga mungkin tidak lena tidur dengan apa yang diletupkan hari ini. [wm.kl. 11:30 pm 05/03/09]
3 comments:
salam Tuan MSO:
Najib sekarang sedang mengira waktu ke tangga takhta. Mungkin Najib merasakan masa waktu ini terlalu panjang baginya kerana dalam sesingkat ini berbagai2 aral boleh berlaku.
Jika kita lihat sejak akhir2 ini semacam ada signal untuk Najib yg mungkin mengigit jari menjadi PM. Ekoran krisis di Perak ada hikmahnya bila Sultan menggunakan kuasa mutlaknya yg tidak boleh diperikaikan mana2 pihak untuk menentukan peneraju kepimpinan negeri yg difikirkan oleh Sultan paling sesuai.
Justeru bagaimana pula kuasa bagi hararki tertinggi seorang Yang diPertuan Agong?? Adakah Najib hanya akan layak jadi presiden UMNO sahaja.? Sama2lah rakyat semua tunggu dan lihat jika proses perlalihan kuasa ini nanti menjadi satu lagi sejarah politik Malaya.
Salam MSO,
Saya juga ahli UMNO di johor saya tidak gembira jika Najib yang akan memimpin Negara dan say lebih rela KULI yang akn jadi PM malaysia...saya berdoa pada ALLAH makbulkan doa saya jangalah NAjib jadi PM malaysia...InsyALLAH.
Amir mersing,Johor.
Salam MSO,
Terdapat beberapa kemusykilan berkenaan laporan dari Liberation itu.
Mengapa hanya gambar sahaja yang dirakamkan? Tetapi mengapa tiada sebarang footage dari cctv dari kelab tersebut yang mengesah najib dan altantunya memang berada di situ. Takkan kelab di bandar Paris tidak ada cctv untuk tujuan keselamatan. Mustahil! Saya yakin gambar itu mungkin di'edit' untuk memalukan Malaysia dan juga untuk menjatuhkan Najib oleh pihak tertentu.
Post a Comment